Lima Tumpuan Utama Pelabur Dalam dan Luar Negara Minggu Ini (16-20 September 2019)

Pasaran saham Asia merudum diikuti dengan pasaran saham hadapan Amerika Syarikat (AS) selepas serangan terhadap kawasan pengeluaran utama minyak mentah negara Arab Saudi di Abqaiq dan Khurais.

Pasaran saham Arab Saudi pula merudum 2.30% pada pembukaan hari Isnin dan difahamkan pihak kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya tempoh seminggu untuk mengembalikan kapasiti pengeluaran pada tahap penuh.

Citarasa terhadap risiko (risk-appetite) di pasaran Asia semakin lemah apabila data pengeluaran industri China pula jatuh ke paras terendah sejak Februari 2002, menambah lagi kebimbangan terhadap risiko terhadap pertumbuhan ekonomi yang kian perlahan.

Wall Street pada hari Isnin (16 September 2019) dibuka rendah setakat pada masa artikel ini ditulis dan penganalisis berpendapat risiko akan semakin meningkat jika langkah susulan oleh Amerika Syarikat dan Arab Saudi melibatkan tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Daripada perspektif peluang pelaburan, lonjakan harga minyak mentah ketika ini dijangka akan memberi kesan positif kepada kaunter-kaunter tenaga di Wall Street seperti Chevron dan Exxon Mobil.

Selain daripada perkembangan risiko geopolitik di Timur Tengah, tumpuan pada minggu ini juga akan terarah kepada mesyuarat bank-bank pusat utama dunia termasuk Federal Reserve (The Fed), Bank of England (BoE) dan Bank of Japan (BoJ). Mesyuarat The Fed akan menjadi perhatian utama kerana pengaruhnya yang menyeluruh terhadap ekonomi global.

Berikut adalah lima tema utama yang bakal menjadi perhatian para pelabur sepanjang minggu ini.

1. Penetapan Dasar Monetari Federal Reserve

Bank pusat Amerika Syarikat dijangka akan memotong kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas pada awal pagi Khamis (19 September 2019). Dengan penurunan kadar yang sememangnya telah dijangka, perhatian akan lebih terarah kepada hala tuju dasar kewangan di masa akan datang.

Walaupun potensi begitu tinggi untuk bank pusat menurunkan kadar faedah, tetapi terdapat minoriti ahli mesyuarat yang menentang pelonggaran dasar kerana tidak percaya dengan kelemahan dalam ekonomi ketika ini.

Tugas The Fed bukanlah mudah kerana berhadapan dengan tekanan daripada pasaran kewangan dan kerajaan Amerika Syarikat sendiri terutamanya Presiden Donald Trump. Trump beberapa kali menyalahkan bank pusat itu yang menaikkan kadar faedah terlalu pantas sehingga menyebabkan ekonomi lemah.

Baru-baru ini Trump menggesa agar The Fed menurunkan kadar faedah kepada kosong peratus atau pun lebih rendah pada kadar negatif. Namun, seperti yang kita tahu bank pusat tidak akan akur dengan gesaan kurang bijak seperti itu kerana ia bakal mengejutkan ekonomi.

Apa yang bakal berlaku kepada pasaran Amerika Syarikat pada Rabu (18 September) dan Asia (19 September) bergantung kepada halatuju dasar The Fed yang bakal diumumkan nanti. Pengerusi The Fed, Jerome Powell bakal mengecewakan pasaran jika dia kurang menjanjikan pelonggaran dasar.

Hal ini boleh dilihat dalam unjuran ekonomi yang akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi 19 September. Unjuran ini termasuklah ramalan terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi, termasuk kadar faedah dalam carta ‘dot-plot’.

2. Lonjakan Harga Minyak Mentah Dunia

Perhatian kini terarah kepada bagaimana Arab Saudi menangani kerosakan yang berlaku selepas serangan dron ke atas fasiliti pengeluaran terbesar mereka. Kerosakan itu bersamaan dengan pengurangan 5% bekalan minyak mentah dunia yang mana telah melonjakkan harga minyak mentah pada pembukaan pasaran hari Isnin.

Penanda aras minyak mentah dunia West Texas Intermediate (WTI) melonjak sehingga 15% daripada hanya $55 setong kepada $63.50 pada awal pembukaan pukul 6 pagi hari Isnin (16 September).

Amerika Syarikat menyalahkan Iran kerana bersekongkol dengan puak Houthi di Yaman sehingga menyebabkan gangguan terhadap pengeluaran 5.7 juta tong bekalan sehari yang dikeluarkan Arab Saudi.

