Jalil Rasheed Bakal Dilantik CEO Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Dalam pengumuman terbaru, Jalil Rasheed bakal dilantik menjadi CEO Kumpulan PNB yang baru bagi menggantikan YBhg Dato’ Abdul Rahman Ahmad apabila tamatnya kontrak beliau pada penghujung bulan September 2019.

Khabarnya YBhg Dato’ Abdul Rahman Ahmad bakal berpindah ke Sime Darby Berhad sebagai pengerusi syarikat. Dengan PNB selaku pemegang saham terbesar Sime Darby, khidmat beliau masih diperlukan bagi memajukan lagi syarikat-syarikat tempatan.

Untuk pengetahun, PNB merupakan pengurus dana terbesar di Malaysia dengan sejumlah RM301.4 bilion aset di bawah pengurusan setakat bulan Mei 2019.

Sumber Rujukan: The Edge Markets

Siapakah Gerangan Jalil Rasheed?

Menurut laman web Invesco, beliau telah menyertai Invesco pada bulan April 2013 selaku Pengarah Pelaburan di pejabat Singapura.

Sebelum menyertai Invesco, beliau merupakan CEO Aberdeen Islamic Asset Management di Kuala Lumpur. Beliau merupakan ketua negara untuk Malaysia dan menerajui pengurus dana bagi ekuiti negara ASEAN.

Sebelum itu, beliau berada di Singapura bagi tempoh 2005-2007 dan di London dari 2003 ke 2005 bersama Aberdeen, sebagai seorang ahli ekuiti benua Asia dan pasaran baru muncul (Emerging Markets).

Beliau mempunyai Bachelor of Science in Accounting and Finance degree daripada London School of Economics & Political Science, United Kingdom.

Barisan kepimpinan PNB sebelum berita perlantikan Jalil Rasheed:

Sumber: Laman Web PNB

Memang hebat pun barisan kepimpinan PNB selama ini. Dengan adanya CEO Kumpulan yang baru yang berpengalaman, sudah pasti kita harapkan PNB akan terus maju jaya.

Prestasi Pelaburan PNB Meningkat Bagi Tahun 2019

Jika dilihat kepada prestasi pelaburan PNB, kita dapat lihat peningkatan bagi tahun ini. Boleh rujuk Top 20 Pelaburan PNB Di Bursa Malaysia Meningkat 5.41% Bagi Setengah Tahun 2019 untuk maklumat lanjut.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20-Pegangan-Saham-Terbesar-PNB-di-Bursa-Malaysia-700x580.jpg
Sumber: The Edge dan Bloomberg

Diharapkan Pulangan Dana PNB Akan Meningkat Tahun Ini

Jika dilihat kepada prestasi pulangan bagi ASB dan dana-dana lain yang dikendalikan PNB, ianya mencatatkan sedikit penurunan. Tetapi dengan peningkatan prestasi yang dicatatkan mereka pada tahun ini, maka kita sudah semestinya berharap pulangan pelaburan akan turut meningkat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA