AlHaji Aliko Dangote – The Nigerian Business Tycoon

Jika sebelum ini anda ada membaca mengenai perkongsian kami tentang Li Kashing yang pernah merangkul individu terkaya di benua Asia, ibarat seperti itulah perkongsian kami pada kali ini, merupakan individu terkaya di benua Afrika pada tahun 2014 hingga 2015.

Siapakah beliau? Individu yang dimaksudkan adalah Alhaji Aliko Dangote.

Kehidupan awal:

Di lahirkan pada tanggal 10, April, 1957, bertempat di Kano, Nigeria. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami memasukkan Al-Haji di hadapan nama beliau?

Sebenarnya beliau merupakan seorang tokoh yang beragama Islam dan sudah beberapa kali menunaikan Ibadat haji. Sedikit berbeza dengan tokoh lain, beliau memang di lahirkan di dalam golongan kaya raya. Ayahnya Mohammed Dangote dan ibunya Mariya Sanusi Dantata mempunyai kekayaan yang tidak terhingga, sesetengah ura-ura mengatakan, keturunan keluarganya merupakan individu terkaya sepanjang zaman di benua Afrika. Datuk beliau Alhaji Alhassan Dantata juga merupakan individu yang berstatus Billionaire.

Dewasa:

‘I can remember when I was in primary school, I would go and buy cartons of sweets [candy] and I would start selling them just to make money. I was so interested in business, even at that time’-AlHaji Aliko Dangote.

Ibarat kata-kata beliau, dia sangat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Semasa peringkat kanak-kanak, dia mendapat pendidikan awal di madrasah Sheikh Ali Kumasi, kemudiannya menyambung persekolahan beliau di Capital High School, Kano. Selepas itu dia menyambung persekolahan di Universiti Al-Azhar, Cairo. Merupakan pemegang bachelor degree, dalam bidang business studies and administration.

Pertama kali beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pada tahun 1978, ketika dia hanya berumur 21 tahun. Dia mendapat modal perniagaan, melalui pinjaman daripada ayah saudaranya sebanyak 500,000 Nigerian Naira atau bersamaan $3000 USD. Angka wang tersebut terlalu besar dan sangat tinggi pada masa itu dalam nilai mata wang Nigeria.

Ayah saudaranya memberi tempoh selama 6 tahun, untuk beliau membayar keseluruhan wang pinjaman tersebut. Ajaibnya, wang tersebut beliau berjaya bayar keseluruhannya, hanya dalam tempoh 3 bulan selepas tempoh pinjaman wang tersebut.

Namun apakah perniagaan yang beliau ceburi menggunakan modal wang tersebut?

Jika anda sudah membaca bahagian 1 mengenai perjalanan hidup beliau kini tiba masanya untuk anda mengikuti perkongsian perjalanan hidup beliau seterusnya.

Pada 1978 beliau sebenarnya telah memulakan perniagaan, sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan perdagangan antarabangsa di benua Afrika di mana pada tahun 1989, beliau telah menceburi perniagaan tekstil.

Bayangkan jumlah pekerja beliau dalam industri tekstil sahaja sebanyak 6400 orang pekerja. Selama 19 tahun beliau menjalankan perniagaan tersebut, sudah mengukuhkan kedudukan beliau dalam bidang tersebut.

Salah satu strategi utama beliau dalam mengukuhkan perniagaannya berbanding pesaingnya adalah, membuat jaringan perniagaan yang luas dan menggunakan kenderaan darat contohnya truck lori bagi melicinkan sistem penghantaran perdagangan produk beliau.

Tidak cukup dengan kejayaan perniagaan perdagangan beliau, seterusnya, dia telah melibatkan diri di dalam industri perkilangan dan pembuatan pada tahun 1997. Antara kilang yang beliau bina ialah gula, beras, simen dan juga pasta.

Ada yang menuduh dia telah diberikan hak istimewa untuk mengimport gula dan beras melalui perhubungan politik yang baik dengan presiden negara Nigeria, iaitu Olusegon Obasanju berbanding pesaingnya.

The Cement King (tahun 2000-2005):

Beberapa cabaran dan juga risiko yang telah dilalui:

  • Pada tahun 2003, beliau berhadapan halangan perniagaan yang buruk dan terpaksa merancang semula pemasaran produk simennya.
  • Terpaksa membuat 90 kilometer gas pipe line untuk menyalurkan produk simennya.
  • Terpaksa membina empangan air sungai, menyebabkan kadar paras air berubah.
  • Terpaksa melakukan hutang kewangan dalam tempoh masa yang singkat(90 hari) sebanyak $480 juta US Dollar, bagi melaksanakan projek jangka masa panjang.

Memetik kenyataan beliau melalui salah satu pertanyaan wartawan, ‘apakah yang beliau akan hadapi jika percaturan beliau dalam projek simen gagal?. Dia menjawab jika projek tersebut gagal, dia akan muflis.

Pada tahun 2010, Dangote cement di senaraikan secara umum, dan menyebabkan pada tahun 2013 beliau dinobatkan sebagai individu paling kaya di benua Afrika. Pada tahun 2016 beliau telah membina kilang di seluruh benua Afrika.

Minyak:

Belum cukup dengan kejayaan beliau melakukan pelaburan $480 juta US Dollar di Negeria, pada tahun 2016 dia mencuba bidang baharu dengan melakukan pembinaan sebuah pelantar penapisan minyak terbesar di dunia, dengan membuat pelaburan sebanyak $9 Billion US dollar di Nigeria. Keseluruhan kawasan pembinaan tersebut, berkeluasan sebanyak 10 batu persegi.

Tahukah anda, Dangote Group iaitu syarikat yang di bina berdasarkan hasil pinjaman modal dari ayah saudara beliau pada tahun 1978, telah bertukar wajah sebagai syarikat gergasi terbesar di benua Afrika, melalui pelbagai penglibatan dalam pelbagai perniagaan, seperti telekomunikasi, hartanah, softdrinks dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.