Kisah Kejayaan Abraham Lincoln

Abraham Lincoln adalah salah seorang pemimpin politik dunia Barat yang terkenal dan dihormati. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat ke-16 pada masa krisis.

Beliau amat terkenal dengan kepimpinannya yang luar biasa, ucapannya yang hebat dan kemampuan politiknya yang sangat padu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Abraham Lincoln boleh berjaya dan menjadi terkenal sehingga ke hari ini?

Jom baca kisah kejayaan Abraham Lincoln.

Permulaan Abraham Lincoln

Dilahirkan pada 12 Februari 1809, Abraham Lincoln dibesarkan di Kentucky dengan persekitaran yang sederhana oleh ibu bapanya. Ayahnya Thomas, adalah pemimpin perniagaan dan sosial tempatan namun kehilangan sebahagian besar asetnya dalam kes undang-undang.

Ekoran daripada itu, Abraham Lincoln sekeluarga berpindah ke Indiana.

Pada awal kehidupan karier Abraham Lincoln, beliau bersama rakannya telah membuka sebuah perniagaan kedai buku namun akhirnya gagal. Kecewa dengan kejadian tersebut, beliau memutuskan untuk menyertai dunia politik Majlis Umum Illinois.

Sayangnya, kerjaya politiknya juga gagal, dengan menduduki tempat kelapan daripada tiga belas calon.

Kecewa dengan kegagalannya, Lincoln telah mempelajari undang-undang untuk menjadi peguam dan mencalonkan diri untuk jawatan tersebut sekali lagi. Usaha beliau yang tidak pernah kenal erti berputus asa telah menjadikannya pemimpin dalam politik tempatan di Illinois.

Abraham Lincoln kemudian terpilih ke Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada tahun 1846.

Perjuangan Dalam Undang-Undang Dan Politik

Kredit Gambar: US News

Semasa karier kongresnya, Abraham Lincoln mengambil sikap berani melawan sistem perhambaan dan berusaha memperkenalkan rang undang-undang yang melarang perhambaan di Washington DC.

Selepas kerjaya yang singkat di Dewan Perwakilan, Abraham Lincoln telah menjauhkan diri daripada dunia politik dan bekerja sebagai peguam di Illinois.

Selama 16 tahun, beliau membicarakan beberapa kes yang paling berpengaruh dan penting pada zaman tersebut.

Pada tahun 1858, Abraham Lincoln memasuki dunia politik sekali lagi kerana kecewa dengan sistem parti pemerintahan pada ketika itu. Kali ini, Abraham Lincoln memperolehi banyak sokongan dengan kempen yang berkisar kepada isu perhambaan.

Walaupun memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, banyak negeri di selatan Amerika Syarikat yang menyokong sistem perhambaan tersebut.

Sumbangan Abraham Lincoln

Selepas itu, perang persaudaraan telah tercetus namun berjaya diatasi oleh beliau. Setelah membina semula Amerika Syarikat dan menghapuskan sistem perhambaan, Abraham Lincoln telah memperkenalkan hak sivil.

Abraham Lincoln memberikan hak kebebasan berpolitik kepada warga kulit hitam dan menimbulkan kemarahan pengkritiknya. Pada 14 April 1865, John Wilkes Booth telah membunuh Abraham Lincoln semasa pertunjukan persembahan di sebuah acara.

Kesimpulannya, kejayaan Abraham Lincoln sebagai pemimpin politik tidak berpunca daripada pendidikan istimewa namun ianya berpunca daripada semangat dan tekadnya yang besar.

Selain daripada itu, keterampilannya dalam mendidik dirinya sendiri ketika orang lain enggan membantu beliau belajar adalah salah satu kunci kejayaan yang jarang dimiliki oleh mana-mana individu.

Untuk berjaya seperti Abraham Lincoln, teruskan berusaha dan sentiasa rajin mencari ilmu.

Sumber Rujukan: Success Story

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.