6 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Mereka Yang Bergelar Ibu Atau Bapa Tunggal

Bergelar ibu atau bapa tunggal pastinya merupakan sesuatu yang sangat mencabar. Kalau dahulu, segalanya kesenangan dan kesusahan boleh dikongsikan bersama dengan pasangan. Kini semua benda terpaksa dilakukan sendiri, termasuklah dalam soal mengurus duit.

Ini pastinya sesuatu yang merunsingkan. Iyalah, kalau nak tanggung diri sendiri sahaja tak apa, kalau ada tanggungan lain seperti anak yang bersekolah? Pasti ia agak mencabar bukan?

Tetapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Berikut merupakan 6 tips penting pengurusan kewangan untuk mereka yang bergelar ibu atau bapa tunggal.

1. Buat Belanjawan

Golongan bujang pun digalakkan untuk membuat belanjawan bulanan, apatah lagi single parent. Belanjawan sangat penting bagi memastikan kita menggunakan duit untuk perkara yang benar-benar perlu, sekaligus mengelakkan pembaziran.

Ia juga membantu kita dalam meletakkan sasaran simpanan yang perlu dilakukan setiap bulan.

2. Pelan Takaful

Jangan lupa untuk mendapatkan pelan takaful bukan sahaja untuk diri kita tetapi juga untuk anak-anak. Kita tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku di masa akan datang.

Perlu ingat bahawa Takaful bukan berfungsi sebagai panadol, bila dah sakit baru nak cari.

Takaful merupakan salah satu persediaan kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, kecacatan kekal atau kematian.

Baca juga 10 Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Takaful

3. Simpanan

Buatlah simpanan secara tetap untuk setiap bulan. Kalau boleh, buat beberapa akauan simpanan yang khas untuk tujuan tertentu seperti kecemasan, simpanan pendidikan, simpanan perumahan dan sebagainya.

Kalau kita tidak mampu untuk menyimpan dalam jumlah yang banyak setiap bulan, simpanlah dalam amaun yang kita mampu walaupun sedikit.

Lama-kelamaan akan jadi banyak juga kan?

4. Kad Kredit

Kad kredit jika digunakan dengan betul mampu untuk memberikan pelbagai manfaat untuk penggunanya terutamanya di waktu kecemasan. Tetapi, kalau tidak pandai mengawal nafsu berbelanja, ia juga boleh mendatangkan keburukan seperti bebanan hutang.

Jadi, kita perlu bijak dalam mengawal penggunaan kad kredit.

Baca juga 7 Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Menguntungkan

5. Pendapatan Sampingan

Dalam menghadapi situasi hidup yang mencabar, kita mungkin perlu mencari pendapatan sampingan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih selesa untuk anak-anak. Ada pelbagai jenis pekerjaan yang boleh kita lakukan secara sambilan termasuklah dari rumah.

Gunakan kesempatan ini untuk menambah pendapatan keluarga anda.

Baca juga Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk’

6. Manfaatkan Bantuan Kerajaan

Kerajaan juga menyediakan banyak jenis bantuan terutamanya untuk ibu tunggal yang disalurkan oleh badan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, bantuan persekolahan turut disediakan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan juga yang mempunyai pendapatan yang rendah.

Bantuan kanak-kanak : Minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak.

Ibu tunggal yang cukup kriteria penerimaan zakat boleh memohon bantuan zakat menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jadi gunakan manfaat yang diberikan oleh kerajaan ini dengan sebaiknya. Jangan berasa malu untuk memohon sekiranya anda serta anak tanggungan anda itu berkelayakan. Ini bukan untuk diri kita semata-mata tetapi juga untuk masa depan mereka.

Baca juga 12 Bantuan Yang Ada Untuk Golongan B40 di Malaysia

Untuk membesarkan anak-anak sendirian, bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil.

Anggaplah ianya sebagai satu ujian, dan jangan mudah berputus asa serta sentiasalah berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Kami doakan yang terbaik untuk anda.

Sumber Rujukan:

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.