Lebih 90 Peratus Usahawan Belum Manfaatkan e-Invois – Pakar

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.

Sistem e-Invois itu merupakan rekod digital transaksi dan bertujuan membantu meningkatkan kecekapan pengurusan dokumen perniagaan.

Ahli Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Mohd Rozlan Mohamed Ali berkata data menunjukkan kebanyakan perniagaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) belum bersedia sepenuhnya menjelang pelaksanaan wajib e-Invois pada 1 Julai 2025.

“Platform e-Invois memastikan semua transaksi perniagaan direkodkan dengan baik, mengelak kesilapan serta bagi tujuan mematuhi peraturan cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas sesi sembang ‘pocket talk’ bertajuk Jadilah Usahawan Berilmu: Fahami E-Invois semasa Program Dua Tahun MADANI di sini hari ini, atas jemputan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Menjelaskan selanjutnya, Mohd Rozlan berkata cabaran utama dalam memastikan kejayaan sistem e-Invois dalam kalangan usahawan itu adalah bagi memberi pemahaman jelas mengenai kepentingan melakukan persiapan awal.

Menurutnya, ini penting memandangkan ramai dalam kalangan usahawan yang masih keliru dengan sistem itu.

“Masih ramai, khususnya dalam kategori PKS, masih keliru mengenai dokumen yang diperlukan, cara mendapatkan nombor cukai pelanggan serta sistem yang perlu digunakan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan untuk memanfaatkan beberapa inisiatif yang telah dilancarkan oleh KUSKOP seperti sesi latihan percuma dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan agensi lain.

“Sesi latihan (seterusnya) akan diadakan di Putrajaya pada 28 November ini untuk 200 peserta manakala sesi penerangan dijadualkan di Kota Kinabalu pada 10 Disember,” katanya.

Beliau juga mengingatkan kalangan usahawan agar tidak menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk melaksanakan e-Invois kerana ini boleh mengganggu operasi perniagaan.

“Bertindaklah dengan dapatkan nombor cukai anda dan pelanggan, kenali sistem yang sesuai digunakan dan pastikan anda mempunyai pemahaman teknikal yang sewajarnya,” katanya.

— BERNAMA

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini – MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF menjelaskan bahawa buat masa ini kerajaan mendapati sumbangan hasil cukai kekayaan adalah tidak signifikan sekiranya elemen pengecualian dan pelepasan cukai diberikan sepertimana pelaksanaan lain-lain cukai yang sedia ada.

“Pelaksanaan cukai kekayaan dalam apa-apa bentuk atau mekanisme perlu diteliti daripada pelbagai aspek termasuk asas kenaan cukai yang kecil dan terhad di Malaysia.

“Namun, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan dasar percukaian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prinsip keadilan dan saksama serta lebih bersasar supaya struktur percukaian kekal progresif dan mampu mengurangkan jurang ketidaksamaan sosioekonomi,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Pada masa sama, menurut MoF, pendekatan secara lebih bersasar telah dilaksanakan dengan meluaskan asas cukai kepada golongan yang lebih berkemampuan.

Ini termasuk melalui pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai, cukai dividen bagi pendapatan dividen melebihi RM100,000 dan cukai yang dikenakan ke atas agihan keuntungan melebihi RM100,000 yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad.

— Bernama