Harga Median Rumah Di Malaysia Tahun 2020 Turun Ke RM295,000

Dengan keadaan krisis kesihatan yang semakin parah di Malaysia yang tercinta ini, adalah sukar untuk kita menentukan nasib dan masa depan industri hartanah untuk tempoh terdekat.

Kerajaan perlu ambil langkah proaktif dalam mengelakkan angka kematian ekoran jangkitan virus COVID-19 dapat dihentikan pada kadar segera.

Dalam masa yang sama, trend pembeli rumah umumnya dilihat lebih kepada ‘tunggu dan lihat’ sepanjang tahun 2020.

Baca : 2 Faktor Utama Isu Kewangan Rakyat Malaysia Semakin Tenat

Ini barangkali kerana ramai yang terbeban dengan hutang isi rumah yang semakin meningkat dan juga faktor pekerjaan yang semakin tergugat dek kelembapan ekonomi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Hampir seluruh golongan pekerja berada dalam satu situasi stress melampau kerana mereka kini mampu diberhentikan kerja pada bila – bila masa.

“Tahukah anda, 70% rakyat Malaysia berdepan sama ada hilang pekerjaan atau terpaksa menutup perniagaan ketika pandemik.”

Baca : [TERKINI] Median Harga Rumah Di Malaysia Bulan Januari – Julai 2020

Akan tetapi, dalam keadaan kelembapan ekonomi tempatan, jangan pula disangka tiada sebarang pembelian hartanah sepanjang tahun 2020.

Untuk rekod, laporan terkini Rahim & Co mendapati, keseluruhan pasaran hartanah mencatatkan 204,721 transaksi bernilai RM80.71 bilion pada sembilan bulan pertama 2020!

Hal ini kerana, Kerajaan pada ketika itu telah melancarkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam merancakkan lagi aktiviti pasaran hartanah di Malaysia khususnya kepada golongan pembeli rumah pertama.

Baca : Ulasan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2020, 6 Perkara Yang Berlaku

Sementara itu, lambakan hartanah kediaman tidak terjual di Malaysia sepanjang tahun 2020 mencatatkan angka 29,565 unit dengan nilai RM18.92 bilion.

Sumber Imej : JPPH

Data untuk jenis kediaman adalah :-

1. High-Rise

53.2% mewakili 15,718 unit dengan nilai RM8.21 bilion

2. Teres

28.1% mewakili 8.306 unit dengan nilai RM4.66 bilion

3. Lain – lain

18.7% mewakili 5,541 unit dengan nilai RM6.05 bilion

Data lambakan hartanah di Malaysia untuk harga rumah pula adalah :-

Bawah RM300,000

29.6% mewakili 8,758 unit dengan nilai RM1.79 bilion

RM300,000 – RM500,000

24.3% mewakili 7,185 unit dengan nilai RM2.94 bilion

RM500,000 – RM1 juta

34.5% mewakili 10,199 unit dengan nilai RM6.93 bilion

RM1 juta ke atas

11.6% mewakili 3,424 unit dengan nilai RM7.25 bilion

Baca : Kenapa Harga Rumah Di Sabah Mahal?

Harga Median Rumah Di Malaysia 2020 Turun Ke RM295,000

Pada April 2021 yang lalu, Kerajaan telah membuat penetapan harga kediaman mampu milik oleh kerajaan pada RM300,000 dengan keluasan minimum 900 kaki persegi adalah berpatutan bagi kebanyakan daerah di Malaysia.

Penetapan harga kediaman oleh Kerajaan ini sebenarnya dilihat agak tepat dengan median harga rumah kediaman di Malaysia.

Untuk rekod, harga median rumah kediaman di Malaysia sepanjang tahun 2020 adalah pada harga RM295,000.

