8 Modus Operandi Jenayah Komersil Yang Biasa Orang Kita Kena

Kita sering terbaca di dada-dada akhbar atau di media sosial, berapa ramainya orang ditipu ribuan ringgit oleh scammers. Ada yang kehilangan semua wang simpanan gara-gara mulut manis penipu ini.

Walaupun dah banyak kali kita dengar tentang skim-skim penipuan ini, namun masih ramai yang kena tipu.

Jom kita kenali modus operandi jenayah komersil yang biasa orang kita selalu kena. Semoga kita semua dapat berlindung daripadanya.

1. Macau Scam (Penyamaran Tipu Panggilan)

MODUS OPERANDI

1. Suspek menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguatkuasa, pihak bank atau syarikat perkhidmatan.

  • Polis
  • Mahkamah
  • LHDN
  • SPRM
  • TM
  • Pos Laju

2. Mangsa dikatakan terlibat dengan kes jenayah atau mempunyai tunggakan bayaran pinjamanbank, cukai dll

3. Mangsa diugut akan ditangkap dan didakwa. Mangsa diminta merahsiakan dari keluarga/rakan.

4. Mangsa diarahkan menyerahkan maklumat bank atau membuat pindahan wang ke akaun yanglain bagi tujuan siasatan.

TIPS & NASIHAT

  • Jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali.
  • Beritahu pasangan, ahli keluarga atau rakan.
  • Semak dengan balai, bank atau pejabat berkaitanyang berhampiran untuk pengesahan.
  • Jangan dedahkan maklumat perbankan kepadamana-mana pihak.

2. Tipu E-Dagang (Jual/Beli Dalam Talian)

MODUS OPERANDI

Mangsa adalah PEMBELI

1. Mangsa melihat tawaran iklan di media sosial.

2. Suspek menawarkan barang dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran.

3. Mangsa membuat bayaran dan tidak terima barang yang dibeli.

4. Mangsa juga gagal menghubungi suspek.

Mangsa adalah PENJUAL

1. Mangsa dihubungi suspek yang berminat untuk membeli barang jualan mangsa.

2. Suspek telah terlebih membuat bayaran dan meminta mangsa memulangkan baki wang.

3. Suspek menunjukkan resit bank palsu untuk meyakinkan mangsa.

TIPS & NASIHAT

  • Berhati-hati dengan tawaran ‘Too Good To Be True’ atau harga murah.
  • Pilih laman web yang dipercayai dan mempunyai jaminan keselematan.
  • Semak review dan testimoni pengguna.
  • Semak no. telefon / akaun bank di SEMAKMULE.

3. Tipu SMS

Menang Peraduan

1. Mangsa terima SMS menang peraduan (Nestle, Boost dll).

2. Mangsa diminta menekan pautan untuk ke laman web untuk menuntut hadiah.

3. Mangsa diminta memasukkan butiran perbankan. (No kad ATM, ID pengguna dan kata laluan.

Penggunaan Kad Kredit

1. Mangsa terima SMS penggunaan kad kredit.

2. Mangsa diminta menghubungi nombor telefon pada SMS.

3. Mangsa bercakap dengan suspek dan diminta memberikan maklumat perbankan.

TIPS & NASIHAT

  • Semak dengan syarikat berkaitan tentang peraduan tersebut.
  • Jangan beri maklumat perbankan kepada mana-mana pihak.
  • Hubungi bank melalui nombor di belakang kad ATMatau bank berhampiran anda.

4. Love Scam

MODUS OPERANDI

1. Mangsa berkenalan dengan suspek melalui media sosial.

2. Suspek akan menyamar sebagai askar, jurutera, ahli perniagaan yang tinggal di luar negara.

3. Suspek akan memperdaya mangsa dengan :-

Penghantaran hadiah- Mangsa diminta membuat pelbagai bayaran seperti cukai, denda dll untuk melepaskan barangan mewah dari luar negara yang disekat.

Wasiat / Pelaburan perniagaan- Mangsa diminta membuat bayaran bagi pihaksuspek untuk mendapatkan wang yang dihantar dari luar negara.

TIPS & NASIHAT

  • Jangan layan individu tidak dikenali di media sosial.
  • Jangan mudah percaya rakan media sosial.
  • Maklum ahli keluarga / rakan sebelum membuattransaksi.
  • Semak no telefon / akaun bank di SEMAKMULE.
  • Semak dengan pihak berkaitan.

5. Tipu Pelaburan

MODUS OPERANDI

1. Mangsa melihat iklan pelaburan di media sosial atau ditawarkan melalui whatsapp.

2. Mangsa menghubungi suspek dan ditawarkan pelaburan yang mudah, untung besar dan tidak akan rugi.

3. Mangsa membuat transaksi ke akaun bank seperti yang diarahkan suspek.

4. Mangsa kemudian gagal menghubungi suspek.

TIPS & NASIHAT

  • Jangan percaya kepada pelaburan dalam talian.
  • Semak dengan Bank Negara Malaysia sebelummembuat pelaburan.
  • Elak pelaburan yang menawarkan pelaburan mudah,untung besar dan tidak akan rugi.

6. Pinjaman Tidak Wujud

MODUS OPERANDI

1. Mangsa melihat iklan pinjaman di media sosial.

2. Mangsa ditawarkan dengan pinjaman yang…
mudah lulus
tanpa penjamin
mohon hari ini, esok lulus
yang disenarai hitam oleh bank boleh lulus

3. Urusan hanya dalam talian dan mangsa tidak pernah berjumpa suspek.

4. Mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran (guaman, setem duti, yuran proses dll) untuk mendapatkan wang pinjaman.

5. Mangsa tidak menerima wang pinjaman dan suspek gagal dihubungi.

TIPS & NASIHAT

  • Jangan percaya pinjaman dalam talian.
  • Semak nama syarikat pinjaman atau lesen pemberipinjam wang dengan KPKT.
  • Pastikan urusan pinjaman dilakukan di pejabatpemberi pinjam wang yang memaparkan lesenperniagaan.

7. Business Email Compromise (BEC)

1. Suspek menghantar emel yang menyerupai alamat emel rakan niaga mangsa.

Contoh:
Emel sebenar : [email protected]
Emel suspek : [email protected]

2. Suspek akan meminta syarikat mangsa untuk membuat pembayaran ke akaun lain.

3. Mangsa kemudian telah membuat bayaran ke akaun yang diberikan saspek.

4. Mangsa tersedar telah ditipu apabila rakan niaga menghubungi mangsa memaklumkan belum terima bayaran.

TIPS & NASIHAT

  • Semak dengan teliti alamat emel yang diterima.
  • Hubungi rakan niaga melalui telefon/surat/faksuntuk pengesahan.
  • Pastikan komputer di pejabat memasang dansentiasa mengemaskini antivirus.

8. Phishing

MODUS OPERANDI

1. Mangsa menerima SMS / emel mengandungi pautan untuk mengemaskini maklumat perbankan.

2. Mangsa yang telah menekan pautan akan masuk ke laman web / aplikasi perbankan palsu yangmenyerupai laman web / aplikasi asal.

3. Mangsa log masuk menggunakan ID dan kata laluan perbankan dan mengemaskini maklumat perbankan mangsa.

TIPS & NASIHAT

  • Semak dengan teliti alamat laman web perbankanyang diterima.
  • Jangan tekan pautan yang diterima dari SMS atauemel yang tidak dikenali.
  • Pastikan security phrase atau gambar adalah betul sebelum log masuk.

Kredit: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.