Formula Di Sebalik Kelly Criterion

Pernah tak kita tertanya-tanya “apakah pengurusan kewangan dalam pelaburan?” atau “apakah pengiraan dalam mengawal risiko?”.

Kelly Criterion mungkin merupakan jawapan yang anda tercari-cari selama ini.

Teknik Kelly Criterion adalah satu formula matematik yang boleh digunakan untuk tujuan pengurusan kewangan jangka masa panjang yang dibangunkan oleh J. L. Kelly. Beliau merupakan seorang saintis di AT&T Bell Labs dan menjadi terkenal dengan teori Kelly Criterion ini pada tahun 1956.

Dalam teori kebarangkalian (probability theory) dan keputusan pemilihan portfolio, teknik Kelly Criterion ini dipanggil sebagai  ‘Kelly Strategy’ atau ‘Kelly Bet’, dan juga dikenali sebagai ‘kaedah perjudian saintifik’ (scientific gambling method).

Yang menariknya, kewujudan formula ini sering diguna pakai oleh pelabur terkenal dan kaki judi sebagai teknik mengawal risiko dan pengurusan kewangan. Ianya bertujuan untuk menentukan peratusan modal yang digunakan dalam setiap trade atau bet untuk memaksimakan perkembangan modal dalam jangka masa panjang.

Apakah Formula Kelly Criterion?

 Formula yang digunakan adalah

Kelly x  =  kelly strategi, kelly bet, kelly formula, kelly invest

*Kelly % = Peratusan kapital untuk setiap trade / bet

W = peratusan kemungkinan trade menang

(1-W) = peratusan kemungkinan trade gagal

R = Ratio kemenangan /kekalahan pertaruhan

Contoh:

Bayangkan situasi ini:

Trade menang = 30, trade keseluruhan = 60, untung = RM272,000, rugi = RM148,000

W = (30 menang / 60 trade keseluruhan) = 0.50

R = 272,000 / 148,000 = 1.84

Kelly % = 22.79%

Hasil daripada pengiraan ini menunjukkan berapa peratus jumlah keseluruhan modal yang mereka akan dapat dalam setiap trade atau bet.

Apakah Yang Diceritakan Formula Ini?

Selepas Kelly Criterion diterbitkan pada tahun 1956, ramai kaki judi mengaplikasikan formula ini untuk perjudian lumba kuda. Tak lama kemudian, formula ini digunakan untuk konsep pengurusan kewangan dalam pelaburan.

Formula ini bertujuan untuk meningkatkan modal dan teknik ini juga menganggap bahawa pelabur akan melabur semula keuntungan dan menjangka risiko pelaburan pada masa akan datang.

Dengan melabur semula keuntungan, ini membuktikan modal pelaburan asal akan meningkat dengan menggunakan teknik compounding jangka masa panjang dan menjangka semua keuntungan dilaburkan semula dan membentuk leverage.

Dan baru-baru ini, strategi ini telah diperbaharui dan ditambah baik sehingga digunakan oleh pelabur lagenda Warren Buffet dan Bill Gross dalam pelaburan mereka.

Apakah Kekurangan Kelly Criterion?

Terdapat beberapa ahli ekonomi yang berdebat tentang teknik Kelly Criterion ini, kerana kadar pertumbuhan yang optimum bagi setiap pelabur adalah berbeza.

Teknik ini juga tidak mampu menjangka saham syarikat mana yang akan berjaya. Ini kerana mereka beranggapan masih terdapat elemen ‘nasib baik’ di dalam pasaran yang boleh mengubah pulangan pelaburan.

Kesimpulannya, kita tidak mampu memastikan bahawa setiap pelaburan pasti akan mendatangkan keuntungan, namun ianya dapat membantu kita dalam menghadkan kerugian dan memaksimakan keuntungan menggunakan kecekapan dalam pengiraan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ada Gaji Tetap Tapi Buat Side Income? Jangan Terkejut Jika Terima Notis CP500 Dari LHDN

Ramai yang mempunyai gaji tetap beranggapan urusan cukai mereka telah selesai kerana majikan sudah membuat potongan cukai bulanan (PCB) setiap bulan. Namun, keadaan berbeza apabila seseorang individu mempunyai pendapatan tambahan selain gaji.

Antara pendapatan sampingan yang sering diterima rakyat Malaysia termasuk:

  • Pendapatan sewa rumah/homestay
  • Bisnes online
  • Grab/Food Panda rider
  • Content creator
  • Komisen jualan
  • Ejen insurans/takaful
  • Ejen hartanah

Jika anda mempunyai pendapatan seperti ini, anda mungkin akan menerima Notis CP500 daripada LHDN.

Apa Itu CP500?

CP500 ialah arahan bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN kepada individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian.

Secara mudahnya, LHDN menganggarkan cukai yang perlu dibayar berdasarkan rekod tahun-tahun terdahulu dan membenarkan bayaran dibuat secara ansuran setiap dua bulan.

Daripada menunggu sehingga hujung tahun dan membayar sekaligus, sistem CP500 membantu menyebarkan beban pembayaran sepanjang tahun.

Kenapa Pekerja Bergaji Tetap Boleh Terima Notis CP500?

Ramai menyangka CP500 hanya untuk peniaga sepenuh masa.

Hakikatnya, seorang pekerja bergaji juga boleh menerima CP500 jika mempunyai pendapatan sampingan yang signifikan.

Sebagai contoh:

Ahmad bekerja sebagai jurutera dan menerima gaji RM8,000 sebulan. Pada masa sama, beliau memperoleh RM3,000 sebulan daripada sewaan sebuah apartmen. Walaupun PCB telah dipotong daripada gajinya, pendapatan sewa tersebut tidak tertakluk kepada PCB. Oleh itu, LHDN boleh mengeluarkan CP500 bagi memastikan cukai ke atas pendapatan sewa itu dibayar secara berperingkat.

CP500 Bukan Cukai Tambahan

Salah faham yang sering berlaku ialah ramai menganggap CP500 sebagai cukai tambahan.

Sebenarnya tidak.

Bayaran CP500 hanyalah bayaran pendahuluan terhadap cukai yang bakal dikira apabila anda mengemukakan borang cukai pendapatan.

Jika jumlah CP500 yang dibayar melebihi cukai sebenar, lebihan tersebut boleh dituntut semula. Jika tidak mencukupi, baki cukai perlu dijelaskan.

Musim Borang B: Semak Jika Anda Ada CP500

Bersempena musim penghantaran Borang B, individu yang mempunyai pendapatan selain penggajian disarankan untuk menyemak MyTax masing-masing.

Ramai pembayar cukai hanya menyedari kewujudan CP500 selepas menerima peringatan atau notis tunggakan.

Lebih baik mengetahui lebih awal dan merancang aliran tunai berbanding berdepan cukai yang besar secara mengejut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Menerima Notis CP500?

Apabila menerima notis CP500, anda perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama:

  • Membuat bayaran cukai secara ansuran setiap dua bulan.
  • Membayar jumlah yang dinyatakan dalam notis CP500.
  • Memastikan bayaran dibuat sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Ramai pembayar cukai menyimpan notis tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia sekadar makluman biasa. Hakikatnya, CP500 adalah jadual bayaran ansuran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN dan memerlukan tindakan daripada penerima notis.

Jika anda tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan atau menjangkakan pendapatan anda jauh berbeza daripada tahun sebelumnya, anda boleh menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau membuat semakan yang bersesuaian.

Bagaimana LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan tambahan? Secara umumnya, CP500 ditentukan berdasarkan maklumat yang telah dilaporkan dalam borang cukai tahun-tahun terdahulu. Dengan pelaksanaan e-Invois yang semakin meluas, data transaksi yang direkodkan juga dijangka membantu meningkatkan ketepatan maklumat percukaian pada masa hadapan.

Terlepas Bayar CP500, Ada Penalti?

Ya. Jika bayaran CP500 tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti lewat bayar boleh dikenakan oleh LHDN.

Namun bagi Tahun Taksiran 2026, LHDN memberikan pengecualian penalti kepada individu yang mempunyai pendapatan penggajian serta pendapatan bukan penggajian yang menyebabkan notis CP500 dikeluarkan, termasuk pendapatan seperti sewa, faedah dan royalti.

Artikel The Star juga menekankan bahawa kelayakan bergantung kepada jenis pendapatan dan profil pembayar cukai, bukan sama ada penerima CP500 kali pertama atau tidak.

Langkah ini diperkenalkan bagi membantu kumpulan tersebut menyesuaikan diri dengan pelaksanaan sistem CP500 sepanjang tempoh peralihan.

Contoh:

Ahmad bekerja makan gaji dan PCB dipotong setiap bulan. Pada masa sama, beliau menerima pendapatan sewa rumah. Oleh sebab pendapatan sewa tidak tertakluk kepada PCB, Ahmad menerima notis CP500.

Sekiranya Ahmad tidak membuat bayaran ansuran CP500 pada Tahun Taksiran 2026, beliau tidak akan dikenakan penalti 10% di bawah Seksyen 107B(3) Akta Cukai Pendapatan.

Namun begitu, cukai yang masih belum dibayar tetap perlu dijelaskan apabila beliau mengemukakan borang cukai pendapatan kelak.

Ringkasnya, yang dikecualikan adalah penalti, bukannya cukai.

Baca lagi KONSESI PENGENAAN PENALTI KE ATAS NOTIS BAYARAN ANSURAN (CP500) BAGI INDIVIDU YANG MENERIMA PENDAPATAN PENGGAJIAN

Kesimpulan

Mempunyai pendapatan sampingan sememangnya satu perkara yang baik kerana ia membantu meningkatkan pendapatan. Namun begitu, jangan lupa bahawa setiap pendapatan juga datang bersama tanggungjawab percukaian.

Jika anda mempunyai pendapatan selain gaji, luangkan sedikit masa untuk memahami CP500. Ia bukan hukuman, bukan juga cukai tambahan, tetapi mekanisma yang membantu pembayar cukai mengurus bayaran cukai dengan lebih teratur sepanjang tahun.