Sumber Imej : JPPH

Harga median rumah di setiap negeri Malaysia adalah :-

  • Kedah : RM185,000
  • Melaka : RM198,000
  • Perlis : RM200,000
  • Pahang : RM224,800
  • Kelantan : RM230,000
  • Negeri Sembilan : RM230,000
  • Perak : RM231,300
  • Terengganu : RM280,000
  • Pulau Pinang : RM285,000
  • Sabah : RM300,000
  • WP Labuan : RM300,000
  • Sarawak : RM326,500
  • Johor : RM345,000
  • Selangor : RM390,000
  • WP Putrajaya : RM455,000
  • WP Kuala Lumpur : RM480,000

Harga median rumah boleh turun ke paras yang lebih rendah lagi sekiranya pembeli terus membuat tindakan tunggu dan lihat.

Dan sekiranya keadaan semasa krisis kesihatan di Malaysia terus parah dan tidak ditangani dengan penuh integriti, harga median rumah kediaman di setiap negeri juga cenderung untuk terus turun.

Baca : Bagaimana Isu Politik Beri Kesan Kepada Harga Rumah Di Malaysia

Natijahnya, penulis tidaklah mengharapkan harga rumah di Malaysia terus turun sehingga merugikan golongan pemaju hartanah dan sektor – sektor yang berkaitan.

Sebaliknya, cukup sehingga harga penawaran rumah kediaman undercon, dijual mengikut kadar gaji isi rumah mengikut negeri di Malaysia.

Atau sekurang – kurangnya, harga rumah mampu milik di seluruh Malaysia untuk golongan M40 dijual pada harga maksimum RM282,000 sesuai saranan Bank Negara Malaysia pada tahun 2019.

Sumber Rujukan:

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 6 Jun 2021, jam 9 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Sunway REIT Isytihar DPU Tertinggi Dalam Sejarah FY2025 Sebanyak 14.48 Sen, NPI Setahun Penuh Meningkat 15.5%

Sunway City Kuala Lumpur – Sunway REIT Management Sdn. Bhd., selaku Pengurus kepada Sunway Real Estate Investment Trust (“Sunway REIT”), dengan sukacitanya mengumumkan keputusan kewangan bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (“S4 2025”).

Prestasi Kewangan Utama

Suku KeempatKumulatif Setahun
S4 2025S4 2024PerubahanYTD S4 2025YTD S4 2024Perubahan
RM jutaRM juta%RM jutaRM juta%
Hasil227.6220.93.1%894.3767.116.6%
Pendapatan bersih hartanah (NPI)165.0165.6(0.4%)658.0569.715.5%
Keuntungan sebelum cukai181.8206.5(11.9%)547.7527.73.8%
Keuntungan direalisasi bagi tempoh/tahun yang diagihkan kepada pemegang unit112.694.718.9%451.2343.831.2%
Agihan seunit (DPU)8.805.3464.8%14.4810.0044.8%

Sunway REIT mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 3.1% pada S4 2025 kepada RM227.6 juta berbanding RM220.9 juta pada S4 2024. Walau bagaimanapun, pendapatan bersih hartanah (“NPI”) susut sedikit sebanyak 0.4% kepada RM165.0 juta berbanding RM165.6 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“FY2025”), Sunway REIT merekodkan hasil sebanyak RM894.3 juta dan NPI sebanyak RM658.0 juta. Prestasi kukuh setahun penuh ini didorong terutamanya oleh sumbangan penuh tahun daripada hartanah yang diperoleh pada tahun 2024, pemerolehan AEON Mall Seri Manjung sepanjang tahun, serta prestasi mantap segmen Runcit dan Industri & Lain-lain.

