Grant Cardone: 6 Tips Untuk Menjadi Jutawan

Nak jadi kaya bukanlah mudah. Apatah lagi nak pegang title jutawan. Pasti banyak jatuh bangun yang terpaksa dihadapi. Tetapi ini bukan bererti ianya mustahil untuk dicapai.

Ini telah dibuktikan sendiri oleh seorang jutawan dari Amerika Syarikat iaitu Grant Cardone.

Grant Cardone merupakan penulis serta pemilik empayar hartanah dan pelbagai lagi cabang bisnes yang lain. Untuk berada ditahap ini, beliau pernah melalui pelbagai liku hidup seperti bankrup.

Tetapi melalui 6 teknik mudah ini, beliau akhirnya berjaya mengubah hidupnya.

Tips yang bakal kami kongsikan ini, tidak semestinya akan membuatkan anda menjadi seorang jutawan. Tetapi, sekurang-kurangnya dapat memberikan anda kebebasan kewangan yang diimpikan.

Berikut merupakan 6 tips yang diamalkan oleh Cardone:

1. Mental Yang Kuat

Menurut Cardone, kesalahan terbesar yang sering dilakukan kebanyakkan daripada kita adalah, kita sering beranggapan mustahil untuk orang biasa menjadi jutawan.

Sebenarnya sesiapa pun boleh menjadi jutawan. Yang penting mereka mempunyai keyakinan yang tinggi yang mereka akan berjaya.

Lihat sahaja kisah-kisah hidup jutawan dunia. Bukan semuanya berasal dari keluarga yang kaya-raya.

Kalau mereka boleh mengubah cara hidup mereka, pasti kita juga boleh bukan?

2. Buat Kira-kira

Seterusnya buat sedikit perkiraan yang simple. Ini dipanggil Million Dollar Math. Katakan anda berjaya menjual produk dengan harga RM200 kapada 5,000 orang, anda akan mendapat RM1 juta.

Atau, 5000 orang membuat bayaran kepada anda sebanyak RM17 untuk tempoh 12 bulan, anda juga akan mendapat RM1 juta. Mudah bukan?

Tetapi perkiraan dan juga target anda ini haruslah realistik dan boleh dicapai sesuai dengan produk dan juga servis yang anda tawarkan. Barulah anda boleh merangka strategi yang seterusnya.

3. Tingkatkan Pendapatan

Bila anda dah selesai dengan kira-kira tadi, anda perlu bersedia untuk meningkatkan lagi pendapatan anda melalui sumber lain. Kebanyakan jutawan juga selalunya mempunyai sekurang-kurangnya 3 sumber pendapatan yang lain.

Untungnya pada zaman ini, ada pelbagai cara anda boleh menambahkan lagi pendapatan anda seperti dengan penjadi penulis blog atau buku, pemandu Grab, pelaburan saham mahupun hartanah dan sebagainya.

4. Meluangkan Masa Dengan Mereka Yang Berduit

Kami bukanlah nak suruh anda untuk mengambil kesempatan dan mengikis duit orang. Yang dimaksudkan oleh Cardone di sini adalah, bergaul dalam circle yang dapat membantu anda mencapai impian anda dengan cepat.

Sebagai contoh, sekiranya anda terlibat dalam bisnes barang kemas, anda perlu bergaul dengan golongan atasan, pereka fesyen, selebriti, social media influencer dan sebagainya.

Mereka ini yang akan membeli produk anda dan menaikkan lagi jenama anda. Kalau anda mahu target itu lebih cepat dicapai, anda mesti bergaul dengan orang yang dapat memberikan keuntungan kepada anda.

Mereka yang dapat memberikan pertukaran, produk, servis mahupun idea yang boleh meningkatkan lagi bisnes anda. Dan yang sanggup membayar anda untuk mendapatkan khidmat dan juga pengetahuan yang anda miliki.

5. Hidup Sederhana

Walaupun pendapatan anda telah meningkat berbanding sebelum ini, ia tidak bermakna anda boleh berbelanja sewenang-wenangnya. Bagi Cardone sendiri, lebihan pendapatannya akan dimasukkan ke dalam satu akaun khas untuk tujuan pelaburan dimasa hadapan.

Dia lebih memilih untuk hidup sederhana, kerana baginya ini akan lebih memotivasikan dirinya untuk berusaha lebih kuat dan tidak mudah selesa dengan apa yang ada.

Anda juga boleh gunakan cara ini untuk memastikan anda capat bersara diusia yang muda.

6. Simpan Untuk Melabur Bukan Untuk Simpanan

Dengar macam pelik, tetapi sebenarnya tak. Ramai yang memilih untuk menyimpan sahaja untuk tujuan tabungan. Tetapi dengan menyimpan untuk tujuan melakukan pelaburan di masa akan datang, anda sebenarnya dapat menambah lebih banyak lagi aset milik anda, sekaligus menambahkan lagi sumber kekayaan dan bebas daripada belenggu kewangan. Itulah yang dilakukan oleh Cardone.

Lihat, mudah bukan?

Kalau anda dapat melakukan step seperti yang dilakukan Cardone, kami pasti anda juga dapat membebaskan diri anda daripada belenggu hutang dan juga masalah kewangan.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2017/03/23/6-steps-to-get-super-rich-from-a-man-who-went-from-broke-to-millions.html

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.