Kerjaya Yang Mengubah Hidup Wanita Bernama Merry Riana

Pernahkah anda membaca buku motivasi bertajuk ‘Impian Sejuta Dolar’ yang popular di Asia Tenggara? Buku ini diinspirasikan dari kisah Merry Riana, iaitu seorang wanita yang berjaya pada usia muda.

Kini, beliau berkecimpung dalam kerjaya sebagai Motivator Wanita Nombor 1 di Asia.

Kisah Kehidupan Merry Riana

Merry Riana dilahirkan pada 29 Mei 1980 di Jakarta dan membesar dalam keluarga yang sederhana. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Perjalanan hidup Merry Riana di Singapura bermula dari konflik rusuhan besar di Jakarta pada tahun 1998.

Cita-cita Merry Riana pada asalnya adalah untuk mengikuti pembelajaran dalam Jurusan teknik elektro Universiti Trisakti, namun terpaksa dibatalkan kerana kejadian tersebut. Beliau kemudian memilih Kolej di Singapura untuk meneruskan pembelajaran dan cita-citanya.

Beliau memilih kolej Singapura pada waktu itu kerana jaraknya dekat, persekitaran yang aman dan sistem pendidikan di sana yang baik.

Merry Riana telah belajar di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada tahun 1998 dalam jurusan yang beliau minati tersebut. Di sana, beliau telah mendapatkan biasiswa dari kerajaan Singapura yang berjumlah $40,000 USD, namun biasiswa yang diterima tidak mencukupi untuk keperluan kehidupan beliau di sana.

Kesempitan Wang Ketika Di Kolej

Kos pembelajaran pada ketika itu amat tinggi. Akibat dari itu, beliau hanya makan mee segera dan mengikuti seminar pada waktu malam demi mendapatkan makanan percuma.

Untuk mengubah kehidupan, Merry Riana mula mendapatkan kerja bagi menampung hidup. Beliau telah menjual surat khabar di tepi jalan, menjaga kedai bunga dan bekerja di hotel sebagai pelayan.

Selepas beberapa lama bekerja, beliau mula bertekad dan bercita-cita untuk mengubah hidupnya.

Kerana tidak mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam perniagaan, Merry Riana telah mengikuti seminar dan menyertai Organisasi Kemahasiswaan yang berkaitan dengan dunia perniagaan.

Sejak dari itu, beliau telah mencuba pelbagai jenis peluang perniagaan. Tahukah anda apa yang berlaku?

Langit tidak selalunya cerah. Semua kerja yang beliau lakukan gagal dan kewangan pula makin merosot.

Namun, itu tidak mematahkan semangat wanita yang kuat berusaha ini. Beliau mula mempelajari ilmu perniagaan dengan bersungguh-sungguh. 

Akhirnya beliau memutuskan untuk belajar dalam bidang Industri Perancangan Kewangan pula.

Memasuki Industri Kewangan Secara Sepenuh Masa

Selepas menamatkan pengajiannya, beliau memulakan kerjayanya sebagai penasihat kewangan namun kerjaya itu ditentang oleh keluarganya.

Tanpa memikirkan risiko kerjayanya, beliau tetap fokus dengan kerjayanya dan berjaya dengan menjual insurans dan pelbagai produk yang berkaitan dengan kewangan.

Setelah enam bulan bekerja, beliau telah berjaya membayar semua hutang. Pada tahun pertama bekerja, beliau telah berjaya menghasilkan $200,000 USD.

Pada tahun 2003 pula, beliau telah diberi penghargaan dalam kerjaya penasihat kewangan dan telah menjadi Pengurus pada tahun 2004 dengan penubuhan syarikatnya sendiri.

Seterusnya pada tahun 2006, beliau telah berjaya menghasilkan $1,000,000 USD dan juga telah menerima pelbagai anugerah.

Dengan semangat yang tinggi, tidak mustahil kita boleh berjaya seperti Merry Riana. Industri kewangan sebenar bukanlah sekadar menjual insurans, tetapi mendapatkan manfaat kewangan buat diri sendiri, keluarga dan seluruh masyarakat.

Rujukan

  1. http://hrmacapp.com/kisah-sukses-motivator-terkenal-merry-riana/
  2. https://www.cnnindonesia.com/hiburan/20141223200736-220-20139/belajar-menyikapi-kehidupan-dari-merry-riana
  3. https://books.google.com.my/books?id=mdTHCgAAQBAJ&pg=PR7&lpg=PR7&dq=inspirasi+dalam+dan+luar+negara&source=bl&ots=LIfeMPF_o8&sig=ACfU3U01lqb-4egNlW0leiiVKrWaqjdh2w&hl=id&sa=X&ved=2ahUKEwimsOzHzPbpAhUUVH0KHVa2DywQ6AEwAnoECAgQAQ#v=onepage&q=inspirasi%20dalam%20dan%20luar%20negara&f=false
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.