
Sub Topik
Hampir semua benda boleh berhutang sekarang. Telefon, barang shopee sehinggalah ke penapis air. Berhutang bukan lagi kerana perlu, tetapi kerana mahu. Tak mampu? Tak apa. Boleh bayar ansur-ansur.
Lebih mudah kita membuat hutang, lebih besar keinginan kita.
Ramai yang fikir dengan berhutang kita akan memiliki barang yang kita inginkan dan lebih mudah kerana dapat membiayai sedikit demi sedikit. Tetapi ramai tak tahu apakah hutang jahat sebenarnya.
Hutang jahat adalah hutang yang tidak patut atau tidak perlu dilakukan. Ianya juga akan menyebabkan beban semakin meningkat.
Penting untuk kita langsaikan hutang jahat dengan cepat kerana jika terlambat, ianya akan bertambah dan menyebabkan kita tidak dapat membuat simpanan dengan berterusan. Jom lihat apakah cara untuk melangsaikan hutang jahat dengan cepat seperti berikut.
1. Tukar Gaya Hidup

Sekiranya kita ingin melangsai hutang jahat dengan lebih cepat, kita perlu buat perubahan dalam gaya hidup. Mulai hari ini kita perlu ubah untuk hidup dalam gaya hidup berjimat cermat.
Mungkin setiap orang berbeza jumlah hutang jahatnya, tetapi sangat penting untuk kita mula kurangkan perbelanjaan bagi barangan yang tidak perlu.
2. Tingkatkan Pendapatan
Sekiranya anda mempunyai masa lapang dan mampu bekerja lebih masa, anda boleh melakukan pekerjaan sambilan dan memperoleh wang tambahan untuk digunakan bagi melangsaikan hutang jahat tersebut.
Mungkin ada dalam kalangan kita yang bingung dalam memilih kerja sambilan tersebut, tetapi jangan risau, anda boleh pilih mengikut bakat yang anda miliki. Barulah mudah untuk hutang jahat dilangsaikan.
3. Jual Semua Barangan Yang Tidak Perlu
Sebahagian besar daripada kita mempunyai barang-barang yang jarang digunakan dan mungkin tidak pernah pun menggunakannya. Jadi, mengapa tidak jual sahaja barangan tersebut dan menggunakan wang yang diperoleh untuk membayar hutang jahat anda?
Mungkin anda boleh jual di kebanyakan platform e-dagang yang ada. Atau boleh juga menjual media sosial yang boleh kita gunakan secara percuma untuk menjual preloved item tersebut.
4. Jejak Segala Perbelanjaan

Seterusnya adalah dengan menjejaki segala perbelanjaan yang anda lakukan. Catat dengan lengkap mengenai perbelanjaan yang dilakukan supaya mudah nampak duit keluar masuk.
Kemudian periksa betul-betul sama ada perbelanjaan tersebut adalah keperluan atau kehendak. Dengan cara ini, perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu dapat dikurangkan – sekaligus hutang jahat juga akan berkurang.
5. Guna Teknik ‘Snow Ball’

Sekiranya anda mempunyai hutang jahat yang mengenakan caj yang tinggi seperti kad kredit atau pinjaman peribadi, boleh gunakan teknik ‘snow ball’ untuk mempercepatkan proses melangsaikan hutang jahat tersebut.
Caranya adalah dengan menyenaraikan semua hutang yang ada dan susun ikut kadar faedah yang paling tinggi sehingga ke yang paling rendah. Kemudian, bayar seberapa banyak yang mungkin terhadap hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi dan bayar minimum saja untuk hutang-hutang lain.
Ianya sangat efektif bagi mengelakkan hutang semakin meningkat.
Kesimpulannya, elakkan daripada terjebak dengan hutang jahat. Ingatlah, semakin banyak anda berhutang maka semakin tak tenang kehidupan anda.
Kami doakan agar urusan pembaca semua dipermudahkan. Berbaik sangka kepada ALLAH dan berusahalah mengubah keadaan kita ke arah lebih baik.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
ALLAH SWT berfirman: “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)
Sumber Rujukan:
Baca juga :
- 15 Tahun AKPK Memperkasa Rakyat Ke Arah Kesejahteraan Kewangan
- 7 Petanda Kita Kena Cepat-Cepat Serahkan Diri Kepada AKPK
- AKPK : Penyelamat Yang Ditakuti
Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.
Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.
Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.
Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.
Kenapa Kena Miliki Buku Ini?
Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!
Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.