Bank, Perniagaan Yang Untung Berbilion Setiap Tahun

Kami yakin ramai pembaca kami yang bekerja dalam sektor perbankan. Banyak kelebihan bila dapat bekerja dengan bank. Gaji tinggi, benefit tinggi, increment tinggi, bonus pun tinggi setiap tahun.

Sebab apa bank mampu untuk memberi banyak kemudahan kepada staff mereka? Ini kerana kalau diikutkan, bank adalah perniagaan yang untung berbilion ringgit setiap tahun.

Berikut merupakan keuntungan bersih bank-bank di Malaysia bagi tahun kewangan 2019.

Tengok sajalah keuntungan bersih yang dicatatkan oleh bank-bank terkemuka di Malaysia ni.

Siapa yang takde akaun simpanan dengan Maybank? Soft toy harimau tu mesti ada kan?

Siapa yang takde buat pembiayaan kereta dengan Public Bank?

Siapa yang takde kad kredit dengan CIMB? Atau souvenir sotong ?

Siapa yang tak buat pembiayaan rumah dengan Hong Leong Bank?

Siapa yang tak masuk gaji dengan RHB?

Siapa yang tak pernah tengok iklan Ambank? Masa kecik-kecik dulu mesti ada tabung unta tu kan?

Disebabkan ramai rakyat Malaysia yang banyak membuat pinjaman/pembiayaan dengan bank-bank di atas termasuk kemudahan kad kredit.

Lebih ramai pelanggan, lagi tinggi pendapatan, lagi tinggi keuntungan bank.

BIMB (Bank Islam) Pula Untung RM786.92 Juta Pada Tahun 2019

Mungkin keuntungan BIMB tak mencecah angka RM1 bilion, namun BIMB telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM786.92 juta, berbanding RM682.06 juta pada tahun 2018. Ianya merupakan peningkatan sebanyak 15.37% berbanding tahun sebelumnya.

Saham BIMB tersenarai di Bursa Malaysia dan satu-satunya saham syarikat bank yang patuh syariah. Harga saham BIMB semasa artikel ini ditulis adalah RM3.05.

Keuntungan AgroBank Pula Sedikit Menurun

Ramai yang suka dengan tindakan AgroBank untuk tidak mengenakan caj keuntungan tambahan ke atas pembiayaan untuk semua pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak moratorium automatik untuk enam bulan.

Sumber: Audited Financial Statements For The Year Ended 31 December 2018

Namun jika dilihat kepada prestasi Agrobank, keuntungan bersih menurun sedikit kepada RM133.982 juta bagi tahun 2018.

Adakah dengan tindakan ‘murni’ Agrobank untuk tidak mengenakan sebarang faedah bagi yang mengambil moratorium tersebut, bakal melihat lebih ramai pelanggan beralih kepada mereka?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA