Mejar Patricia Yapp Syau Yin – Juruterbang Jet Pejuang MiG-29 Wanita Pertama, Orang Sandakan Kita Tau

Mejar Patricia Yapp Syau Yin dilahirkan dan dibesarkan di Sandakan, Sabah. Pada tahun 1996, beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar undang-undang, namun beliau telah memohon untuk menyertai program kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mejar Yapp menamatkan pengajian dengan memiliki Diploma dalam Kejuruteraan Aeroangkasa daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seterusnya beliau telah menamatkan latihan penerbangan pada tahun 2002, dan memilih untuk menyertai skuad Smokey Bandits di Kuantan, Pahang.

Di sinilah beliau menjadi juruterbang jet pejuang MIG-29 wanita pertama Asia dan membuat persembahan di sebuah pertunjukan penerbangan antarabangsa. Beliau juga merupakan juruterbang wanita pertama yang mengetuai formasi 21 kapal terbang semasa menyambut Hari Merdeka Ke-60 yang lalu.

Dikenali sebagai Ikon Malaysia, Mejar Yapp telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Wanita Sabah semasa sambutan peringkat negeri Hari Wanita pada tahun 2017. Di luar kerja sebagai seorang juruterbang, beliau gemar berbasikal dan aktiviti lasak bersama dengan keluarga.

Jemput Datang Ke BFF2019 Dan Dengar Sendiri Pengalaman Beliau

Rebut peluang untuk berjumpa Mejar Yapp secara berdepan dalam acara yang dianjurkan Securities Industry Development Corporation (SIDC), Business Foresight Forum (BFF) 2019. Bertemakan ‘New Business Directions 2025 – Catalysts for Change’, ianya yang akan diadakan pada hari Khamis, 19 September 2019 ini bertempat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara.

Selain daripada itu, kita juga berpeluang untuk dengar sendiri kisah inspirasi daripada syarikat-syarikat terkemuka seperti Boost E-Wallet, Bank Dunia (Malaysia), Time dot Com, Fave dan banyak lagi. Kita juga ada anak-anak muda yang tersenarai dalam ‘Forbes 30 under 30 Asia’ seperti Melvin Poh, Alex Patel dan ramai lagi yang akan berkongsi cerita.

Itu merupakan sebahagian daripada acara sehari suntuk yang akan diadakan pada hari tersebut. Jemput baca 7 Sebab Anda Kena Datang Business Foresight Forum (BFF) 2019, dan layari laman web BFF untuk maklumat lanjut.

Harga tiket adalah seperti berikut:
RM1,500 harga biasa untuk seorang
RM1,250 seorang untuk kumpulan tiga atau lebih orang
RM1,000 seorang untuk kumpulan lebih daripada 10 orang

Atau secara alternatif, alami BFF 2019 secara maya melalui strim secara langsung. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran atau strim secara langsung, sila hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 / 8664.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.