Biasa Dengar Ibnu Khaldun? Jom Kenali Beliau

Sumber Gambar: Sosial Sosiologi

Nama Ibnu Khaldun memang tidak asing lagi dalam tamadun Islam. Ada saja sekolah yang ada kelas mempunyai nama Ibnu Khaldun, malah Masjid Ibnu Khaldun pun ada di Sungai Besi.

Jadi siapakah sebenarnya Ibnu Khaldun ni?

Abd Al Rahman Ibn Muhammad Ibn Abi Bakar Muhammad Ibn Al-Hassan Ibn Khaldun yang lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun adalah merupakan seorang pakar sains Islam pada tahun 1332-1395 masihi. Beliau telah dilahirkan pada tahun 732 hijrah bersamaan dengan tahan 1332 masihi di Tunisia. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Beliau berasal daripada sebuah keluarga yang berada dan telah diberikan pendidikan yang terbaik oleh keluarganya.

Tahukah anda, Ibnu Khaldun adalah merupakan seorang ahli pakar sejarah Arab yang dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden?

Pada zaman pemerintahan Tunisia dan Morocco, beliau telah menyandang beberapa jawatan. Pada Oktober tahun 1382, beliau telah belayar ke Alexandria, di mana beliau telah menghabiskan riwayatnya sebagai seorang guru merangkap pensyarah di Universiti Al-Azhar dan beberapa buah universiti lain.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abdul Abbas di Kaherah. Pada tahun 1387, beliau telah selamat mengerjakan haji di Mekah. Sewaktu ketiadaan Sultan Faraj, beliau telah menyertai orang-orang Mesir dalam kempen memerangi Tamerlane serta bertanggungjawab mengatur penyerahan diri di Bandar Damsyik.

Dalam karya teragungnya iaitu Muqaddimah, beliau menulis mengenai sejarah orang-orang Arab di mana ianya mengandungi pendekatan saintifik bagi memahami sejarah, politik dan ekonomi. Beliau sendiri mempercayai bahawa perkara yang dikurniakan Allah dapat dibuktikan melalui pengalaman dan kajian.

Di antara peninggalan beliau, Ibnu Khaldun telah membangunkan idea bahawa tugas Kerajaan adalah terhad kepada :
1. Mempertahankan rakyat dari keganasan
2. Melindungi harta persendirian
3. Menghalang penipuan dalam perdagangan
4. Mencetak dan menguruskan penghasilan wang
5. Melaksankaan kempimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan

Dariada sudut Ekonomi pula, Ibnu Khaldun telah berjaya melakukan perkara-perkara tersebut :
1. Memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh
2. Memperkenalkan pembahagian tenaga kerja
3. Menyokog pasaran terbuka
4. Menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan
5. Menolak cukai yang tinggi
6. Menyokong perdagangan bebas dengan orang asing.

Ibnu Khaldun, seorang pejuang Islam yang terkenal dengan hasil kerjanya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerologi, kimia dan juga sejarah.

Sekarang anda tahu siapa Ibnu Khaldun kan?

Sumber Rujukan : Zahir Zainudin

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.