Fender, Jenama Gitar Amerika Syarikat Yang Laris Ketika Musim Pandemik

Industri muzik merupakan industri yang meningkat naik saban tahun, selain daripada indutri permainan video dan juga industri perfileman. Ramai di antara artis yang berjaya menjadi superstar melalui industri muzik bahkan sebahagian dari mereka sudah bergelar jutawan hasil dari penglibatan dalam industri ini (bukan Malaysia).

Di antara peyumbang utama kejayaan di dalam industri muzik ini adalah syarikat rakaman dan juga bakat yang dimiliki oleh artis itu sendiri.

Selain dari dua faktor ini, syarikat pembuat alatan muzik juga merupakan penyumbang yang kita boleh klasifikasikan sebagai tidak langsung. Dan alat muzik yang paling popular dalam menghasilkan muzik adalah gitar.

Kehebatan Fender Di Kalangan Artis Popular

Fender merupakan pengeluar gitar yang sangat terkenal di Amerika Syarikat selain daripada Gibson. Kehebatan yang dimiliki oleh gitar buatan Fender ini menjadikan ramai artis terkenal seperti Eric Clapton, George Harrison (Beatles), Jimi Hendrix, Stevie Ray Vaughan, Eddie Van Halen dan juga Kurt Cobain menggunakan gitar keluaran Fender.

Fender terkenal dalam menghasilkan gitar yang berkualiti tinggi dan fokuskan kepada muzik Rock, Blues dan Jazz. Di antara siri yang terkenal bagi gitar Fender adalah Telecaster, Stratocaster dan juga Jazzmaster.

Pengasas Bernama Leo Fender

Fender ditubuhkan oleh seorang juruteknik yang membaiki radio bernama Leo Fender. Beliau bekerjasama dengan Kauffman untuk menubuhkan syarikat pembuatan gitar setelah mendapati peghasilan guitar lebih memberikan keuntungan yang besar kepada dirinya berbanding hasil membaiki radio. Pada era 1950-an, beliau mula mengeluarkan gitar pada skala komersil.

Dari tahun ke tahun, gitar buatan Fender telah diterima oleh orang ramai dan menjadi semakin terkenal. Ketika musim pandemik ini, Fender juga turut mengalami nasib yang sama seperti perniagaan lain apabila kedai jualan mereka terpaksa ditutup akibat penularan wabak Covid-19 ini.

Kredit Gambar: Worlds News

Andy Mooney yang merupakan CEO Fender berkata, jualan gitar bakal terjejas teruk akibat daripada kesan pandemik yang melanda dunia.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila jualan gitar syarikat itu tiba-tiba naik secara mendadak ketika tempoh lockdown yang dibuat di Amerika Syarikat. Jualan luar biasa dicatatkan pada bulan April tahun ini disebabkan ramai yang baru mula menjadikan gitar sebagai hobi baru ketika berkurung di dalam rumah.

Kredit Gambar: Happy Mag

Selain itu juga, pembelajaran online yang ditawarkan yang dikenali sebagai Fender Play, telah meningkat yang mana jumlah subscriber telah mencecah hampir 1 juta orang. Golongan berusia 24 tahun ke bawah mewakili sebanyak 20% manakala golongan yang berusia 45 tahun ke bawah mewakili sebanyak 70%.

Kelas online ini telah memberi akses percuma selama 90 hari kepada pemain gitar baru untuk mereka belajar dengan betul cara bermain gitar. Jualan Fender pada tahun ini berjumlah sebanyak USD700 juta dan ianya merupakan satu peningkatan berbanding tahun lepas iaitu sebanyak USD600 juta.

Andy Mooney menjangkakan jualan gitar Fender pada tahun depan akan terus meningkat dan syarikat tersebut telah bersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA