Hedy Lamarr, Pelakon Hollywood Terkenal Dan Pencetus Kepada Teknologi Wi-Fi Dan Bluetooth

Beauty with brains’, itulah gambaran yang tepat yang patut diberikan kepada Hedy Lamarr kerana bukan sahaja cantik tetapi bijak. Ramai di kalangan kita tidak tahu sumbangan Hedy Lamarr ini kepada teknologi moden.

Beliau merupakan pencetus kepada penghasilan teknologi Wi-Fi dan juga Bluetooth yang kita gunakan di dalam telefon pintar pada hari ini. Apa yang menarik mengenai Hedy Lamarr, beliau bukanlah insan seperti Thomas Edison atau Henry Ford, sebaliknya beliau merupakan seorang pelakon wanita di Hollywood.

Beliau dilahirkan dengan nama Hedwig Eva Maria Kiesler di Austria pada tahun 1914 di kalangan keluarga pertengahan. Bapanya seorang pegawai bank manakala ibunya seorang guru muzik. Semasa kecil lagi, Hedy Lamarr sudah mula mempelajari ilmu sains dari keluarganya.

Kredit Gambar: Strathclyde Telegraph

Ketika usia remaja, beliau telah menceburi industri hiburan. Filem pertama lakonannya iaitu Gold on the Street telah membuka mata pengarah luar mengenai bakat yang dimilikinya.

Filem Ecstasy pada tahun 1932 telah menjadikannya begitu popular di Eropah. Beliau yang berkahwin pada usia 19 tahun dengan seorang ahli perniagaan Austria bernama Friedrich Mandl, yang merupakan seorang pengusaha senjata api.

Hedy Lamarr pernah mendakwa hubungan di antara suaminya dengan diktator Eropah pada ketika itu iaitu Adolf Hitler dan Benito Mussolini begitu rapat dan mereka berdua pernah mengunjungi rumah mereka sekeluarga. Perkahwinan Hedy Lamarr bersama Friedrich Mandl tidak begitu bahagia kerana beliau telah dihalang daripada berlakon di layar perak.

Kredit Gambar: How Stuff Works

Hedy Lamarr mengambil keputusan untuk meninggallkan suaminya dan berpindah ke Paris untuk memulakan kehidupan yang baru. Pada awal tahun 1940-an, bakatnya telah dikesan oleh seorang  producer Hollywood dari Metro-Goldwyn-Mayer (MGM).

Beliau kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mengembangkan bakatnya di Hollywood. Perang Dunia Kedua telah tercetus dan semasa perang sedang berlaku, Hedy Lamarr berada di Amerika Syarikat.

Ketika inilah tercetusnya ideanya untuk membantu tentera Amerika Syarikat menewaskan pasukan tentera laut Nazi Jerman. Beliau yang ingin membawa ibunya ke Amerika Syarikat kerana tentera Nazi telah membunuh ramai orang Yahudi di benua Eropah.

Oleh kerana ibunya berketurunan Yahudi, Hedy Lamarr begitu bimbang dengan keselamatan ibunya yang berada di Austria. Ketika inilah beliau bersama kawannya yang merupakan seorang komposer muzik, George Antheil; telah mencipta satu frekuensi signal untuk radio yang dinamakan sebagai “Frequency Hopping”.

Ianya telah menyukarkan pihak Nazi Jerman menerima isyarat radio ketenteraan dengan jelas.

Kredit Gambar: Medium

Sebelum adanya “Frequency Hopping” ini, kebanyakan kapal laut tentera Amerika Syarikat berjaya dimusnahkan oleh kapal selam tentera Nazi. Selepas terciptanya “Frequency Hopping”, tentera Amerika Syarikat berjaya membawa kapal perang mereka menyeberangi Lautan Atlantik.

Hedy Lamarr bersama dengan rakannya telah mempatenkan teknologi ini. Teknologi ini kemudianya digunakan ketika krisis di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union di Negara Cuba.

