Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kepada 1.75%

Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) yang diadakan pada 7 Julai 2020, menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras kadar faedah tempatan sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%.

Kadar siling dan lantai koridor OPR masing-masing diturunkan kepada 2.00% dan 1.50%.

Kredit: FB Bank Negara Malaysia

Apa Itu OPR?

Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) adalah faedah yang dikenakan bagi pinjaman antara institusi depositori. Institusi depositori ialah bank atau institusi kewangan yang mengambil wang daripada pelanggan dan membayar faedah terhadap wang simpanan tersebut.

Jumlah simpanan yang ada pada sesebuah bank sentiasa berubah berdasarkan aktiviti-aktiviti seperti pinjaman, pengeluaran dan deposit pelanggannya.

Biasanya bank yang mempunyai lebihan tunai akan memberikan pinjaman kepada bank lain yang wang tunainya semakin merosot kerana ramai pengguna bank mengeluarkan simpanan mereka secara mendadak sehingga menyebabkan kekurangan tunai pada bank tersebut.

Bank yang akan meminjam dari bank lain dan akan dikenakan faedah.

Kesan OPR Kepada Kita?

Salah satu penentuan kadar faedah pinjaman kita adalah ditentukan oleh OPR. Sekiranya OPR diturunkan, maka kadar asas akan menurun. Sebaliknya jika OPR dinaikkan, maka kadar asas akan meningkat. 

Dengan pengumuman penurunan OPR daripada BNM ini, berkemungkinan besar kos bayaran bulanan hutang peminjam juga akan berkurang.

Walaubagaimanapun, perlu diiingatkan bahawa hanya pembiayaan dan pinjaman yang menggunakan floating interest sahaja yang akan turun seperti Pembiayaan ASB (ASB Loan) dan pembiayaan/pinjaman perumahan.

Pembiayaan dan pinjaman kereta tidak dikira sebagai floating interest kerana pinjaman kereta ianya menggunakan kadar faedah tetap. Hanya hutang kereta baharu sahaja akan terkesan dan akan menjadi sedikit murah.

Secara ringkasnya, apabila semua bayaran bulanan berkurang, masyarakat akan mempunyai lebihan tunai untuk dibelanjakan. Ini secara tidak langsung akan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Sumber Rujukan: 

Dah 4 Kali OPR Turun Bagi Tahun 2020

Tahun ini sahaja 4 kali OPR telah diturunkan oleh BNM. Kalau ikut rekod, berikut merupakan penurunan OPR bagi tahun 2020.

22 Jan 2020: -0.25
03 Mac 2020: -0.25
05 Mei 2020: -0.50
07 Julai 2020: -0.25

Tunggulah surat makluman dari bank masing-masing untuk tahu berapa jumlah bayaran ansuran pembiayaan/pinjaman yang baru.

Oh ya, bila OPR turun tidak semestinya kita wajib tambah rumah. Sebab hutang rumah yang sedia ada masih lagi perlu dibayar berpuluh tahun. Bukanlah OPR tu confirm tak naik semula.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA