Sub Topik
Baik untuk merancang perkahwinan, mengubah suai rumah, bercuti ke destinasi impian atau untuk kes-kes kecemasan; pembiayaan peribadi sering menjadi pilihan untuk menampung kewangan individu. Ia juga merupakan cara yang pantas untuk mendapatkan wang tunai dengan segera.
Namun, dalam masa kita terlalu selesa dengan pembiayaan peribadi ini, penting untuk kita ambil tahu beberapa perkara. Jom kita tengok beberapa fakta mengenai pembiayaan peribadi yang tak ramai orang tahu.
1. Kadar Faedah Tetap
Kadar faedah yang tetap yang ditawarkan oleh pembiayaan peribadi boleh memberikan keuntungan kepada kita sekiranya kita dapat menguruskan kewangan dengan baik. Dengan ini, kita tidak akan berdepan dengan kenaikan bayaran balik atau instalment yang tidak dijangka.
Tempoh yang diperlukan untuk melunaskan hutang pembiayaan peribadi dapat dijangka dengan lebih mudah. Jumlah faedah yang ditetapkan oleh biasanya bergantung kepada bank atau syarikat kewangan yang kita pinjam tadi.
Penting untuk kita tahu berapakah kadar faedah yang telah ditetapkan untuk pinjaman kita.
2. Tempoh Pembayaran Tetap

Kadar dah tetap, tempoh pembayaran balik pembiayaan peribadi pun dah tetap. Ianya ditentukan sebelum pembiayaan tersebut diluluskan.
Jangka masa pembayaran balik inilah, yang akan menentukan berapa instalment bulanan yang kita perlu lakukan.
3. Tidak Bercagar
Pembiayaan peribadi tidak memerlukan kita mencagarkan sebarang aset yang kita miliki seperti rumah atau kereta untuk membuat penebusan sekiranya kita tak mampu bayar balik. Sekiranya kita ingkar untuk membayar balik pembiayaan, bank atau syarikat kewangan tidak boleh menyita rumah atau kereta kita.
Secara amnya, mereka akan menuntut hutang dengan mengemukakan tuntutan terhadap kita, menghantar agensi pemungut hutang ataupun melaporkan pembiayaan yang tertunda kepada biro kredit.
Silap haribulan nama kena blacklist, susah untuk kita apply mana-mana pembiayaan lagi selepas ini.
Sebab ini jugalah, kadar faedah pembiayaan peribadi adalah sedikit tinggi.
4. Sukar Untuk Diperolehi

Sebelum memperoleh pinjaman, pihak bank pastinya akan memeriksa kelayakan kita terlebih dahulu. Jumlah pembiayaan peribadi pula bergantung kepada sejarah pembayaran balik dan pendapatan.
Semakin bersih sejarah kredit dan semakin tinggi pendapatan kita, semakin besar jumlah pinjaman yang layak untuk diperolehi.
Kesimpulannya, pembiayaan peribadi adalah fleksibel dan sesuai untuk pelbagai perkara yang mungkin memerlukan kita mempunyai dana tambahan di kala kecemasan. Sebab itulah ianya digunakan oleh ramai orang.
Namun, penting untuk kita fahamkan dulu beberapa perkara ini sebelum terjebak dengan pembiayaan peribadi ini, kerana ramai orang telah muflis disebabkannya.
Sumber Rujukan: YES Bank
Baca juga:
- 4 Alasan Kerap Mengapa Permohonan Pinjaman Peribadi Anda Ditolak
- Ketahui Apa Itu Ar-Rahnu, Dan Mengapa Ianya Lebih Baik Daripada Pembiayaan Peribadi
- Kad Kredit VS Pembiayaan Peribadi
- 4 Sebab Mengapa Kita Perlu Bayar Pembiayaan Bank Tepat Pada Waktunya
Terdesak Nak Buat Personal Loan? Sabar, Check Dulu Skor
Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

- Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
- Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
- Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?
Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.
Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.
Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.
Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:
✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis
Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo