Khazanah Nasional Catat Keuntungan RM7.3 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah

Khazanah Nasional Berhad adalah dana kekayaan kerajaan Malaysia. Ia diamanahkan untuk meningkatkan kekayaan jangka panjang negara melalui objektif komersial dan strategik dengan yang berbeza. Objektif komersil Khazanah adalah untuk mengembangkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber pendapatan negara.

Sementara itu, objektifnya adalah untuk memegang aset strategik yang dapat membawa manfaat kepada ekonomi untuk jangka masa yang panjang. Pelaburan Khazanah menekankan untuk mencapai pulangan kewangan yang disesuaikan dengan risikonya. Tanpa disedari, ia mengintegrasikan pertimbangan pelaburan yang beretika dan bertanggungjawab.

Untuk rekod, Khazanah Nasional mencatatkan keuntungan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun 2017, namun jatuh merudum sehingga kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018.

Kenali Khazanah Dan Pencapaiannya

Tahukah anda, Khazanah juga merupakan ahli Forum Antarabangsa Dana Kekayaan Berdaulat yang mengekalkan dan mempromosikan Prinsip Santiago. Prinsip Santiago adalah mengenai amalan terbaik dalam menguruskan dana kekayaan berdaulat. Khazanah juga menandatangani Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (UNPRI) yang disokong Bangsa-Bangsa Bersatu.

Khazanah juga menandatangani Kod Malaysia untuk Pelabur Institusi dan ahli Majlis Pelaburan Institusi Malaysia (IIC), ahli FCLTGlobal (Modal Berfokus pada Jangka Panjang) dan Ikrar Integriti Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ianya (Khazanah) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993. Khazanah dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Khazanah ditadbir oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada wakil dari Kerajaan dan sektor korporat dengan latar belakang dan kepakaran profesional masing-masing.

Keuntungan Khazanah Sepanjang Tahun 2019

Setelah berakhirnya kemelut politik di negara kita baru-baru ini, Khazanah pada hari ini telah mengumumkan jumlah keuntungan keseluruhannya sepanjang tahun 2019. Jumlah keuntungan yang direkodkan bagi Khazanah telah diumumkan sebanyak RM7.36 bilion dimana jumlah ini mengejutkan pelbagai pihak.

Berdasarkan perbandingan yang dibuat dengan tahun 2018, laporan menunjukkan Khazanah telah menanggung kerugian operasi sebanyak RM 6.27 bilion. Manakala pada tahun 2019 pula, ianya mencatatkan keuntungan syarikat tertinggi sepanjang sejarah penubuhan. Jumlah hutang juga telah dikurangkan sebanyak 17% daripada RM55.2 bilion kepada RM45.8 bilion pada tahun 2019.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, hasil daripada pelupusan meningkat kepada RM9.9 bilion berbanding RM1.4 bilion. Namun, penurunan nilai pada RM4.9 bilion berbanding RM7.3 bilion pada tahun sebelumnya. Khazanah Nasional juga mengumumkan dividen sebanyak RM1 bilion untuk tahun 2019.

KHAZANAH TO DIVEST PRINCE COURT MEDICAL CENTRE SDN BHD (“PCMC”) TO IHH HEALTHCARE BERHAD (“IHH”)

Dengan unjuran keuntungan pada tahun ini, Pengarah Urusan Khazanah mengatakan bahawa tahun ini akan menjadi tahun yang mencabar buat mereka. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan penularan virus COVID-19.

Walau bagaimanapun, Khazanah akan terus mempelbagaikan lagi dana komersial dan bekerjasama dengan kerajaan dalam meningkatkan jumlah keuntungan syarikat ini.

Sumber Rujukan:

  1. Khazanah Annual Review 2020
  2. The Vocket
  3. Astro Awani

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BJAK Diluluskan Oleh Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Seiring dengan peningkatan rakyat Malaysia yang beralih kepada platform digital untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan, keperluan untuk memilih penyedia perkhidmatan yang dipercayai serta dikawal selia semakin penting.

BJAK, platform insurans terbesar di Malaysia, terus menyokong rakyat negara ini dengan menyediakan cara yang lebih mudah dan telus untuk membanding serta memperbaharui insurans dan takaful kenderaan secara dalam talian.

BJAK merupakan Penasihat Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, sekali gus memangkin komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.

Melalui BJAK, pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful dalam satu platform. Ini membolehkan pengguna membuat keputusan yang lebih bijak berdasarkan harga, perlindungan dan manfaat, semuanya melalui pengalaman digital yang mudah dan lancar.

Dalam era peningkatan kes penipuan dalam talian serta maklumat yang mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan agar sentiasa menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat sebarang pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

Pemilihan platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang lebih selamat dan yakin.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia menguruskan keperluan berkaitan kenderaan mereka secara digital.

Dengan membolehkan pengguna membandingkan pelbagai syarikat insurans dan pengendali takaful di satu tempat, BJAK komited untuk membantu rakyat Malaysia mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa perbandingan, di samping menggalakkan keputusan kewangan yang lebih bijak melalui ketelusan dan pilihan.

— Awani