Ikuti Kisah Trevor Chapman, Bagaimana $200 Menjadi $1 Juta Dalam Masa 3 Bulan

Urus niaga jual beli di internet dikaitkan dengan pemasaran digital, itulah pendedahan utama yang penting buat masyarakat yang celik internet dan bekerja melalui internet pada hari ini. Melalui internet juga, siapa sangka sesebuah syarikat kini telah mula menjana keuntungan mencecah jutaan ringgit.

Bagaimana mungkin hanya dengan dunia digital, kita boleh memperoleh keuntungan berganda dan melimpah ruah? Tidak mustahil sekiranya kita benar-benar mengikuti arus era digital.

Jom baca kisah Trevor Chapman ini, pastinya ia memberi inspirasi buat anda.

Siapa Trevor Chapman?

Sesiapa yang sering melakukan urusan jual beli dalam talian sudah pasti mengenali Trevor Chapman. Beliau menghabiskan hanya $200 USD untuk membuat laman web jualan.

92 hari kemudian, Trevor Chapman mencapai keuntungan sebanyak $1 juta USD. Sungguh tak disangka!

Walaupun peluang datang secara mengejut, beliau tidak bersetuju untuk menjual ciptaannya. Namun pada akhirnya, Trevor Chapman memutuskan untuk menjualnya dengan harga tidak kurang dari $10 juta USD, satu tahun setengah selepas itu.

Itu adalah kisahnya dalam mencipta pendapatan yang lumayan. Jom kita kenali siapa dirinya yang sebenar dan kisah hidupnya.

Kisah Trevor Chapman

Tiga belas tahun yang lalu, beliau adalah seorang pelajar kolej yang gagal. Trevor Chapman menerima pekerjaan menjual barang kawalan perosak dari pintu ke pintu bagi menghasilkan wang tambahan.

Setelah itu, beliau juga telah melancarkan perniagaannya sendiri iaitu sebuah syarikat pemasangan panel solar. Syarikat ini nampak macam cepat berkembang.

Tetapi dua tahun kemudian, perniagaannya semakin merosot. Tiada pilian lain, beliau tekad untuk lakukan perubahan.

Beliau juga sering merasa takut apabila membayangkan kehidupan yang tidak selesa akibat status kewangannya semakin teruk.

Mula Membuka Website Jualan

Jawapan bagi kehidupannya terjawab apabila beliau mempertaruhkan wangnya sebanyak USD200 untuk membuka laman web penjualan barang yang unik dan pelik dari negara China.

Antaranya adalah seluar kevlar, ubat gigi arang, kerusi, fidget spinner dan banyak lagi. Kekuatan beliau adalah apabila beliau sering berpegang pada pepatah Warren Buffet.

Beliau telah mengamalkan tips Warren Buffet iaitu mengamalkan masa kerja selama 1.5 jam sehari untuk berjaya. Mungkin sebelum ini, beliau bekerja selama 12 jam di syarikat pemasangan solarnya.

Namun selepas membuka laman web penjualannya, beliau hanya bekerja selama 1.5 jam sehari dengan laman web penjualannya seperti yang diperkatakan oleh Warren Buffet.

Dengan segala ilmu yang dikutip dari tokoh tersebut, Trevor Chapman mula mengambil langkah satu demi satu bagi memastikan momentumnya laju dan menjadi. Akhirnya, beliau berjaya juga.

Kesimpulannya, kita harus menguasai strategi bisnes dalam era digital memandangkan ia sering bertukar-tukar dan berubah-ubah.

Nak jadi seperti Trevor Chapman, janganlah sesekali kita mengulangi kesilapan yang sama.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.cnbc.com
  2. https://celebsfortune.com
  3. https://finance.yahoo.com
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.