Prestasi Mengikut Segmen

Pada S4 2025, segmen Runcit mengekalkan momentum pertumbuhan kukuh dengan hasil meningkat 16.2% kepada RM173.1 juta berbanding RM149.0 juta pada S4 2024. Peningkatan ini didorong terutamanya oleh sumbangan hasil baharu daripada Sunway Kluang Mall dan AEON Mall Seri Manjung yang diperoleh masing-masing pada Disember 2024 dan Julai 2025. Prestasi segmen turut disokong oleh penyiapan kerja naik taraf berfasa sayap sedia ada Sunway Carnival Mall pada Mei 2025 serta kerja pengubahsuaian kawasan Oasis di Sunway Pyramid Mall pada November 2024. Sehubungan itu, NPI segmen ini meningkat 17.0% kepada RM121.2 juta berbanding RM103.5 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Momentum positif segmen Runcit dijangka terus mengukuh pada suku-suku akan datang, disokong oleh pengumuman terkini Kerajaan mengenai pengurangan 2% cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan sewaan dan pajakan daripada 8% kepada 6%, serta sumbangan penuh tahun daripada AEON Mall Seri Manjung.

Segmen Hotel merekodkan peningkatan hasil sebanyak 7.2% kepada RM29.9 juta pada S4 2025 berbanding RM27.9 juta pada S4 2024, dipacu oleh aktiviti pelancongan yang lebih kukuh terutamanya semasa musim perayaan dan cuti hujung tahun. Seiring itu, NPI meningkat 7.3% kepada RM28.7 juta berbanding RM26.8 juta setahun sebelumnya. Prestasi yang lebih baik ini disokong terutamanya oleh kadar penghunian yang lebih tinggi di Sunway Resort Hotel dan Sunway Hotel Seberang Jaya, hasil peningkatan perjalanan santai dalam suku tersebut.

Pada S4 2025, segmen Pejabat mencatatkan sedikit penurunan hasil sebanyak 3.0% kepada RM19.9 juta berbanding RM20.5 juta pada tempoh sama tahun lalu. NPI juga menurun 6.8% kepada RM11.5 juta daripada RM12.4 juta. Prestasi yang lebih lemah ini disebabkan terutamanya oleh kegagalan pembaharuan penyewa di Wisma Sunway pada Jun 2025 serta penurunan sementara kadar penghunian di Sunway Putra Tower sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, segmen Pejabat dijangka kekal berdaya tahan pada tahun 2026, disokong oleh penyewaan yang telah dimuktamadkan di Sunway Putra Tower yang meningkatkan kadar penghunian daripada 68% pada S3 2025 kepada 82% setakat S4 2025.

Susulan pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway pada 30 September 2025, tiada pendapatan direkodkan bagi segmen Perkhidmatan pada S4 2025.

Pada S4 2025, segmen Industri & Lain-lain mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan hasil dan NPI masing-masing meningkat 34.9% dan 20.1% kepada RM4.7 juta dan RM3.5 juta. Prestasi yang lebih baik ini dipacu oleh sumbangan sewaan daripada penyewa baharu di Sunway REIT Industrial – Petaling Jaya 1 serta sumbangan penuh suku daripada Sunway REIT Industrial – Prai. Segmen ini dijangka terus menunjukkan prestasi baik pada 2026, disokong oleh penyewaan yang telah dimuktamadkan di Sunway REIT Industrial – Petaling Jaya 1.

Agihan & Pulangan kepada Pemegang Unit

Pengurus mencadangkan agihan seunit (“DPU”) tertinggi dalam sejarah sebanyak 8.80 sen bagi separuh kedua FY2025, di mana 3.98 sen bagi S3 2025 telah dibayar pada 24 Disember 2025, manakala baki akan dibayar pada 27 Februari 2026. Ini menjadikan jumlah DPU bagi tahun kewangan penuh sebanyak 14.48 sen, melebihi pendapatan direalisasi seunit yang diagihkan kepada pemegang unit sebanyak 13.18 sen. Peningkatan ini adalah terutamanya disebabkan oleh pengiktirafan keuntungan nilai saksama belum direalisasi daripada tahun-tahun sebelumnya susulan pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway.

Sementara itu, harga unit Sunway REIT meningkat sebanyak 46 sen atau 24.9%, daripada RM1.85 pada akhir FY2024 kepada RM2.31 pada akhir FY2025. Berdasarkan harga penutup RM2.31, jumlah DPU 14.48 sen mewakili hasil agihan sebanyak 6.3% dan jumlah pulangan sebanyak 31.2% kepada pemegang unit bagi FY2025.

