Kisah Bagaimana Amazon Terselamat Daripada Krisis ‘Dot-Com Bubble’ Dan Menjadi Syarikat Gergasi Dunia

Jeff Bezos pernah menukilkan kata-kata bahawa beliau akan menyesal jika tidak membuat sesuatu yang dapat mengubah hidupnya jika dia melihat kembali perjalanan hidupnya ketika berusia 80 tahun nanti.

Kata-kata ini telah menjadi azimat pegangan hidupnya sehingga dia sanggup berhenti kerja di sebuah firma hedge fund yang terkemuka di New York, iaitu D. E. Shaw.

Semuanya demi mengejar impian membuka sebuah syarikat yang berteraskan internet ketika beliau berada di kedudukan yang selesa dengan pendapatan yang lumayan.

Beliau sanggup meninggalkan pekerjaan tersebut dan memulakan syarikat di garaj kereta di rumahnya. Ternyata tindakanya itu membuahkan hasil apabila Amazon kini merupakan salah sebuah syarikat terbesar dunia dan menjadikan dirinya sebagai lelaki terkaya dunia pada ketika ini.

Apa yang selalu kita dengar mengenai Amazon ini adalah kisah kejayaan yang mereka miliki tetapi tahukah anda, sebenarnya Amazon juga pernah hampir muflis? Namun dengan tindakan bijak oleh Jeff Bezos, ianya ternyata dapat menyelamatkan Amazon.

Kejadian ini berlaku ketika peristiwa dot-com bubble yang mana kebanyakan syarikat yang berteraskan teknologi mengalami keadaan yang sangat sukar, sehingga sebahagian syarikat terpaksa ‘gulung tikar’.

Warren Jenson yang pada ketika itu merupakan CFO Amazon, telah berpendapat bahawa syarikat itu memerlukan duit yang cukup mengembangkan lagi perniagaan mereka untuk masa yang akan datang.

Beliau telah mengambil nasihat dari Ruth Porat dari Morgan Stanley untuk membuka pelaburan di pasaran Eropah.

Jenson telah menawarkan convertible bonds untuk pelabur luar bagi menambah lagi modal pelaburan untuk Amazon. Ketika krisis dot-com bubble berlaku, Amazon telah mempunyai wang yang cukup bagi menghadapi krisis tersebut.

Amazon juga mengalami masalah yang sama di mana saham syarikat telah jatuh sebanyak 90%, tetapi dengan duit pelaburan awal yang mereka perolehi itu dapat menyelamatkan syarikat tersebut daripada bankrap.

Selain itu juga, model perniagaan yang dimiliki oleh mereka juga sangat unik berbanding dengan syarikat teknologi yang lain pada ketika itu. Ketika krisis tersebut berlaku, Jeff Bezos melihat kepada bilangan pelanggan yang mereka ada berbanding dengan nilai saham syarikat.

Beliau mendapati bahawa bilangan pelanggan Amazon semakin bertambah walaupun nilai saham Amazon semakin berkurangan.

Bagi Jeff Bezos, bilangan pelanggan Amazon ini sangat penting berbanding dengan nilai saham syarikat mereka kerana untuk jangka masa yang panjang, pelanggan inilah yang akan memberi keuntungan yang besar kepada syarikat mereka.

Model perniagaan ini telah menyakinkan para pelabur untuk terus bersama dengan Amazon ketika krisis ini berlaku. Amazon yang terus melakukan pelaburan ke atas pelanggan mereka dari tahun ke tahun, sehingga berjaya menjadi syarikat gergasi pada hari ini.

Amazon bukanlah syarikat yang membuat keuntungan yang besar dalam tempoh dua dekad perniagaan mereka. Pengalaman yang dihadapi oleh Amazon itu membuktikan bahawa berkat kesabaran dan pelaburan jangka masa pandang adalah kunci bagi membina empayar perniagaan yang kukuh dan jitu.

Sesuailah dengan peribahasa yang menyebut, “Rome wasn’t built in a day”.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Beliau adalah antara 10 perintis perbankan Islam menerima anugerah itu yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 pembangunan perbankan Islam.

Gabenor Wilayah Madinah Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz Al-Saud menyampaikan anugerah itu, menandakan satu peristiwa penting bagi mengiktiraf sumbangan selama berdeakad kepada kemajuan kewangan Islam.

Abdul Wahid menghadiri simposium itu pada 16 dan 17 April lepas sebagai moderator dan penceramah.

Beliau tidak menjangka untuk menerima pengiktirafan tersebut bagaimanapun menyifatkannya amat bermakna terutama sekali acara itu diadakan di kota suci Madinah.

“Saya berbesar hati dan rasa rendah diri dengan anugerah ini. Ini merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepada kakitangan dalam pelbagai entiti perkhidmatan kewangan yang pernah saya kerja seperti Bursa Malaysia, Malayan Banking Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Amanah Capital Group Bhd dan Bumiputra Merchant Bankers Bhd tetapi juga untuk Malaysia dan pengawal selia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan seluruh sektor kewangan Islam.

“Malaysia sememangnya berada di barisan hadapan dalam pembangunan perbankan Islam, kewangan dan pasaran modal. Saya berharap anugerah ini akan terus memberi inspirasi kepada sektor berkenaan untuk meningkatkan dan berinovasi dalam menyokong dunia yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anugerah Saleh Kamel untuk Ekonomi Islam ditubuhkan bertujuan memperingati sumbangan perintis Allahyarham Sheikh Saleh Kamel dan bagi mempromosikan kecemerlangan dalam penyelidikan.

Ia juga menyokong pengeluaran akademik khusus, menyerlahkan bakat baharu muncul dalam kewangan dan perundangan Islam serta mengembangkan pengaruh global dalam perbankan Islam.

— BERNAMA