Sejarah Penubuhan Syarikat Minuman Tenaga Yang Paling Popular Di Dunia, Red Bull

Minuman tenaga merupakan minuman yang popular bagi kebanyakan orang. Pasaran untuk minuman tenaga ini bernilai sebanyak $53 bilion pada tahun 2018.

Di antara jenama yang paling popular di dunia adalah Red Bull. Minuman ini cukup terkenal dalam menghasilkan minuman tenaga yang digemari orang ramai.

Tahukah anda sebenarnya minuman Red Bull ini berasal dari negara jiran kita iaitu Thailand?

Sejarah Red Bull

Jom kita lihat sejarah penubuhan syarikat dan bagaimana syarikat ini berjaya menguasai pasaran minuman tenaga dunia. Minuman ini telah dicipta oleh seorang usahawan Thailand yang bernama Chaleo Yoovidhya.

Minuman ini diperkenalkan di Thailand pada tahun 1976. Chaleo Yoovidhya yang sebelum ini merupakan seorang jurujual dan ahli farmasi, telah mencipta minuman ini untuk penduduk Thailand terutamanya bagi pekerja kelas bawahan seperti petani dan buruh kasar.

Pada masa itu ,minuman tenaga yang terkenal di Thailand adalah dari Jepun yang dikenali sebagai Livita. Yang menjadi masalah kepada penduduk kelas bawahan Thailand ini adalah, minuman Livita ini harganya dijual dengan mahal dan hanya mampu diminum oleh golongan yang berpendapatan tinggi.

Chaleo Yoovidhya kemudiannya berjaya menghasilkan minuman tenaga yang sama tetapi pada harga lebih murah yang dikenali sebagai “Krating Daeng”.

Minuman tenaga ini menjadi popular dalam tempoh yang singkat kerana ianya mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah. Mereka ini merupakan golongan yang paling memerlukan minuman tenaga untuk meneruskan kerja seharian mereka.

Chaleo Yoovidhya yang pada mulanya menjual minuman tenaganya itu ke bahagian pedalaman Thailand yang kebanyakan didiami oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Selain itu juga, Chaleo Yoovidhya turut menaja aktiviti sukan Muay Thai yang merupakan sukan yang paling terkenal di Thailand.

Pada era 1980-an, Krating Daeng telah menguasai pasaran di Thailand. Pada tahun 1983, seorang jurujual dari Austria yang bernama Dietrich Mateschitz telah pergi ke Thailand di atas urusan peribadi. Ketika berada di sana, beliau mengalami keletihan akibat perjalanan yang jauh itu.

Dietrich Mateschitz kemudiannya mendapatkan minuman tenaga tersebut di Thailand dan apa yang mengejutkanya selepas meminum minuman tersebut, beliau menyedari bahawa jet lag yang dialaminya itu telah hilang setelah meminum Krating Daeng.

Beliau yang bekerja sebagai jurujual untuk sebuah syarikat ubat gigi di Jerman telah menghidu satu peluang keemasan yang terhidang di depan matanya. Beliau berjumpa dengan Chaleo Yoovidhya untuk berkerjasama bagi membawa minuman tersebut untuk dijual di negaranya.

Mereka berdua telah bersetuju untuk bekerja sama dengan pembahagian saham sebanyak Chalerm Yoovidhya (51%) Dietrich Mateschitz (49%) dan akhirnya pada tahun 1987, Syarikat Red Bull telah ditubuhkan.

Red Bull masih lagi menggunakan formula asal Krating Daeng tetapi Dietrich Mateschitz telah menukar rasanya bagi menyesuaikanya dengan citarasa masyarakat Eropah. Beliau telah menambah rasa bikarbonat di dalam minuman tersebut bagi menepati keperluan masyarakat di sana.

Dietrich Mateschitz telah menggunakan kaedah yang berbeza untuk memasarkan minuman Red Bull kepada masyarakat di sana. Minuman tenaga ini lebih fokus kepada golongan muda yang gemar berkunjung ke kelab malam. Ramai golongan muda di sana menggemari minuman tersebut sehingga jualannya semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Selain daripada faktor rasa yang unik, kaedah pemasaran yang dilakukan oleh Red Bull sangat berkesan. Syarikat tersebut menghabiskan berbilion dolar setiap tahun yang begitu unik dengan menaja kebanyakan aktiviti lasak.

Selain itu juga, mereka juga memiliki beberapa kelab bola sepak. Dengan pemasaran yang begitu meluas, Red Bull telah menguasai pasaran minuman tenaga dunia.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.