4 Rahsia Kecergasan Dan Umur Panjang Yang Diamal Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan ikon yang sangat terkenal di Malaysia dan di pentas antarabangsa. Di Malaysia, beliau terkenal dalam mencorakkan pembangunan negara pada era 1980-an sehinggalah beliau bersara pada tahun 2003, dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri lagi sekali pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

Di peringkat dunia pula, Tun Dr Mahathir sangat terkenal dengan kelantangan suaranya mengkritik kuasa-kuasa besar dunia yang melakukan ketidakadilan terhadap negara kecil tanpa rasa gerun.

Kelantanga beliau yang mengkritik Negara Israel telah menyebabkan beliaudilabel sebagai salah seorang anti-semitik.

Kalau nak tahu, Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri yang tertua di dunia.

Apakah rahsia yang menyebabkan Tun Dr Mahathir mampu menggalas tanggungjawab yang besar pada usia yang begitu senja, sedangkan kebanyakan manusia seusia dengannya telah pun meninggal? Dan kalau masih hidup pun kemungkinan mengalami masalah Alzheimer atau pun terlantar di atas katil?

Mari kita tengok rahsia panjang umur yang diamalkan oleh Tun Dr Mahathir sehingga beliau mampu untuk berada pada tahap sekarang dan terus berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

1. Mengamalkan Pemakanan Yang Sihat

“Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan” adalah kata-kata nasihat yang menjadi prinsip Tun Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir sering menasihatkan orang ramai supaya kurangkan makan atau lebih tepatnya, makan dalam kuantiti yang sedikit. Tabiat makan dengan kuantiti yang sedikit ini diwarisi oleh ibupanya. Sejak kecil lagi, ibunya sering menasihatkan dirinya supaya jaga pemakanan dan makan dalam kuantiti yang sedikit.

Apabila meningkat dewasa dan mempelajari ilmu kedoktoran, beliau masih mengamalkan nasihat ibunya itu dan faham sebab di sebalik nasihat tersebut. Menurut beliau, sekiranya sesorang itu makan dengan kuantiti yang banyak; perut mereka akan menjadi lebih lebar dan sukar untuk berasa kenyang apabila makan dengan kadar yang sedikit.

Dari situlah wujudnya obesiti di kalangan manusia kerana makan melebihi apa yang diperlukan oleh badan. Selain itu juga, jantung akan bergerak dengan lebih pantas jika kita mempunyai berat badan yang berlebihan.

Tun Dr Mahathir juga masih lagi mengekalkan berat badannya dan mampu untuk memakai seluarnya yang sudah berusia 40 tahun, kerana tabiat mengawal gaya pemakananya. Beliau juga berkata, untuk mengawal tabiat makanan adalah merupakan perkara yang sukar.

Lebih-lebih lagi jika makanan itu merupakan makanan kegemaran kita. Tetapi jika kita mempunyai displin yang tinggi, kita mesti mampu untuk mengawalnya.

2. Sentiasa Kekal Cergas

Berjalan merupakan salah satu rutin harian yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir

Untuk sentiasa kekal cergas, Tun Dr Mahathir menyarankan untuk kita semua supaya sentiasa bergerak, atau dengan kata lain dengan bersenam.

Bersenam merupakan cara yang paling efektif untuk menggerakkan angota tubuh kita termasuk otot-otot. Bagi Tun Dr Mahathir sendiri, beliau sentiasa berbasikal dan berjalan kaki bagi mengekalkan kercergasan dirinya. Beliau juga memandu kenderaan sendiri untuk kekal cergas.

Menurutnya lagi, jika kita terlalu kerap berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang membolehkan kita mengeluarkan peluh, dengan usia yang semakin tua kita akan mengalami gangguan pergerakan dan otot-otot kita menjadi semakin lemah kerana kita tidak bergerak secara aktif.

Sentiasalah bersenam tidak kira usia, kerana itu membawa kebaikan kepada diri kiti sendiri.

3. Sentiasa Membaca Dan Menulis

Walaupun berada di Institut Jantung Negara (IJN), Tun Dr Mahathir masih lagi menulis untuk menjana idea yang berkualiti

Untuk mengekalkan kecerdasan minda pula, beliau menyuruh kita semua sentiasa membaca dan jika mampu; bacalah setiap hari.

Membaca setiap hari juga dapat menajamkan gaya berfikir seseorang. Beliau yang gemar membaca dan menulis bagi mengaktifkan agar dapat berfikir bagi menjana idea yang kreatif setiap hari.

Selain daripada membaca dan menulis, berdebat merupakan salah satu aktiviti yang melatih otak kita untuk berfikir.

Beliau sentiasa mengeluarkan pandangan dan idea kerana mampu unttuk mencari idea yang bernas hasil daripada membaca, menulis dan berdebat serta bergaul dengan orang ramai.

4. Duduk Dan Bangun Dalam Posisi Yang Betul

Aktiviti berkuda merupakan salah satu cara Tun Dr Mahathir menguatkan postur tulang belakang

Posisi yang betul semasa duduk dan bangun juga amat dititikberat oleh beliau. Beliau yang masih lagi boleh berdiri dengan sempurna tanpa masalah bongkok, yang sering dihadapi oleh golongan warga emas yang lain.

Beliau mengamalkan cara duduk yang betul seperti seorang pegawai tentera, yang sentiasa duduk dalam keadaan postur badan yang sempurna. Tun Dr Mahathir mengamalkan keadah menyandarkan badan di bahagian dinding yang rata dan memastikan 5 titik badan akan menyentuh bahagian dinding tersebut.

5 bahagian penting yang perlu bersentuh dengan dinding yang rata tersebut adalah tumit, betis, punggung, bahu dan juga belakang kepala; apabila dirapatkan badan ke dinding yang rata tersebut.

Dengan posisi seperti itu, kita telah melatih diri kita untuk berdiri dengan tegak  dan betul. Selain daripada melakukan latihan berdiri dengan betul untuk mengelakkan bongkok, aktiviti berkuda juga menjadi kegemaran beliau.

Ianya sedikit sebanyak membantu beliau untuk duduk dengan tegak di atas pelana kuda, bagi memastikan tulang belakang tidak bengkok dengan begitu cepat.

Begitulah tips yang diamalkan oleh Tun Dr Mahathir  bagi memastikan dirinya berada dalam keadaan yang terbaik bagi mentadbir negara.

Semoga petua yang dikongsi beliau dapat kita semua ikuti, agar memastikan diri kita berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.