
Photo by Daniel Reche from Pexels
Sub Topik
Berikutan pengumuman Perdana Menteri mengenai Perintah Pergerakan Kawalan 2.0 yang akan dilaksanakan dari 13-26 Januari 2021 ini, ramai yang mula panik. Apabila PKP yang dibuat pada 18 Mac 2020 yang lalu, ramai yang terjejas daripada segi pendapatan.
Banyak perniagaan terpaksa gulung tikar, ramai orang yang diberi cuti tanpa gaji, tak kurang juga ramai yang diberhentikan kerja. Bukan di Malaysia saja, tetapi di seluruh dunia.
Bukan nak minta, tetapi, bayangkan apa yang perlu kita lakukan sekiranya terpaksa berhadapan dengan situasi diberhentikan kerja? Apa yang perlu dilakukan bagi memastikan periuk nasi masing-masing boleh terjaga untuk bulan-bulan berikutnya.
Berikut merupakan 6 perkara yang boleh kita lakukan sekiranya terpaksa berhadapan dengan dugaan ini:
1. Bertenang

Mungkin ada yang berkata, cakap memanglah senang kalau tidak terkena batang hidung sendiri. Tetapi, pada waktu-waktu ini kalau anda hendak meraung dan mengamuk pun, memang tak berguna.
Jadi, lebih baik kita bertenang dan cuba untuk positifkan diri. Ia akan membantu untuk memikirkan apa yang boleh dilakukan selepas ini untuk menambah pendapatan bulanan anda dengan kemahiran yang kita miliki.
Kalau otak kusut, nak fikir apa pun tak boleh. Dan, jangan lupa untuk selesaikan segala apa yang perlu di tempat kerja lama.
Walaupun telah diberhentikan, ianya tidak bermakna kita perlu lepas tangan. Mana tahu, selepas ini kita akan bekerjasama sekali lagi dengan bos atau rakan sekerja lama untuk projek lain.
2. Update Resume Dan Mula Cari Kerja
Ini merupakan masa untuk kita kemas kini resume yang telah lapuk itu. Pada masa yang sama, ‘update’ laman LinkedIn secepat yang mungkin. Gunakan kelebihan teknologi dengan mula mencari kerja melalui internet dan media sosial.
Hebahkan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan yang kita sedang mencari pekerjaan baru. Jangan malu untuk bertanya.
Kita perlu lebih agresif kerana perlu bersaing dengan lambakan ‘fresh graduate’ dan mereka yang turut dibuang kerja atau cuba mencari peluang bekerja di syarikat baru.
3. Buat Senarai Penting

Perkara pertama yang akan muncul dalam diri setiap orang yang diberhentikan kerja tentulah duit. Tanpa sumber pendapatan, bagaimana nak bayar segala komitmen kewangan, makan dan sebagainya.
Sebab itulah, kita digalakkan untuk menabung. Duit tabungan kecemasan akan membantu dalam situasi tidak terjangka seperti ini.
Dan sekiranya kita mempunyai tabungan, perlu belajar untuk berjimat-cermat. Potong mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu dan mula ‘downgrade’ gaya hidup sehinggalah berjaya mendapatkan pekerjaan baru.
4. Buat Tuntutan Skim Sistem Insurans Pekerjaan
Ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang masih belum sedar tentang skim ini. Ia akan memberikan kita penggantian pendapatan sementara, dan juga membantu kita mendapatkan latihan supaya mendapat meneroka peluang pekerjaan baru.
Jika kita dipecat atau terpaksa berhenti kerja secara tiba-tiba, skim ini akan membayar peratusan gaji kita selama 6 bulan. Selain itu, kita juga berpeluang untuk mendapat elaun sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh 3 bulan.
Sekurang-kurangnya ini dapat membantu meringankan beban kewangan buat sementara waktu.
5. Apa Yang Kita Mahu?

Tanya soalan ini kepada diri sendiri. Mana tahu jika kita berminat untuk lari ke bidang lain dan mencuba sesuatu yang baru. Mungkin kita ingin mula menjalankan bisnes sendiri. Atau bertukar kerjaya dalam bidang yang diminati sebelum ini, sebagai contoh daripada kerani kepada tukang jahit.
Jika masih belum pasti, boleh mengambil sebarang kursus secara online ataupun memulakan kerjaya sebagai seorang ‘freelancer’.
6. Bersuara
Kehilangan sumber pendapatan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan. Jadi, jangan asingkan diri kita daripada orang lain. Berbuallah dengan sabahat handai dan juga keluarga.
Mungkin mereka dapat memberikan cadangan bernas dalam menghadapi situasi yang sukar ini. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya dapat meringinkan beban mental yang dihadapi.
Anggaplah ini sebagai satu dugaan yang mungkin akan membuka peluang yang lebih baik kepada kehidupan anda. Banyakkan berdoa dan jangan berputus asa.
Ingatlah bahawa setiap ujian pasti akan datang dengan kesenangan.
Sumber Rujukan: iMoney
Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.
Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.
Prosesnya sangat mudah:
- Layari laman web KAB Gold
- Lengkapkan borang pendaftaran
- Verify emel
Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.