Kenali 4 Keluarga Malaysia Yang Berjaya Membina Legasi Kekayaan

Susulan artikel 8 Sebab Kenapa Orang Kaya Bertambah Kaya yang lalu, ia sememangnya sesuatu yang boleh kita fikirkan dan dijadikan panduan.

Menurut businessinsider.my, penulis buku ‘The Billion Dollar Secret’ iaitu Rafael Badziag yang  menemuramah 21 bilionaire, ada 6 persamaan sikap orang berjaya iaitu :

  • Bangun awal
  • Jaga kesihatan
  • Membaca
  • Berfikir dalam
  • Ada rutin dan meditasi
  • Disiplin

Kita ambil contoh beberapa jutawan di Malaysia yang berjaya membina legasi.Dari dia bermula,anak-anak,cucu-cucu dapat mengurus,mewarisi dan meneruskan legasinya.Mereka adalah :

1. Robert Kuok

Beliau bermula sebagai seorang office boy dan selepas tamat belajar di Raffles Institution, beliau bekeja sebagai kerani di syarikat beras Jepun. Robert bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung pada tahun 1949.

Kini, beliau orang utama syarikat multinasional iaitu Kumpulan Kuok yang menjalankan beberapa perniagaan seperti penanaman tebu, penapisan gula, pengilangan tepung, hotel, hartanah, pengangkutan dan pelbagai lagi. Beliau juga pengerusi hotel Shangri-la dan Resort Chain.

Anak beliau Kuok Khoon Ean adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan operasi harian perniagaannya.

Anak yang lain Kuok Khoon Ho adalah pengerusi Kuok Brothers. Anak perempuannya Kuok Hui Kwong pula Managing Director dan Chief Executive SCMP Group dan Chairperson Shangri-La Asia.

2. Arwah Tan Sri Nasimuddin SM Amin

Arwah bermula sebagai kerani dan pembantu kontraktor binaan di syarikat pembinaan bapanya. Pada tahun 1974, beliau mampu menyimpan RM80,000 dalam akaun hasil gaji sebagai pembantu ayahnya.

Minat arwah terhadap kereta dan automobil membuahkan hasil dengan membeli 20 permit import (AP) dan mengimport kereta buatan asing dari Jepun.

Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri seperti kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, hartanah dan banyak lagi.

Anaknya Datuk Wira SM Faisal adalah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza serta Pengasas dan Pengarah Urusan Eftra Holdings Sdn Bhd.

SM Nasarudin pula merupakan Ketua Operasi Naza Corporation Sdn Bhd dan mengambil alih jawatan CEO di tiga syarikat Naza iaitu Nasim Sdn Bhd, Naza Corporation Sdn Bhd dan NZ Diners Sdn Bhd.Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Anak lelaki bongsu iaitu SM Faliq memegang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn Bhd dan berkahwin dengan Chryseis Tan anak kepada Pengerusi Berjaya Corporation Berhad iaitu Tan Sri Vincent Tan.

3. Tan Sri Vincent Tan

Beliau merupakan pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Pelbagai rangkaian bisnes dijalankan oleh kumpulan Berjaya seperti perhotelan, penerbangan, resort, perjudian dan mempunyai Menara Berjaya Times Square yang terletak di Kuala Lumpur

Anak lelaki sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching mengambil alih jawatan Ketua Eksekutif (CEO) syarikat B-Corp, yang merupakan syarikat utama Berjaya Group of Companies.

Anak perempuannya Chryseis Tan merupakan peneraju startup bisnes fesyen Goxip.

Anak perempuannya yang lain Nerine Tan mengambil alih jawatan CEO bagi syarikat Berjaya Sports Toto Bhd.

4. Bonda Rozita Ibrahim

Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Melaya ini merupakan ibu kepada Dato’ Sri Aliff Syukri Bin Kamarzaman. Beliau memiliki Sendayu Tinggi Holdings dan mempunyai 9 anak syarikat lain.

Sendayu Tinggi Manufacturing yang terletak di Port Klang diuruskan anak perempuannya Noor Hayati Kamarzaman. Bonda Rozita telah memberi kepercayaan kepada Hayati untuk menguruskan jenama Sendayu Tinggi.

Manakala anak lelakinya pula adalah pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris.

Tan Sri Syed Mokhtar Takde?

Siapa yang tak kenal dengan Tan Sri Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kan? Beliau memiliki Pos Malaysia, DRB-Hicom, MMC Coporation yang merupakan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan banyak lagi syarikat lain dan merupakan di antara orang terkaya di Malaysia. Namun penulis tidak menjumpai maklumat lanjut mengenai anak dan keluarga beliau.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk meninggalkan legasi kepada keluarga samaada dalam perniagaan mahupun warisan harta pusaka untuk kebaikan generasi akan datang.

Penafian: Kisah ini hasil carian dan pembacaan penulis sendiri dari sumber internet, majalah dan akhbar.

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.