3. Penetapan Dasar Dua Bank Pusat Utama

Selepas kejutan yang dibuat oleh European Central Bank (ECB) pada minggu lalu, kini perhatian akan terarah kepada langkah yang bakal diambil oleh bank-bank pusat utama yang lain. The Fed sememangnya sudah dijangka akan menurunkan kadar faedahnya pada Khamis ini dan tumpuan akan terarah kepada BoE dan BoJ dalam melakar halatuju mereka pada minggu ini.

Sumber mengatakan, BoJ akan membincangkan langkah pelonggaran dasar bagi mengurangkan kelemahan ekonomi ketika ini. Data yang dikeluarkan dalam masa terdekat bakal menunjukkan data perdagangan dan inflasi yang lemah. Masalahnya sekarang, adalah bagaimana pelonggaran dasar yang lebih tinggi dapat mengurangkan beban institusi kewangan di negara itu dan bagaimana alatan dasar dapat digunakan dengan efektif.

Bank of England pula dijangka tidak membuat sebarang perubahan kepada dasar sementara menunggu keputusan akhir dalam isu Brexit.

4. Data Pengeluaran Industri China

Enjin perindustrian China terus lemah pada bulan Ogos dengan pengeluaran indeks sektor pembuatan merudum ke paras terendah 17-tahun lalu.

Pengeluaran industri yang mengukur tahap semasa dalam sektor pembuatan, perlombongan dan utiliti hanya berkembang 4.4% pada bulan Ogos jatuh dari 4.8% yang dicatat pada bulan Julai 2019. Ia juga adalah bacaan paling rendah pernah dicatat sejak bulan Februari 2002.

Beberapa data lain yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Kebangsaan China pada Isnin (16 September) juga menunjukkan jualan runcit yang hanya berkembang pada kadar 7.5% berbanding jangkaan sebanyak oleh penganalisis iaitu 8.0%.

Pelaburan aset tetap juga menunjukkan kemerosotan pada bulan Ogos dengan kenaikan 5.5% turun daripada 5.7% pada bulan Julai.

5. Perkembangan Pasaran Malaysia

Bursa Malaysia sedikit pulih pada minggu lalu apabila merekodkan aliran masuk modal asing berjumlah RM247.1  juta pada tempoh 10-12 September 2019 berbanding aliran keluar RM198 juta pada minggu sebelum itu. Hal ini sebenarnya disokong oleh prospek rundingan dagangan Amerika Syarikat dan China yang beransur pulih.

Prestasi Bursa pada minggu lalu lemah ditekan oleh kejatuhan saham Axiata dan Digi selepas gagalnya rundingan penggabungan Axiata-Telenor. Ia menyebabkan Bursa Malaysia didagangkan di bawah paras 1,600 pada awal minggu lalu berikutan penjualan oleh dana asing. Walaubagaimanapun, Bursa Malaysia berakhir positif yang disebabkan oleh pembelian pada saat akhir.

Dalam perkembangan monetari, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuarat minggu lalu mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3% sehingga menyokong kepada kenaikan Ringgit.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.cnbc.com/2019/09/15/dow-set-to-fall-on-fears-spiking-oil-will-slow-the-global-economy.html
  2. https://www.cnbc.com/2019/09/13/week-ahead-the-stock-market-is-poised-to-set-a-new-record-if-the-federal-reserve-delivers.html
  3. https://www.cnbc.com/2019/09/15/saudi-stock-market-dives-crude-to-jump-after-attack-on-oil-plants.html
  4. https://www.investing.com/news/economy/federal-reserve-to-return-to-stimulus-pump-global-economy-week-1978140
  5. https://www.reuters.com/article/us-global-markets-themes-graphic/take-five-of-fed-aches-and-other-central-banks-idUSKCN1VY1ZG
  6. https://www.investing.com/news/economy/economic-calendar–top-5-things-to-watch-this-week-1978166
  7. https://finance.yahoo.com/news/saudis-race-restore-oil-output-075227121.html
  8. https://www.scmp.com/economy/china-economy/article/3027374/chinas-industrial-engine-slowed-new-17-year-low-august-even
  9. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/09/16/foreign-funds-return-to-bursa-with-net-inflow-of-rm247mil
  10. https://asia.nikkei.com/Business/Markets/Nikkei-Markets/Asian-stocks-fall-as-crude-prices-surge-after-Saudi-oil-field-attack

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.