Mark Twain, Daripada Seorang Kaya-Raya Kemudian Jatuh Muflis Dan Bangkit Semula

Kesilapan memiliki sikap tamak yang tinggi bukanlah pengakhiran bagi hidup seseorang, sekiranya beliau tersedar dan kemudiannya berubah. Untuk itu, ayuh berkenalan dengan Samuel Langhorne Clemens atau yang lebih dikenali dengan nama pena beliau iaitu Mark Twain.

Beliau menceburkan diri dalam pelbagai bidang, di antaranya sebagai seorang penulis, usahawan, pelabur, penerbit, pensyarah dan lebih hebat lagi beliau mendapat jolokan sebagai ‘the greatest humorist American country has ever produced‘.

Percubaannya dalam mengharungi dunia ponzi skim berakhir dengan kedukaan. Beliau berasal daripada kehidupan mewah tetapi kemudiannya terpaksa berhutang sehinggalah diisytiharkan muflis.

Ini adalah kisah seorang yang tidak pernah menyerah kalah telah bangkit daripada masalah yang dihadapinya.

Percubaan pertama beliau untuk menjadi kaya adalah di umur yang cukup muda. Ketika itu di California, fenomena emas dan perak menjadi sangat terkenal. Beliau memiliki saham Nevada yang merupakan sebuah syarikat perlombongan perak, yang dipercayai bersamaan USD100,000 seunit pada hari ini.

Semasa fenomena bull market, beliau telah membeli saham tersebut menggunakan margin yang tinggi, ketika harga berada di paras USD300 seunit.

Kemudian ianya telah meningkat menjadi USD1,000 seunit, USD2,000 seunit dan terus naik lagi. Bayangkan, kehidupan Mark Twain pada umur 26 tahun telah menjadi sangat mewah.

Beliau telah menjadikan hotel yang paling mewah di bandar tersebut, sebagai tempat tinggal beliau. Sehinggalah saham tersebut mencapai USD6,000 seunit, beliau masih lagi tidak menjualnya, kerana beliau yakin saham yang beliau miliki akan meneruskan kenaikan.

Walaubagaimanapun, apa yang beliau fikirkan telah tersasar, saham tersebut telah mengalami ‘penerjunan’ harga yang tidak terduga, sehinggalah saham tersebut tidak bernilai.

Setelah membayar bil hotel mewah tempat tinggal beliau, wang yang tinggal di dalam poketnya hanya tinggal USD50. Kehidupan beliau telah bertukar 360 darjah. Beliau telah jatuh miskin.

Pengajaran sifat tamak beliau dalam hidup tidak hanya berakhir di situ. Ketika berumur 27 tahun, beliau telah mendapat tawaran bekerja sebagai seorang wartawan di akhbar tempatan. Mark Twain tidak memerlukan masa yang lama untuk menempah nama sebagai seorang wartawan yang tersohor.

Pada tahun seterusnya, beliau mencuba bidang baru sebagai seorang pengarang dan juga pensyarah, di mana seluruh hasil penulisan beliau mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

Kemudian beliau mula ‘jatuh cinta’ dengan bidang penerbitan dan juga perniagaan. Beliau telah menubuhkan syarikat penerbitan Webster Publishing Company. Hasil dari usaha keras beliau, syarikat tersebut berkembang dengan baik.

Namun sayangnya syarikat tersebut telah terperangkap dalam situasi panik pada tahun 1893 hingga 1894, dan syarikat tersebut telah diisytiharkan muflis pada 18 April 1894. Sekaligus telah mengakibatkan beliau berhutang sebanyak USD94,000 kepada 96 pemiutang.

Tahukah anda, isteri beliau telah menawarkan wang sebanyak USD65,000 kepada beliau, dengan harapan untuk menyalamatkan syarikat penerbitan tersebut. Namun beliau telah menolaknya kerana beranggapan kesilapan tersebut adalah tanggungjawab beliau sepenuhnya.

Pada usia 58 tahun, beliau telah muflis sepenuhnya. Keseluruhan aset peribadi beliau terpaksa dijual bagi membayar hutangnya. Sedikit fakta menarik, ayah beliau juga mengalami nasib yang serupa, mengalami turun naik kehidupan, dan akhirnya muflis.

Namun ayahnya berjaya membayar keseluruhan hutang tersebut sebelum meninggal dunia.

Jika dikaji semula, kesilapan terbesar pada ketika itu adalah apabila beliau menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap sebuah mesin typesetter yang sedang dibangunkan sehinggakan beliau sanggup melabur wang sebanyak USD190,000, iaitu wang yang disimpan selama 14 tahun.

Sungguhpun beliau tersungkur, namun beliau cuba sedaya upaya untuk bangkit, bagi membayar semula, keseluruhan hutangnya berdasarkan pekerjaan beliau sebagai seorang penulis dan juga pensyarah.

Menjelang akhir bulan Januari 1898, beliau berjaya melunaskan keseluruhan hutangnya. Lebih ajaib lagi hutang tersebut berjaya dilunaskan kurang dari 4 tahun, dari tarikh beliau diisytiharkan muflis.

Sumber : Biography

Percayakah anda, kejayaan beliau melunaskan hutangnya yang banyak dan bangkit dari titik kegagalan tersebar dengan pantas. Nama beliau melonjak sebagai seorang ikon yang menjadi contoh kepada orang ramai.

Sepanjang tempoh 4 tahun tersebut, beliau ditawarkan oleh Alexander Graham Bell untuk memiliki perkongsian dana pelaburan ke atas ciptaan telefon terkenalnya. Namun Mark Twain terpaksa menolak dengan sopan, kerana beliau sudah kehilangan wang yang banyak kerana melabur ke dalam penciptaan yang belum dikenal pasti potensi untuk berjaya.

Beliau berjaya membuktikan bahawa dalam hidup ini kita boleh bangkit walaupun menemui pelbagai kegagalan dalam kehidupan.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.