Intipati Penting Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Berkshire Hathaway Tahun 2020

Perjumpaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Berkshire Hathaway yang telah berlangsung pada 2 Mei yang lalu, menampilkan kelibat Warren Buffett tanpa rakan baiknya iaitu Charlie Munger; yang tidak dapat hadir ke majlis itu disebabkan faktor peribadi.

Seperti syarikat lain yang terjejas teruk akibat penularan wabak Covid-19 ini, Berkshire Hathaway juga tidak dapat terlepas daripada masalah yang sama. Di antara sektor yang paling terjejas teruk yang menjadi pegangan portfolio Berkshire Hathaway adalah sektor penerbangan.

Warren Buffett yang telah membuat keputusan mengejut yang mana pada bulan lepas sahaja, Berkshire Hathaway telah menjual  keempat-empat saham syarikat penerbangan yang dimiliki oleh syarikat tersebut yang berjumlah $6.1 bilion.

Saham syarikat yang terlibat didalam transaksi ini adalah saham syarikat penerbangan American, Delta, United, dan Southwest. Warren Buffett turut mengakui bahawa beliau telah melakukan kesilapan pelaburan ke atas keempat-empat syarikat tersebut yang membawa kerugian kepada perniagaan mereka.

Sebelum ini, pada era 1990-an Warren Buffett pernah menyatakan hasratnya yang tidak berminat untuk melabur di dalam industri penerbangan.

Beliau telah mengubah pendiriannya pada dekad yang lepas dengan membuat pelaburan ke dalam industri penerbangan di Amerika Syarikat sebelum menjual keseluruhan portfolio tersebut pada bulan lepas akibat tekanan virus Covid-19 ini.

Selain daripada industri penerbangan, industri pengangkutan juga terjejas teruk di mana Berkshire Hathaway merupakan pemegang terbesar untuk pengankutan kereta api iaitu BNSF. Syarikat ini merupakan syarikat yang dimiliki oleh Berkshire Hathaway  yang mana telah  mememiliki saham BNSF pada tahun 2010 dengan nilai pembelian sebanyak $34 billion.

BNSF merupakan salah satu syarikat kereta api yang terbesar di benua Amerika Utara. BNSF telah mengalami kerugian sebanyak 3% apabila syarikat ini terpaksa memberhentikan operasi pengangkutan mereka akibat krisis ini.

Hanya syarikat Geico sahaja yang memberi keuntungan kepada Berkshire Hathaway sebanyak 28% di dalam insurans kenderaan. Rakyat Amerika Syarikat yang berada di dalam fasa lockdown menyaksikan kenderaan harian orang ramai tidak bergerak, sekaligus mengurangkan bilangan kamalangan.

Berkshire Hathaway masih lagi memegang beberapa saham syarikat gergasi seperti Amazon, Apple dan Coca-Cola buat masa sekarang.

Saham Coca Cola yang merupakan saham kegemaran beliau sejak dari tahun 1980-an dan tidak akan dijual walaupun telah mengalami beberapa krisis sebelum ini. Selain itu juga, Charlie Munger turut menegaskan beberapa perniagaan kecil milik syarikat itu berkemungkinan akan ditutup operasi sepenuhnya bagi mengelakan lebih banyak kerugian yang akan ditanggung.

Dengan ujian krisis yang melanda, Berkshire Hathaway telah mengalami kerugian sebanyak $50 bilion bagi suku tahun pertama tahun ini yang merangkumi 90 syarikat perniagaan. Syarikat tersebut juga telah mengumpul sebanyak $138 bilion dalam bentuk wang tunai kerana mengalami kesukaran untuk megambil alih syarikat lain bagi mengembangkan portfolio perniagaan mereka.

Walaubagaimanapun, dengan segalanya yang telah berlaku terhadap ekonomi dunia, Warren Buffett tetap optimistik dengan pandangannya yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat dan Berkshire Hathaway masih lagi mampu untuk bertahan dan akan terus berkembang pada masa hadapan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Konflik Asia Barat: Bank Dunia Gariskan Tiga Bidang Untuk Malaysia Perkukuh Kedudukan

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Bank Dunia menggariskan tiga bidang utama yang perlu diberi tumpuan oleh Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya dalam jangka masa panjang di tengah-tengah cabaran global semasa yang timbul daripada konflik di Asia Barat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia Dr Apurva Sanghi berkata kerajaan perlu menggunakan krisis ini untuk “merebut beberapa peluang” yang timbul daripada persekitaran semasa, sambil terus menguruskan tekanan dengan segera.

“Perkara pertama, percepatkan peralihan tenaga pintar,” kata beliau sambil menekankan bahawa usaha itu harus melangkaui kenderaan elektrik dengan merangkumi tenaga boleh baharu dan penyimpanan, jika tidak, ia hanya beralih sedikit daripada minyak kepada elektrik.

“Yang kedua, Malaysia boleh menjadi hab pelancongan serantau dengan menambah infrastruktur, kesalinghubungan dan kedudukan yang diperlukan untuk menyokong aspirasi itu,” katanya pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI Siri 9 di sini hari ini.

Beliau berkata perkara ketiga ialah Malaysia perlu menempatkan dirinya untuk menarik aliran modal dan membangunkan pengurusan kekayaan yang mana ia memerlukan penambahbaikan dalam infrastruktur kewangan.

Bidang-bidang itu mewakili peluang jangka panjang yang boleh dibangunkan oleh Malaysia, walaupun kerajaan menumpukan perhatian kepada menguruskan kesan segera yang tercetus daripada ketidaktentuan global, tambahnya.

— BERNAMA