Kenapa Ahli Ekonomi Gagal Meramal Keadaan Ekonomi Masa Akan Datang?

Ada satu jenaka dalam ekonomi yang berbunyi seperti ini ‘jika anda kumpulkan dua orang ahli ekonomi dalam satu bilik, maka anda akan dapat tiga pendapat’. Jenaka tersebut bukanlah memperkecilkan kemampuan ahli ekonomi, tetapi cuba mengetengahkan isu ‘pendapat atau pemahaman ahli ekonomi yang rumit’.

Jadi persoalannya, ‘kenapa ahli ekonomi gagal meramal keadaan ekonomi di masa akan datang?’

Sebelum kita bermula, jom kita fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan ahli ekonomi (economist):

Seorang ahli ekonomi adalah seorang pengkaji ilmu sains ekonomi. Seorang ahli ekonomi perlulah belajar, mengembangkan, menerapkan teori dan konsep dari perspektif ekonomi, serta menulis mengenai dasar ekonomi. 

Di dalam bidang ini terdapat pelbagai sub-bidang kajian contohnya mereka fokus dalam pasaran tertentu seperti saham, lalu melakukan analisis makro-ekonomi, analisis mikro-ekonomi atau analisis penyata kewangan; yang melibatkan kaedah analisis dan teknik seperti ekonomi, statistik, economics computational models, ekonomi kewangan, financial mathematics dan ekonomi matematik serta banyak lagi.

Semasa menerima Nobel prize untuk ekonomi, Friedrich Hayek telah membuat pengakuan yang menakjubkan. Beliau berkata ‘bukan hanya ahli ekonomi yang tidak pasti mengenai ramalan mereka, tetapi kecenderungan mereka untuk membentangkan penemuan; melalui kepastian bahasa sains adalah mengelirukan dan mungkin mampu memberi kesan buruk kepada ekonomi’.

Perkara tersebut sudah terlalu lama disuarakan oleh Friedrich Hayek, lebih daripada 40 tahun yang lalu. Namun sehingga ke hari ini, ia sering dilupakan dan selalu diabaikan.

Salah satu masalah utama dalam ramalan ekonomi ialah penggunaan perubahan kecil dalam pelbagai pemboleh-ubah, telah membuat ramalan yang kurang jelas, mustahil dan kompleks.  Untuk memahami betapa cepat data matematik boleh menjadi rumit, Prof Sir Michael Berry cuba meramalkan arah pergerakan bola snooker apabila menerima sentuhan daripada pukulan para pemain.

Meneka arah tuju pada sentuhan pukulan pertama sangat mudah. Kedua walaupun sedikit sukar, tapi masih lagi mampu meramal pergerakan bola tersebut. Masalah semakin besar, contohnya pada pukulan ke sembilan, para ahli matematik perlu mengambil kira daya tarikan graviti untuk meramal arah pergerakan tersebut. Sehinggalah pukulan ke lima puluh enam, mereka perlu mengambil kira kesan setiap zarah dalam menentukan arah pergerakan bola.

Ibarat seperti itulah ilmu ahli ekonomi, sedikit membimbangkan apabila ia semakin rumit, sehinggalah haluan ramalan tersebut kurang jelas.

Bagaimana contoh analisa arah pergerakan ekonomi yang baik? :

Kita boleh mengambil contoh Michael Story, yang boleh dikategorikan sebagai “superforecaster“. Beliau pernah menduduki tangga ke-18 daripada 20,000 yang mengikuti pertandingan the good judgement team.

Kesemua peserta telah mengikuti pertandingan tersebut, yang dianjurkan oleh US Intelligence Community bagi mencari bakat terbaik meramal keadaan ekonomi global pada masa akan datang. Pertandingan tersebut dilancarkan pada tahun 2011, dan mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan.

Setiap peserta wajib menjawab 500 soalan berkaitan pasaran komoditi minyak(oil) dan kaitan dengan ekonomi global semasa. Keputusannya golongan penganalisa biasa seperti Michael Story, berjaya mengalahkan golongan profesional, walaupun golongan profesional menggunakan akses data rahsia.

Persoalannya bagaimana mereka mampu mengalahkan golongan profesional?

Kita juga boleh melihat analisa yang dilakukan oleh Prakash Loungani, iaitu seorang penganalisis di International Monetary Fund (IMF). Beliau telah mendapati hasil yang sangat membimbangkan, iaitu  analisis beliau telah mendedahkan bahawa ahli ekonomi gagal meramalkan 148 daripada 150 kemelesetan ekonomi global pada masa lalu.

Malahan individu seperti Mark Pearson, timbalan pengarah untuk pekerjaan, buruh dan hal ehwal sosial di Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) Paris, mengakui dan berkata: “Kami semakin teruk, buruk dan payah, dalam membuat ramalan kerana dunia semakin rumit.”

Kesimpulannya di sini, mungkin ahli ekonomi boleh memikirkan semula cara mereka memandang ekonomi dan pasaran global sejajar dengan perubahan daripasa masa ke semasa.

Contohnya mereka boleh membuat 2 pandangan seperti, jika berlaku peningkatan aktiviti ekonomi apa yang akan bakal berlaku, atau jika berlaku penurunan aktiviti ekonomi apa yang akan bakal berlaku. Bukan hanya menumpukan kepada satu pandangan semata-mata. Tidak perlu malu jika melakukan kesilapan.

Bagi makluman para pembaca, para pelabur dan pedagang perlu membuat analisa ekonomi dengan baik, agar mampu bertindak balas terhadap reaksi yang akan bakal terjadi terhadap ekonomi yang akan datang.

