6 Nasihat Ibn Qayyim Kepada Orang Muda

Mari kita baca 6 nasihat yang amat bermanfaat untuk kita pada masa kini terutamanya kepada golongan orang muda.

ALHafiz Ibn Rajab menjelaskan mengenai Ibn Qayyim al-Jauziyyah sebagai:

Seorang ulama yang menguasai ilmu tafsir yang tiada duanya, menguasai usuluddin sampai puncaknya, menguasai ilmu hadis, baik makna mahupun fiqhnya, terhadap bahasa Arab, panjang jangkauan tangan. Ibn Qayyim melahirkan murid-murid yang hebat seperti Ibn Rajab al-Hambali dan Ibn Kathir. Beliau telah menghasilkan banyak karya.

Sumber : Mukmin On The Go

Berikut adalah sedikit curahan ilmu daripada beliau buat peringatan dan bimbingan kepada orang muda;

1. Mengetahui Tujuan Diri Diciptakan

Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t tanpa menyekutukan-Nya dengan apa pun.

Malah, para Nabi dan Rasul diutus bagi menyampaikan hal ini kepada umat manusia. Firman Allah (maksudnya):

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi Nabi di dunia ini; dan sesungguhnya dia pada hari AKhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Inatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya, ‘Serahkanlah diri (kepadaku wahai Ibrahim)!’ Nabi Ibrahim menjawab, ‘Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.’ Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya, ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. ‘(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sepertimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tidak hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?’ Mereka menjawab, ‘Kami menyembah Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).

Surah al-Baqarah:130-133

2. Memahami Erti Ibadah

Ibadah bukanlah sekadar solat, berpuasa, zakat, haji dan lainnya tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah kematian. Firman Allah (maksudnya):

Katakanlah, “Sesungguhnya solat aku, ibadah aku, hidup aku, dan mati aku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagiNya dan demikian itulah yang diperintahkan aku dan aku adalah orang yang pertama sekali menyerahkan diri (kepada Allah).”

Surah al-An’am:162-163

Menurut Ibn Qayyim, sebahagian ulama mendefinisikan ibadah sebagai:

Kata yang mencakupi seluruh apa-apa yang dicintai dan diredhai oleh Allah, baik perkataan atau pun perbuatan, yang zahir, mahupun yang batin.

3. Menekankan Keperluan Beribadah

Firman Allah (maksudnya):

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengehendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi Rezeki yang Mempunyai Kekuatan lagi sangat kukuh.

Surah al-Zaariyat: 56-58

Ibadah adalah lebih penting berbanding lain hal bersifat keperluan di dunia ini seperti makan dan minum kerana ibadah berfungsi untuk menegakkan roh dan tubuh keseluruhannya.

Ia bukanlah aktiviti untuk manusia sahaja, malah seluruh makhluk yang ada. Ibadah tidak mendatangkan manfaat kepada Allah yang memang bersifat Maha Kaya.

Tetapi, ibadah bermanfaat kepada makhluknya kerana ia akan mensucikan dan menghilangkan segala penyakit hati serta hawa nafsu.

4. Mengutamakan Niat

Ibadah tidak akan diterima melainkan adanya keikhlasan dan mutaba’ah (mengikut) Nabi s.a.w.

Segala perbuatan kita hanyalah sekadar satu perbuatan melainkan jika kita melakukannya dengan tujuan untuk mendukung ketaatan kepada Allah dan menampakkan nikmat-Nya ke atas dirinya. Oleh itu, kita akan beroleh pahala dari perbuatan itu.

“Persetubuhan salah seorang di antara kamu dengan isterinya adalah sedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kami menumpahkan syahwatnya namun dia beroleh pahala?” Nabi s.a.w bersabda: “Tidakkah kamu mengetahui bahawa tatkala dia menumpahkan syahwatnya di tempat yang haram, maka dia akan peroleh dosa? Maka begitulah, ketika dia menumpahkan di tempat yang halal nescaya dia beroleh pahala.”
Riwayat Muslim

5. Mengingatkan Diri Tentang Siapa Yang Disembah

Menurut Ibn Qayyim;

Beribadah kepada Allah s.w.t adalah ibadah yang paling terhormat, paling suci, paling luhur dan paling tinggi. Sedangkan beribadah kepada selainNya adalah kesyirikan, kesesatan dan kerugian di dunia dan akhirat.

Firman Allah (maksudnya):

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah umpan Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya.

Surah al-Anbiya’: 98

6. Menghindari Diri Daripada Melakukan Syirik Mahabbah

Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):

Alangkah celaka hamba dinar, hamba dirham, dan hamba perut.

Hadis Riwayat Bukhari

Perbuatan beribadah kepada selain Allah bukan sahaja merangkumi perbuatan seperti menyembah berhala, dan bertawaf di kubur.

Malah ia juga adalah termasuk rasa cinta kepada sesuatu yang setara dengan cinta kita kepada Allah dan menghina diri kepadanya sehingga kita mengabdikan diri kita kepadanya,

Firman Allah (maksudnya):

Dan antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.

Surah al-Baqarah:165

Sumber Rujukan: Tazkirah

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.