Ulasan Pengurusan

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT Management Sdn. Bhd., Derek Teh Wan Wei berkata, “Sunway REIT mencatatkan DPU tertinggi dalam sejarah sebanyak 14.48 sen bagi FY2025, disokong oleh peningkatan 15.5% dalam pendapatan bersih hartanah kepada RM658.0 juta hasil sumbangan daripada pemerolehan baharu dan kejayaan pelaksanaan inisiatif peningkatan aset di Sunway Carnival Mall. Selain itu, Sunway REIT menjana hasil agihan sebanyak 6.3% dan jumlah pulangan sebanyak 31.2% bagi tahun kewangan tersebut, manakala harga unitnya meningkat 24.9% tahun ke tahun kepada RM2.31 setakat 31 Disember 2025, mencerminkan pelaksanaan pengurusan portfolio yang konsisten serta keyakinan pelabur yang berterusan terhadap strategi Sunway REIT.”

Beliau menambah, “Dari segi pembangunan perniagaan, Sunway REIT telah menyiapkan pemerolehan AEON Mall Seri Manjung pada 25 Julai 2025, menjadikannya hartanah kedua kami di negeri Perak. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kitar semula modal, pelupusan kampus Universiti & Kolej Sunway telah diselesaikan pada 30 September 2025 dengan nilai pertimbangan sebanyak RM613 juta, menghasilkan jumlah keuntungan sebanyak RM41 juta. Ini merangkumi RM20 juta keuntungan nilai saksama terkumpul yang diiktiraf dalam tahun-tahun sebelumnya serta keuntungan pelupusan sebanyak RM21 juta termasuk kos pelupusan sampingan. Selain itu, Sunway REIT turut mengumumkan cadangan pelupusan Sunway Hotel Seberang Jaya kepada Sunway Medical Penang Sdn. Bhd. bagi memudahkan pembangunan Sunway Hotel Seberang Jaya baharu yang bersepadu di atas Sunway Carnival Mall, yang dijangka meningkatkan kemudahan tetamu dan menarik trafik pengunjung yang lebih tinggi ke pusat beli-belah tersebut. Cadangan pelupusan ini dijangka diselesaikan pada suku keempat tahun 2027.”

Beliau turut berkata, “Dari segi pencapaian, Sunway REIT memperoleh skor FTSE4Good sebanyak 4.0, meletakkannya dalam kategori kedua tertinggi dalam penilaian FTSE4Good. Sepanjang tahun, enam bangunan hijau telah diperakui, dengan Sunway Putra Tower dan Sunway Pyramid Hotel memperoleh pensijilan GreenRE Platinum. Selain itu, Sunway REIT turut dianugerahkan Anugerah Emas pada Majlis Anugerah NACRA yang berlangsung pada 27 November 2025. Pencapaian ini menegaskan komitmen kukuh Sunway REIT terhadap kelestarian serta mengukuhkan kedudukannya sebagai antara REIT terkemuka dari segi prestasi kelestarian.”

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan berkata, “Melangkah ke hadapan, kami kekal memberi tumpuan kepada pengurusan modal yang berdisiplin, pengoptimuman aset secara proaktif dan pemerolehan terpilih bagi mengekalkan daya tahan pendapatan serta pertumbuhan jangka panjang. Disokong oleh portfolio berkualiti tinggi yang pelbagai dan kunci kira-kira yang kukuh, Sunway REIT berada pada kedudukan yang baik untuk mengharungi ketidaktentuan pasaran sambil terus memberikan agihan yang stabil dan penciptaan nilai kepada pemegang unit.”

Penafian:
Sehingga artikel ini diterbitkan, Sunway REIT adalah berstatus tidak patuh syariah. Artikel ini diterbitkan untuk tujuan hebahan dan perkongsian maklumat sahaja. Ia bukan saranan untuk membeli atau menjual mana-mana sekuriti. Segala keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.