Janice Bryant Howroyd: Wanita Pertama Di Amerika Syarikat Yang Mengasaskan Syarikat Bernilai Bilion Dolar

Mengurus dan membangunkan syarikat yang mempunyai market capitalizatian melebihi USD1 bilion adalah perkara yang biasa bagi syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Tetapi amat jarang jika pengasas syarikat adalah merupakan seorang wanita yang berasal dari keturunan Afrika Amerika, ia merupakan sesuatu yang amat luar biasa sekali.

Ini kerana kebiasaanya perniagaan yang besar ini dimonopoli oleh golongan lelaki berkulit putih.

Mari kita kenali seorang tokoh wanita kulit hitam yang pertama di Amerika Syarikat yang berjaya mengasas dan menguruskan syarikat yang bertaraf bilion dolar dari segi market capitalization.

Wanita tersebut adalah Janice Bryant Howroyd yang dilahirkan pada tahun 1952 di North Carolina. Beliau mempunyai 11 orang adik-beradik dan merupakan anak ke-4.

Pada tahun 1960-an ketika era perkauman masih lagi tebal di Amerika Syarikat, beliau dan keluarga lain yang berkulit hitam telah terkena tempiasnya. Janice mempunyai semangat yang kental ketika usia remaja dengan lantang melawan ketidakadilan yang berlaku di dalam masyarakat Amerika Syarikat pada ketika itu.

Ketika itu, masih lagi terdapat sekolah yang mengasingkan pelajar berdasarkan warna kulit. Sekolah ini masih lagi dibenarkan pada era ini yang menyebabkan ramai kaum kulit hitam berjuang untuk mendapatkan keadilan bagi bangsa mereka di Amerika Syarikat.

Beliau seterusnya telah berjaya melanjutkan pengajianya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat universiti di dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris.

Selepas tamat pengajian, Janice bekerja sebagai setiausaha untuk sebuah syarikat majalah hiburan di syarikat milik abang iparnya yang terletak di California. Di sinilah beliau terdedah dengan pelbagai cabang perniagaan termasuk yang ada di dalam bidang hiburan, seperti pelancongan, perniagaan dan sebagainya.

Kredit Gambar: Pinterest

Janice yang menimba banyak pengalaman telah mengambil keputusan untuk menubuhkan perniagaannya sendiri.

Beliau menubuhkan sebuah syarikat yang bernama ActOne Group yang fokus sebagai agensi mencari pekerja. Syarikatnya itu menyediakan perkhidmatan untuk syarikat lain dalam mendapatkan pekerja yang berkualiti tinggi.

Janice bermula dengan modal sebanyak USD1,500 dengan USD900 dipinjamkan oeh ibunya untuk menyewa sebuah pejabat kecil di Beverly Hills, California pada tahun 1978.

Beliau terus berusaha keras untuk membawa syarikatnya ke persada dunia. Di antara strategi pertama yang digunakannya untuk mendapatkan pelanggan adalah dengan memberi perkhidmatan yang terbaik sehingga pelanggan itu mengesyorkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikatnya itu kepada kenalan mereka.

Usahanya itu berhasil apabila syarikatnya semakin maju sehingga menjadi sebuah syarikat yang bertaraf bilion dolar. Syarikatnya kini mempunyai seramai 2,600 orang pekerja dan mempunyai 19 cawangan di seluruh dunia.

Kredit Gambar: Amazon

Beliau juga kini mempunyai 17,000 pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan yang disediakannya.

Salah satu rahsia kejayaan yang beliau kongsikan adalah dengan mempunyai matlamat yang jelas. Janice juga memberi motivasi kepada para pekerjanya supaya mereka sedar bahawa mereka adalah aset syarikat yang berharga.

Selain daripada itu, beliau juga mengajar para pekerjanya supaya berdikari untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh syarikat. Sekiranya pekerja bekerja dengan penuh semangat dan berdedikasi, kejayaan akan mudah dicapai oleh mereka dan secara lumrahnya syarikat juga akan berjaya.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa kejayaan ini bukan berasal daripada warna kulit, keturunan atau agama. Tetapi ianya hasil kerja keras dan tidak mengenal erti berputus asa.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.