Eh Bro, Apa Salahnya Isteri yang Control Duit Suami?

Jika sejak berkahwin baki duit gaji kita hanya mampu bertahan 2 -3 minggu sahaja maka sudah tiba masanya melantik isteri kita sebagai Gabenor Bank Keluarga. Kita sebagai suami jadi Ketua Keluarga sahaja. Bukannya nak longgokkan amanah dan tanggungjawab kepada isteri tetapi ini demi kebaikan bersama.

Jangan Risau, Ini Perkara Biasa Buat Pengantin Baru

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama TV saja bila kahwin terus ada rumah fully furnished, kereta BMW.

Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Kena terima hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit bukan bermaksud queen control!

Ini masa depan rumah tangga anda, pedulikan kata orang.

Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri kan?

Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan :

1. Senaraikan Pendapatan

  1. Senaraikan gaji kasar suami / isteri yang diterima setiap bulan.
  2. Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOCSO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada).

2. Tentukan Kategori Perbelanjaan

  1. Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN.
  2. Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.

3. Buat Anggaran Perbelanjaan Sebulan

  1. Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
  2. Bezakan antara keperluan dan kehendak.
  3. Utamakan keperluan terlebih dahulu.
  4. Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak. Contohnya kalau nak beli sesuatu barang yang bernilai lebih RM1,000, berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Selagi tak berbincang, selagi tu tak boleh beli.

4. Merekodkan Perbelanjaan

  1. Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
  2. Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
  3. Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
  4. Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan. Boleh update dalam WhatsApp setiap kali duit keluar juga boleh. Tak kiralah duit beli rokok ke apa ke…semua mesti update. Boleh juga guna tracker apps percuma dalam App Store.
    .

5. Post Mortem, Menilai Semula, Baiki Bajet

  1. Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
  2. Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
  3. Jika terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah yang terlebih tadi.
  4. Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
  5. Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga. Baca artikel Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk’

Kalau suami bijak merancang kewangan, ajar dan bimbing isteri supaya sama-sama bijak. Begitu juga sebaliknya. Jangan asyik nak marah pasangan kalau dia tak pandai merancang kewangan. Hidup suami isteri harus saling melengkapi.

Merancang kewangan bersama barulah sweet.

Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.

Share & Tag Isteri Kesayangan (atau Bakal Isteri) Anda

7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar

Artikel ini diolah dari penulisan asal “Isteri Sebagai Gabenor Bank Keluarga”
Kalau anda rasa perkongsian ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow FB Amir Syahir.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ZUS Coffee Raih Pelaburan Bernilai RM250 Juta Untuk Pengembangan Global


KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) — Rangkaian kopi tempatan yang didayakan teknologi, ZUS Coffee meraih pelaburan bernilai RM250 juta daripada sebuah konsortium yang merangkumi KV Asia Capital, Retirement Fund Inc (KWAP) dan Kapal Api Group.

Ernst & Young Malaysia bertindak sebagai penasihat penggabungan dan pengambialihan untuk transaksi tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini,  ZUS Coffee berkata kerjasama dan pelaburan baharu itu menandakan lembaran baharu serta sebagai sebagai batu loncatan untuk pertumbuhan syarikat. 

ZUS Coffee kini mengendalikan 600 kedai kopi serantau dan terus mengembangkan portfolionya di Malaysia.

“Dengan memanfaatkan ekuiti jenama yang kukuh dan asas pelanggan setia, ZUS Coffee kini memberi tumpuan untuk menjadi jenama antarabangsa. Pada masa ini, ZUS Coffee mengendalikan 50 kedai di Filipina dan menyasar untuk menjadi peneraju pasaran di sana dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Pelancaran pasaran akan datang, Singapura dan Brunei dirancang antara September dan akhir tahun,” kata syarikat itu.

ZUS Coffee juga giat mencari bakal rakan kongsi lain dalam pasaran antarabangsa dan menjangka mampu menjangkau lebih ramai pelanggan merentasi geografi baharu pada 2025.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ian Chua yang teruja dengan pelaburan dan kerjasama baharu itu berkata syarikat berharap untuk terus memperkukuh rancangan pengembangan antarabangsanya.  

“Kerjasama ini bukan sahaja akan mengembangkan perniagaan teras kopi kami tetapi juga menyokong kemasukan kami dalam pasaran barangan pengguna cepat laris (FMCG),” katanya.

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP Hazman Hilmi Sallahuddin berkata dana persaraan itu berbangga untuk bekerjasama dengan KV Asia Capital (firma ekuiti persendirian bertumpu Asia Tenggara) dan Kapal Api Group untuk menyokong fasa pertumbuhan ZUS Coffee yang seterusnya.

“Di peringkat tempatan, tumpuan kami adalah untuk membantu ZUS Coffee mengukuhkan kehadirannya melalui rangkaian kedai yang diperluas dan menyumbang kepada komuniti melalui penciptaan pekerjaan dan inisiatif tempatan.

“Sementara di peringkat antarabangsa, kami teruja untuk membantu jenama itu dalam mengembangkan jejak globalnya, meningkatkan lagi ZUS Coffee dan Malaysia di persada dunia,” katanya.

— BERNAMA