Pada ketika itu, pihak Soviet Union telah membangunkan peluru berpandu jarak jauh untuk Cuba yang mampu untuk memusnahkan tempat-tempat strategik di Amerika Syarikat.

Walaupun teknologi ini telah digunakan secara meluas di dalam teknologi tentera, Hedy Lamarr tidak mendapat sebarang royaliti terhadap hasil ciptaannya itu.

Beliau meneruskan karier lakonannya sehingga akhir tahun 1960-an dan kemudianya telah bersara. Beliau meninggal dunia pada tahun 2000 ketika berusia 86 tahun.

Kini teknologi yang dicipta Hedy Lamarr telah meluas digunakan dalam era moden ini terutamanya di dalam telefon pintar. Pada tahun 2014, National Inventors Hall of Fame di Amerika Syarikat telah memberikan anugerah terhormat kepada Hedy Lamarr di atas sumbangan beliau dalam dunia teknologi.

Sumber Rujukan:

Iklan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kisah Kejayaan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Pengasas Sapura Holdings

Kejayaan tidak datang dengan mudah dan pastinya ia memerlukan masa yang agak lama.  Ia memerlukan ketekunan dan dedikasi yang tinggi bagi mencapai sesebuah kejayaan. Tambah-tambah lagi, bagi mereka yang dilahirkan dalam serba kesusahan dan ingin melepaskan diri dari belenggu kemiskinan dalam hidup.

Situasi ini turut dirasai oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, iaitu pengasas kumpulan syarikat perniagaan Sapura Holdings. Ada kisah beliau yang diterbitkan dalam sebuah buku yang bertajuk ‘A Driver’s Son’.

Kredit Gambar: MPH Online

Tanpa melengahkan masa, jom kami kongsikan kepada anda kisah kejayaan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir.

Kehidupan Awal Yang Susah

Boleh dikatakan kehidupan awal beliau amat susah. Bapanya pula hanya bekerja sebagai pemandu. Setiap hari, mereka sekeluarga hanya mampu menjamah hidangan nasi dengan ikan kering sahaja.

Pada awal pendidikannya, beliau bersekolah di Sekolah Rendah Inggeris semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Bapanya pada ketika itu sedar bahawa pentingnya Bahasa Inggeris untuk mengubah masa depan kehidupan anaknya itu.

Beliau juga dikatakan pernah dirotan oleh ibunya ketika darjah satu kerana mengatakan bahawa kelas pada hari tersebut tiada, sedangkan beliau ponteng sekolah kerana bosan dengan pelajaran Matematik. Ibunya turut menasihatinya agar menghargai pelajaran untuk mengubah kehidupannya.

Kejadian tersebut telah mengubah hidupnya menjadi lebih rajin untuk belajar.

Usaha Tangga Kejayaan

Kredit Gambar: Sapura

Beliau tidak pernah kenal erti putus asa dalam mengubah taraf kehidupannya dan telah belajar secara bersungguh-sungguh sehingga berjaya melanjutkan pengajian ke United Kingdom.

Selepas tamat pengajian, beliau telah pulang ke Malaysia dan memegang jawatan penting di syarikat Telekom Malaysia. Walaupun memegang jawatan yang tinggi, beliau telah melepaskan jawatannya ekoran menerima pelawaan menyertai syarikat UMW.

Kemudian, dengan beraninya beliau menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Sapura. Pada mulanya, beliau bergelut untuk membangunkan syarikatnya menggunakan wangnya sendiri. Tetapi akhirnya, ia membuahkan hasil dan Sapura kini menjadi sukses dalam banyak bidang yang diceburinya.

Kejayaan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir dalam membangunkan syarikatnya sendiri telah diakui oleh kerajaan Malaysia. Power tak power?

Kesimpulannya, kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu mengecapi kejayaan. Apa yang penting, kita kena berani bertindak dan berusaha untuk mengatasi apa saja cabaran.

Sumber Rujukan:

  1. Hidup Ringkas
  2. The Malaysian Reserve
Iklan

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!