6 Tips Berjimat Ketika Musim Pandemik

Dengan keadaan pandemik yang berlaku dalam negara, sudah tentu ramai yang terkesan daripada segi ekonomi dan kewangan. Banyak perniagaan seperti restoran, kedai runcit dan lain-lain lagi terpaksa gulung tikar.

Ramai juga yang kehilangan pekerjaan atau diberikan cuti tanpa gaji sejak Mac 2020. Maka amat penting sekali untuk kita berjimat-cermat untuk kewangan keluarga dan kelangsungan hidup.

Berikut merupakan beberapa tips berjimat teruk yang boleh kita lakukan.

1. Jangan Bazirkan Makanan

Kehidupan berjimat-cermat bukan hanya dengan menjimatkan wang tetapi ia juga berkaitan menjimatkan bekalan makanan yang ada. Anda perlu berfikir panjang sebelum membazirkan sumber bekalan makanan anda miliki.

Guna dan masak makanan yang perlu sahaja, jangan lebihkan makanan sekiranya tiada siapa yang akan makan. Boleh juga boleh menanam sayur-sayuran dengan cara berkebun.

Sambil berjimat sambil badan sihat.

2. Simpan Wang Tanpa Sebab

Kita boleh amalkan membuat simpanan wang tanpa sebarang alasan. Jika dulu kita rasa bebas untuk membeli apa saja, kini simpanlah dan bersedia sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Sebagai contoh, jika gaji kita tidak dibayar penuh kerana tidak dapat bekerja secara normal, berapa banyak simpanan yang kita ada?

3. Bekerja Sambilan Secara Online Di Rumah

Dalam keadaan sekarang, kita lebih selamat sekiranya banyak habiskan masa di rumah. Namun ramai tak sedar bahawa mereka boleh melakukan banyak perkara bagi menjana wang secara online di rumah.

Terdapat begitu banyak pendapatan pasif yang boleh dijana secara online seperti paid review, dropship produk, buat content di youtube, melakukan servis menterjemah, menulis dan sebagainya.

Boleh juga belajar ilmu pelaburan saham dan buat duit tepi depan menggunakan komputer atau laptop. Tapi pastikan ada ilmu dulu baru melabur.

4. Claim Refund Bagi Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Pengguna yang tidak dapat menggunakan produk atau perkhidmatan kerana pandemik COVID-19 ini berhak untuk claim refund bagi servis tersebut. Jika tidak, anda akan kerugian lebih banyak wang kerana tidak dapat menggunakan servis tersebut.

Duit tersebut juga boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan. Antara servis yang boleh anda claim refund adalah seperti langganan keahlian gim dan sebagainya.

Atau mungkin sebelum ini kita banyak habiskan duit untuk langganan televisyen berbayar atau penstriman, mungkin sudah tiba masanya untuk kita hentikan langganan tersebut.

5. Membeli-Belah Secara Online

Membeli belah secara online yang kami maksudkan bukannya semua barang harus dipesan melalui online, tetapi menggunakan internet sebagai medium untuk mencari kedai manakah yang memberikan harga barangan yang murah dan berpatutan.

Jadi, anda membuat perbandingan harga secara online sebelum membeli. Selain itu, beli secara online juga dapat menjimatkan masa dan wang kerana tak perlu membeli barang yang tidak perlu sekiranya pergi ke pasaraya sendiri menaiki kenderaan.

6. Hentikan Penggunaan Kad Kredit

Akhir sekali, boleh pertimbangkan untuk berhenti menggunakan kad kredit. Dengan adanya kad kredit, kita berisiko untuk menambahkan hutang berbanding untuk berjimat-cermat.

Tanpa kad kredit, kita tak perlu bayar kadar faedah dan hutang kad kredit sekalipun. Hanya guna wang tunai saja, ia sangat menjimatkan. Atau gunakan saja kad debit agar kita tidak terlebih berbelanja.

Semoga segala masalah kewangan yang melanda dapat diselesaikan dengan baik dan kita dapat mengharungi musim pandemik ini bersama-sama.

Sumber Rujukan:

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Adakah Wang Dalam E-Dompet Dan Simpanan Di Bank Sama?

Oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Hari ini, bayar apa sahaja semudah mengimbas kod QR, sama ada di pasar raya, kedai kopi, pasar malam, mahupun gerai tepi jalan. Wang ditolak terus daripada akaun bank atau e-dompet (e-wallet) anda secara dalam talian. Dengan satu imbasan, urusan pembayaran selesai. Seolah-olah telefon pintar sudah menggantikan wang tunai.

Namun di sebalik kemudahan ini, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna e-dompet: adakah wang yang disimpan dalam e-dompet mempunyai status yang sama seperti simpanan dalam akaun bank? Jika berlaku masalah kepada pengeluar e-dompet pula, adakah wang tersebut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?

Hasil tinjauan PIDM mendapati bahawa masih terdapat sebahagian pengguna beranggapan wang yang disimpan dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM sebagaimana simpanan di bank ahli PIDM.

Kekeliruan ini mungkin timbul kerana e-dompet menawarkan fungsi yang hampir sama seperti kemudahan perbankan digital di bank. Walaupun kedua-duanya membolehkan pengguna menambah nilai, menyemak baki, memindahkan wang dan membuat pembayaran, namun fungsi utamanya adalah berbeza.

Sebenarnya, PIDM tidak melindungi wang atau dana yang disimpan dalam e-dompet. Tahukah anda – pengeluar e-duit atau e-dompet merupakan pengeluar wang elektronik yang beroperasi atas lesen berbeza jika dibandingkan dengan bank berlesen atau institusi perbankan Islam berlesen? E-duit juga bukan deposit. Berdasarkan ciri-ciri ini, pengeluar e-duit bukan institusi ahli PIDM dan e-duit tidak dilindungi oleh PIDM.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna dana dalam e-dompet tidak mempunyai perlindungan. Di Malaysia, e-dompet dikategorikan sebagai wang elektronik atau e-money yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mengikut keperluan kawal selia, pengeluar e-dompet tertentu[1] perlu menyimpan dana pelanggan dalam akaun amanah di bank berlesen serta mengasingkannya daripada dana operasi syarikat. Langkah ini membantu memastikan wang pelanggan tidak digunakan untuk tujuan lain serta memastikan rekod yang lengkap disimpan bagi memudahkan proses pengesahan dan pengagihan baki setiap pengguna apabila diperlukan.

Sekiranya bank yang memegang akaun amanah pengeluar e-dompet ialah bank ahli PIDM dan bank tersebut gagal atau muflis, dana pelanggan yang disimpan dalam akaun amanah tersebut dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan yang ditetapkan.

PERBANDINGAN ANTARA E-DOMPET DAN AKAUN BANK
 E-dompetAkaun Simpanan di Bank
Fungsi utamaAplikasi dalam talian atau melalui peranti mudah alih yang digunakan untuk pembayaran harian, serta pemindahan dan penerimaan wangTempat simpanan wang yang berupaya melaksanakan transaksi pembayaran, pemindahan dan penerimaan wang serta membantu pengurusan kewangan
Penyedia perkhidmatanPengeluar e-dompet atau wang elektronikBank berlesen (bank komersial, institusi perbankan Islam atau bank digital)
Institusi perbankanPerkhidmatan e-dompet juga ditawarkan oleh institusi bukan perbankan.Ya
Cara dana disimpanDisimpan secara terkumpul dalam akaun amanah bankDisimpan terus dalam akaun bank atas nama individu
Perlindungan PIDMTerhad kepada dana dalam akaun amanah yang ditempatkan di bank ahli PIDM dan tertakluk kepada syarat kelayakanDeposit yang layak di bank ahli PIDM

Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana dana dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM secara tidak langsung:

Seiring perkembangan ekonomi digital, penggunaan e-dompet dijangka akan terus meningkat. Justeru, pengguna perlu memahami perbezaan antara e-dompet dan simpanan akaun bank, termasuk tahap perlindungan yang tersedia.  Dengan pengetahuan ini, pengguna dapat memanfaatkan kemudahan pembayaran digital dengan lebih yakin dan tahu hak mereka sebagai pengguna kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan PIDM ke atas deposit anda di bank ahli, klik https://www.pidm.gov.my/my/general/how-we-protect-you/dis


[1] Merujuk kepada pengeluar wang elektronik bukan bank dengan jumlah liabiliti e-Duit tertunggak sebanyak RM1 juta atau lebih, seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia mengenai Wang Elektronik (e-Duit).