Minat Yang Mendalam Terhadap Kopi Mengubah Kehidupan Seorang Pemuzik

Kerjaya sebagai seorang pemuzik kedengaran glamor dan penuh warna-warni. Tetapi tidak semua pemuzik adalah seindah itu.

Ada yang terpaksa menghitung hari gaji untuk meneruskan kehidupan. Itulah yang berlaku kepada seorang pemuzik klarinet yang bernama James Freeman.

Anda mungkin tidak mengenali nama James Freeman. Beliau merupakan bekas pemain klarinet yang kini mengecapi hidup mewah hasil daripada perniagaan kopi miliknya.

Eh? Macam mana seorang pemuzik boleh bertukar kerjaya menjadi ahli perniagaan pula?

Wang Daripada Muzik Sekadar Cukup Makan

James Freeman merupakan seorang pemuzik yang bergelut untuk meneruskan hidup. Wang yang diperoleh melalui persembahan muziknya hanya cukup-cukup untuk membayar segala bil yang ada.

Disebabkan beliau merupakan penggemar minuman kopi, beliau sering bereksperimen dengan memanggang sendiri biji kopi untuk dijadikan minumannya. Ini kerana beliau merasakan penjual kopi yang lain memanggang biji kopi terlalu lama menyebabkan rasanya yang kurang enak.

James Freeman mula terfikir untuk membuka bisnes kopi bagi menghasilkan minuman kopi terbaik dan berkualiti bagi peminat-peminat kopi sepertinya.

Namun begitu impiannya kurang mendapat sokongan daripada kenalan-kenalannya. Mereka mengatakan yang industri minuman berkafein terlalu ramai pesaing.

Oleh kerana obsesi yang terlalu mendalam terhadap kopi, lelaki ini kemudian mengambil keputusan untuk mencari pengalaman dengan bekerja sebagai seorang barista.

Kredit Gambar: Sprudge

James Freeman mula memanggang kopi dan menjual kopi segar di Farmer’s Market sekitar San Francisco dan Oakland. Demi menjalankan bisnes ini, beliau mencurahkan segala kudrat, idea dan duit yang ada termasuklah USD15,000 pinjaman daripada dua kad kredit miliknya sebagai tambahan modal.

Tiada apa yang lebih menggemberikan James Freeman apabila suatu hari kedainya dibarisi ramai pelanggan. Rupa-rupanya minuman yang dihasilkannya mendapat reaksi positif daripada para pelanggan.

Beliau kemudiannya membuka kedai pertamanya di sebuah garaj kecil yang telah diubahsuai dan kedai tersebut masih kekal hingga ke hari ini. Lokasinya adalah di San Francisco dan berhampiran dengan ibu pejabat Twitter.

Bekas CEO Twitter iaitu Evan Williams juga menggemari rasa kopi Blue Bottle, iaitu jenama kopi James Freeman sehingga beliau mengambil keputusan untuk melabur ke dalam syarikat minuman ini.

Kini jenama Blue Bottle bukan sahaja terkenal di Amerika Syarikat, tetapi turut melebarkan sayapnya sehingga ke negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong. Bukan itu sahaja, Blue Bottle’s kini turut dimiliki syarikat gergasi Nestle yang merupakan pemilik saham majoriti.

Kepada anda di luar sana yang mungkin berminat untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes, carilah niche perniagaan yang anda minati. Kalau dah minat, pasti anda akan bersungguh-sungguh dalam melakukannya bukan?

Sumber Rujukan: CNBC

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.