Suka sekiranya kami memetik kata-kata hikmah ini ‘Bulls Make Money, Bears Make Money, Pigs Get Slaughtered’. Baik atau buruk sesuatu keadaan ekonomi itu kurang penting bagi seorang pelabur atau pedagang, yang penting kita tahu menyerap peluang, sejauh mana reaksi pasaran terhadap ekonomi, pasaran dan sebagainya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mastercard Melancarkan Portfolio Penyelesaian Fleet Di Asia Pasifik

Malaysia, 4 Februari 2026 – Mastercard hari ini mengumumkan pelancaran Mastercard Fleet: Next Gen di Asia Pasifik, iaitu satu portfolio penyelesaian inovatif yang memperluaskan pembayaran fleet melangkaui pembelian bahan api bagi menyokong keseluruhan keperluan mobiliti pengendali fleet masa kini. Penyelesaian ini direka secara strategik untuk memenuhi tahap kematangan pasaran dan segmen pelanggan yang berbeza daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan fleet berskala kecil, hingga kepada pengendali logistik berskala besar.

Seiring ekosistem fleet yang semakin kompleks, pengendali memerlukan keterlihatan yang lebih jelas terhadap perbelanjaan, kawalan yang lebih kukuh, serta data yang boleh digunakan secara masa nyata. Apabila data pembayaran terpisah dalam sistem yang berasingan, ia mewujudkan titik buta yang mengehadkan kecekapan dan pengoptimuman termasuk kesukaran menyatukan transaksi bahan api, penyelenggaraan dan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dalam satu platform, atau menyukarkan pengurus mengenal pasti ketidakwajaran di sepanjang laluan operasi. Mastercard Fleet: Next Gen menyatukan data pembayaran dan menukarkannya kepada maklumat yang boleh ditindaklanjuti, yang diintegrasikan terus ke dalam aliran kerja pengurusan fleet.

Asia Pasifik merupakan rantau yang berkembang paling pesat bagi pengurusan fleet, dengan pasaran diunjurkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 18% sehingga tahun 2030. Dalam tempoh yang sama, pengendali terus berdepan tekanan kos, keperluan kelestarian yang semakin ketat serta jangkaan tinggi terhadap aspek keselamatan dan pematuhan. Dalam persekitaran ini, keupayaan untuk mengakses data pembayaran yang konsisten dan diperkaya merentasi semua aktiviti fleet adalah penting bagi menyokong skala operasi dan prestasi jangka panjang.

Disokong oleh lebih dua dekad kepakaran global dalam bidang fleet, Mastercard Fleet: Next Gen menghimpunkan satu set penyelesaian yang direka untuk menyokong keperluan pengendali fleet dan pengeluar kad yang sentiasa berkembang, termasuk:

  • Penerimaan global di berjuta-juta lokasi, merangkumi pembelian bahan api, pengecasan EV, penyelenggaraan, tol dan perbelanjaan sokongan fleet lain
  • Data fleet berasaskan rangkaian yang direkodkan di tempat jualan, selaras dengan piawaian global
  • Penyelesaian khusus pasaran yang membolehkan pengumpulan data yang dipertingkatkan di stesen minyak dan peniaga berkaitan fleet
  • Kad fleet yang diperuntukkan dan dikeluarkan secara digital untuk kenderaan atau pemandu bagi pembayaran tanpa sentuh atau mudah alih, termasuk penyelesaian kad maya khusus untuk kegunaan fleet
  • Integrasi dengan teknologi sedia ada seperti platform mobiliti, rangkaian pemeroleh dan alat pengurusan fleet

Menurut Anouska Ladds, Ketua Pembayaran Komersial & Aliran Pembayaran Baharu Asia Pasifik, Mastercard, “Keperluan fleet di Asia Pasifik sangat berbeza-beza, dan penyatuan pembayaran, data serta kawalan dalam satu pengalaman mencerminkan keperluan sebenar pengurus fleet. Penyelesaian fleet Mastercard direka untuk membantu pengeluar kad fleet dan penyedia pembayaran khusus membawa keupayaan fleet termaju ke pasaran dengan lebih pantas, sambil mengurangkan kerumitan dan pelaburan yang biasanya diperlukan untuk membangunkan keupayaan tersebut.”

Mastercard membolehkan pemilik program fleet menyediakan:

  • Kawalan kelulusan dan dasar perbelanjaan yang lebih pintar mengikut kenderaan, pemandu, kategori peniaga, lokasi, masa dan amaun
  • Pengurusan data fleet bagi menyokong pematuhan, perakaunan dan analitik seterusnya membolehkan pengurusan kos yang lebih baik serta ramalan yang lebih tepat
  • Pemantauan penipuan dan penyalahgunaan secara masa nyata yang boleh disesuaikan dengan keperluan operasi fleet

Pelancaran rangkaian penyelesaian fleet terbaharu Mastercard di Asia Pasifik ini memperluaskan lagi tawaran syarikat dalam segmen penting ini, di samping memperkukuh kepakaran dan inovasi Mastercard dalam bidang fleet dan mobiliti di peringkat global. Langkah ini juga mencerminkan komitmen Mastercard untuk mempermudah pembayaran B2B dengan menghubungkan aliran komersial yang terpecah-pecah melalui satu infrastruktur yang dipercayai, sekali gus membantu perniagaan daripada pelbagai saiz berkembang dalam persekitaran operasi yang semakin kompleks.