4 Sebab Mengapa Kita Perlu Bayar Pembiayaan Bank Tepat Pada Waktunya

Setiap dari kita mungkin mempunyai komitmen pinjaman dengan pihak bank sama ada sewa beli kereta, perumahan, kad kredit, peribadi, atau pendidikan.

Namun begitu, adakah kita membuat bayaran tepat pada waktunya? Atau hanya sambil lewa membayar sesuka hati tanpa ikut jadual yang telah ditetapkan.

Berikut disenaraikan 4 sebab mengapa anda perlu bayar pinjaman bank tepat pada waktunya:

1. Denda Caj Lewat

Jangan ingat jika bayaran dibayar lambat dari yang sepatutnya tiada apa-apa caj yang dikenakan. Pihak bank akan mengenakan denda caj lewat apabila pembayaran tidak dibuat melebihi tempoh yang ditetapkan. Ini menyebabkan kita membayar lebih daripada apa yang sepatutnya.

Sebagai contoh, pengeluar kad kredit akan mengenakan caj lewat sehingga 18% daripada baki tertunggak jika kita tidak membayar dalam tempoh yang ditetapkan.

Pakai kad kredit tak salah, yang penting kita kena berdisiplin dan membayar tepat pada waktunya.

Baca: 7 Fakta Dan Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Betul

2. Kehilangan Aset

Apabila kita tidak membayar pinjaman bercagar iaitu pinjaman sewa beli dan perumahan, pihak bank berhak mengambil semula aset tersebut iaitu kereta dan rumah. Bayangkan anak dan isteri kita terpaksa keluar dari rumah akibat disita oleh pihak bank.

Jangan lupa kereta dan rumah masih lagi milik pihak bank selagi kita tidak melangsaikan pinjaman sepenuhnya. Bukan itu sahaja, apabila kereta atau rumah tersebut dilelong tetapi harga lelongan kurang daripada baki pinjaman; kita perlu melangsaikan perbezaan harga lelongan dan baki keseluruhan pinjaman.

Contohnya:
Baki Keseluruhan Pinjaman: RM200,000
Harga Lelongan: RM150,000
Perbezaan: RM50,000

Ini bermakna kita perlu membayar RM50,000 tersebut walaupun rumah atau kereta tersebut telah dilelong.

Baca: 4 Sebab Kenapa Langsaikan Hutang Rumah Lebih Awal Bukanlah Idea Yang Baik

3. Sukar Untuk Mendapatkan Pinjaman Baru

Jika kita memang jenis liat nak bayar hutang, bank pula liat nak bagi kita pinjaman baru. Macam situasi menang-menang.

Bank akan menganalisa sejarah pembayaran pinjaman kita di masa lalu, sekiranya tidak berapa cantik, bank tidak akan meluluskan pinjaman yang dipohon.

Semua rekod pembayaran selama 12 bulan akan dimasukkan ke dalam CCRIS dan akan menjadi rujukan pihak bank dalam meluluskan pinjaman baru.

Baca: Awak, Ini Cara Nak Download Laporan CCRIS Secara Online. Tak Sampai 1 Jam Siap!

4. Diisytiharkan Bankrap

Jika kita masih berdegil dan tidak membuat sebarang perbincangan dengan pihak bank apabila menghadapi masalah pembayaran, bank boleh memohon pengisytiharan kebankrapan terhadap kita. Kita boleh disytiharkan bankrap apabila tunggakan pinjaman RM50,000 dan ke atas.

Banyak sekatan akan dikenakan apabila diisytiharkan bankrap seperti larangan ke luar negara, tidak boleh menjadi pengarah syarikat, dan lain-lain lagi (boleh rujuk www.mdi.gov.my).

Apabila bergelar seorang bankrap, segala hutang kita kepada pihak bank akan ditadbir oleh Jabatan Insolvensi. Ini bermakna bayaran perlu dibuat melalui pihak Jabatan Insolvensi dan bukan dibayar terus kepada pihak bank.

Jadilah seorang peminjam yang berdisiplin dan membayar tepat pada waktunya. Jika ada masalah dalam membuat pembayaran, berbincang dengan pihak bank untuk mencari penyelesaian. Jika masih lagi buntu, dapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).

Jangan lari daripada masalah kerana kita juga yang akan merana di kemudian hari.

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Jemput baca yang ini juga:

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Manfaat Cashback Kad Kredit Dan Cara Kumpul Cashback

Kad kredit sering dikatakan membawa beban tetapi tanpa sedar, ia mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Manfaat yang diperolehi daripada kad kredit adalah cashback kad kredit yang memberi nilai dan lebih menjimatkan di mana kita bayar kurang dari yang kita gunakan. Menarik sungguh!

Cashback atau pulangan tunai adalah satu keadaan di mana kita menerima pulangan tunai apabila melakukan apa jua jenis transaksi yang ditawarkan cashback. Maka, kita akan mendapat cashback tersebut. Biasanya cashback akan diperoleh ketika membeli belah, membayar bil dan sebagainya.

Bagi anda yang belum mengetahui manfaat cashback kad kredit dan cara kumpul cashback, kami akan kongsikan dalam entri kali ini.

Manfaat Cashback Kad Kredit

Seperti yang dikatakan tadi, cashback adalah insentif yang dapat memberikan anda peluang untuk menerima pulangan daripada setiap perbelanjaan anda. Wang yang dibelanjakan akan dikembalikan mengikut peratusan tertentu oleh pihak peniaga atau syarikat jualan. Oleh itu, cashback ini amat menarik bukan?

Anda boleh lihat terdapat banyak platform jual beli di internet dan kad kredit yang menawarkan pulangan menarik untuk pelanggan membeli. Jumlah cashback biasanya tidaklah banyak jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan tetapi ia sangat bermanfaat kepada kita. Berikut adalah manfaat cashback kad kredit yang anda perlu tahu.

1. Tanpa Menggunakan Wang Tunai

Program cashback ini wujud untuk menggalakkan pengguna membuat pembelian tanpa menggunakan wang tunai di semua tempat yang terpilih. Untuk pengetahuan anda, lebih banyak transaksi tanpa tunai dibuat, maka anda akan mendapat lebih banyak pulangan cashback.

2. Peroleh Penjimatan Ketika Berbelanja

Selain itu, manfaat cashback kad kredit juga dapat memberi sedikit penjimatan ketika berbelanja kerana membeli-belah sememangnya disukai ramai. Pada masa kini, kebanyakan syarikat e-dagang juga turut memberikan rebate cashback dengan penggunaan kad kredit pada masa kini. Oleh itu, makin banyak anda berbelanja, makin banyaklah penjimatan yang diperolehi.

3. Memudahkan Masa Dan Proses Yang Pantas

Kebanyakan syarikat yang menawarkan cashback ini tidak meletakkan banyak syarat untuk melayakkan anda menerima reward cashback tersebut. Cukuplah anda hanya perlu membuat pembelian melalui syarikat mereka. Dari segi pendaftaran pula, ia sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.

Cara Kumpul Cashback

Cara mendapatkan cashback biasanya bergantung kepada jenis kad kredit yang anda miliki dan program yang ditawarkan oleh syarikat jualan tersebut. Jom lihat antara beberapa cara untuk kumpul cashback kad kredit dengan lebih banyak.

1. Melalui Penyata Kad Kredit

Tahukah anda, cashback juga boleh didapati melalui penyata kad kredit. Dari penyata kad kredit ini, anda boleh mengumpul dan menebusnya sekiranya sudah mencapai pengeluaran minimum.

2. Melalui Resit / Cek Pembelian

Dengan resit atau cek pembelian juga, anda boleh mendapatkan cashback kad kredit. Biasanya pengeluar akan memberi anda resit atau cek pembelian anda untuk mendapatkan ganjaran cashback selepas membuat pembelian.

3. Melalui Mata Ganjaran

Cashback melalui mata ganjaran sering terkenal dalam kalangan para kaki shopping. Biasanya mata ganjaran ini akan dipindahkan secara elektronik ke dalam akaun bank yang didaftarkan pada kad kredit anda.

Bagi mendapatkan mata ganjaran cashback ini, anda mungkin memerlukan akaun bank yang mendaftarkan kad kredit tersebut untuk menggunakan pilihan ini.

Kesimpulannya, setiap pakej tawaran daripada kad kredit menawarkan peratusan cashback yang berbeza. Jadi, anda perlu berfikir secara bijak dalam memilih pakej kad kredit yang ditawarkan kerana terdapat beberapa pengeluar kad kredit akan mengenakan cas tambahan yang tersembunyi.

Semoga entri ini bermanfaat buat anda, selamat mendapatkan pulangan tunai kad kredit.

Baca juga:

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.