Cara Bank Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Bagi Peniaga Dan Usahawan

Ramai yang merancang untuk beli rumah namun bimbang pinjaman pula yang tak lulus. Ianya merupakan masalah bagi kebanyakan usahawan atau mereka yang bekerja sendiri.

Puncanya adalah kerana tidak mempunyai gaji tetap setiap bulan dan tidak ada slip gaji kerana bekerja sendiri.

Jangan bimbang, jom kita tengok cara bank kira kelayakan pinjaman perumahan bagi seorang peniaga, usahawan mahu pun yang ‘makan’ komisen.

Cara Bank Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan

Untuk pengetahuan anda, penyata akaun bank semasa perniagaan anda akan memainkan peranan penting dalam mendapatkan kelayakan pinjaman perumahan bagi peniaga dan usahawan. Jadi, anda memerlukan penyata bank untuk tempoh 3 ke 6 bulan yang terkini.

Dengan penyata bank perniagaan ini, pihak bank boleh melihat pendapatan anda.

Oleh itu, pihak bank akan mengira kelayakan pinjaman untuk individu yang bekerja sendiri atau berniaga melalui pendapatan yang diperolehi setiap bulan.

Boleh tengok contoh berikut:

Pendapatan Dalam Penyata Bank Bulan Mac: RM40,000

Pendapatan Dalam Penyata Bank Bulan April: RM45,000

Pendapatan Dalam Penyata Bank Bulan Mei: RM50,000

Pendapatan Purata

Jadi, pendapatan purata anda akan dikira seperti ini:

(Jumlahkan Pendapatan Dalam Penyata Bank) dan dibahagikan dengan bulan penyata bank yang diberikan. Sebagai contoh diatas, kita menggunakan penyata bank selama 3 bulan. 

(RM40,000 + RM45,000 + RM50,000) / 3 Bulan = RM45,000

RM45,000 ini yang akan menjadi pendapatan purata anda.

Pendapatan Gaji

Kemudian, pendapatan purata ini perlu didarabkan dengan 20% untuk pihak bank mengganggap jumlah tersebut adalah pendapatan gaji anda bagi yang bekerja sendiri.

Baiklah, cara pengiraannya adalah seperti berikut :

(Pendapatan Purata x 20% = Pendapatan Anggaran Gaji Bulanan)

RM45,000 x 20% = RM9,000

RM9,000 ini akan menjadi pendapatan anggaran gaji bulanan anda oleh pihak bank.

Komitmen Bayaran Pinjaman Perumahan

Dengan jumlah RM9,000 ini, pihak bank akan mengganggap hanya 60% daripadanya dapat digunakan oleh anda untuk membayar pinjaman perumahan anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang hutang, jumlahnya akan menjadi seperti ini.

(Pendapatan Bulanan x 60% = Jumlah Pinjaman Perumahan Bulanan) 

RM9,000 x 60% = RM5,400

Jadi, pinjaman perumahan bulanan untuk contoh penyata bank di atas adalah sebanyak RM5,400 kalau tiada sebarang komitmen lain.

Namun, sekiranya mempunyai hutang lain, cara pengiraannya akan menjadi seperti ini:

(Pendapatan Bulanan x 60%) – Hutang Bulanan Lain = Jumlah Pinjaman Perumahan Bulanan

Senarai Hutang Bulanan:

Kereta = RM750
Kad Kredit = RM1,000
Pinjaman Peribadi = RM500
Jumlah Hutang Bulanan = RM2,250

(RM9,000 x 60%) – RM2,250.00 = RM3,150

Dan RM3,150 ini pula adalah jumlah pinjaman perumahan bagi contoh penyata bank. Lepas juga nak beli rumah berharga RM500,000.

Akhir kata, cara bank kira kelayakan pinjaman rumah bagi usahawan, peniaga dan penerima komisen ini membolehkan anda tahu berapakah anggaran pinjaman perumahan yang layak untuk anda.

Tapi lain bank, lain pula formula yang digunakan. Apa-apa pun, selamat membeli rumah.

This image has an empty alt attribute; its file name is webinar-faizul-ridzuan-4-april-2021-700x393.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 18 April 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

PropertyGuru & iProperty Anjur FutureBuilt Summit 2025, Bentuk Era Baharu Pembangunan Bandar Malaysia

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2025 – Haluan Malaysia menuju ke arah pertumbuhan bandar mampan menjadi tumpuan utama hari ini apabila PropertyGuru Malaysia dan iProperty Malaysia menghimpunkan lebih daripada 121 pemaju dan 350 delegasi di FutureBuilt Summit 2025.

Dengan kerjasama Green Building Index, GreenRE, dan People Systems Consultancy, sidang sehari ini menggabungkan pemaju hartanah, pembuat dasar, institusi kewangan, jurutera, dan pakar kelestarian bagi membincangkan bagaimana ekosistem hartanah dapat mempercepat peralihan negara ke arah bandar yang lebih hijau, pintar dan berdaya tahan.

Seiring dengan matlamat Malaysia untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050, sektor hartanah kini diiktiraf sebagai pemacu utama pertumbuhan mampan. Menurut kajian terhadap 91 syarikat hartanah tersenarai di Malaysia[1], prestasi ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) yang kukuh dikaitkan dengan keuntungan yang lebih tinggi dan penilaian pasaran yang meningkat – memperkukuh hujah bahawa amalan mampan membawa nilai nyata kepada perniagaan. Ini menunjukkan bahawa pemaju yang melaksanakan prinsip ESG dengan menyeluruh bukan sahaja menyumbang kepada sasaran nyahkarbon negara, tetapi juga mencipta nilai yang dapat diukur untuk pemegang saham dan pihak berkepentingan.

Antara sorotan utama ialah Dr. Lee Nai Jia, Ketua Perisikan Hartanah, PropertyGuru Group, yang berkongsi pandangan tentang bagaimana keadaan ekonomi, dasar kerajaan, dan perubahan gaya hidup membentuk semula corak pembelian rumah di Malaysia. Berdasarkan data eksklusif PropertyGuru, permintaan perumahan mula pulih pada April 2025 selepas sedikit penyusutan, mencerminkan daya tahan pembeli walaupun dalam keadaan tidak menentu. Harga rumah bertingkat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang juga terus meningkat dari tahun ke tahun, menunjukkan keyakinan pasaran yang stabil.

Dr. Nai Jia menambah bahawa pembeli muda – khususnya Generasi Z dan Milenial – kini lebih berhati-hati dan berorientasikan nilai, mengutamakan kepercayaan, jenama dan kelestarian apabila memilih pemaju. Beliau berkata, “Pemaju yang telus dan bertanggungjawab akan lebih menonjol dalam pasaran berhati-hati hari ini.” Kajian turut menunjukkan bahawa 84% rakyat Gen Z Malaysia memilih rumah bertingkat kerana kedekatannya dengan tempat kerja, pengangkutan awam dan kemudahan[2], manakala pembeli Milenial lebih cenderung membeli rumah hijau apabila mereka melihat harga yang adil, nilai yang baik dan memahami ciri mesra alam[3].

Kenneth Soh, Pengurus Negara PropertyGuru & iProperty Malaysia berkata: “Fokus FutureBuilt Summit terhadap ESG dan teknologi mencerminkan dua faktor utama yang membentuk landskap hartanah Malaysia. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan Belanjawan 2026, kita melihat penyelarasan lebih kukuh terhadap kelestarian, pendigitalan dan kemampuan memiliki rumah – dengan RM6.09 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan kebolehdiaman, serta Skim Jaminan Kredit Perumahan yang diperluas bernilai RM20 bilion untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah. Data kami menunjukkan permintaan tertinggi ialah bagi rumah di bawah RM300,000, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Namun, kemampuan kini tidak hanya bergantung pada harga – ia turut merangkumi sambungan, keselesaan dan kelestarian. Perubahan ini membuka peluang kepada industri untuk mencipta pembangunan yang lebih inklusif, bertanggungjawab dan bersedia untuk masa depan.”

Sidang ini turut menampilkan sesi perbincangan bersama pemimpin pemikiran dan pembuat dasar mengenai pembiayaan mampan, pelaksanaan ESG, dan peranan teknologi dalam perancangan bandar pintar. Antara penceramah termasuk Ar. Sarly Adre Sarkum, Ketua Pegawai Eksekutif Green Building Index, yang membincangkan inovasi dalam pembangunan mampan, serta Nur Fateha Jamaluddin, Pengurus Kanan, GreenRE, yang menekankan nilai jangka panjang ESG. Panel oleh Green Building Index, GreenRE, Think City dan The Institution of Engineers Malaysia membincangkan pembangunan berfokus ESG, perancangan bandar, serta keperluan pembeli muda. Acara diakhiri dengan Meja Bulat CEO oleh Think City dan Triterra, yang menegaskan visi bersama ke arah komuniti yang mampan dan inklusif.

Cécile Corda, Ketua Kelestarian, PropertyGuru Group berkata: “Pasaran kini cenderung kepada kehidupan yang mampan dan inklusif, dan PropertyGuru bertindak balas dengan penyelesaian yang praktikal. Dengan melengkapkan pencari hartanah dan rakan industri dengan alatan untuk membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab, kami membantu membentuk bandar yang berdaya tahan dan mendorong perubahan bermakna dalam landskap perumahan.”

Cécile turut berkongsi dapatan daripada Laporan Kelestarian PropertyGuru 2024, yang mendapati 83% rakyat Malaysia sanggup membayar lebih untuk rumah dengan ciri mampan, manakala 77% telah mempertimbangkan risiko iklim dalam keputusan hartanah mereka.

FutureBuilt Summit 2025 menegaskan pemikiran pertumbuhan baharu yang mentakrif semula kejayaan melebihi keuntungan semata-mata – iaitu memberi keutamaan kepada nilai jangka panjang untuk rakyat, komuniti dan alam sekitar. Ketika sektor hartanah Malaysia melangkah ke dekad penting yang dipengaruhi oleh urbanisasi, perubahan iklim dan jangkaan pembeli yang berkembang, sidang ini menyeru kerjasama awam-swasta bagi mempercepat peralihan ke arah bandar yang mampan, berdaya tahan dan inklusif. Para pemimpin bersetuju bahawa visi ini memerlukan ketelusan data, pembiayaan inovatif dan penjajaran dasar yang lebih kukuh untuk menterjemah aspirasi ESG kepada tindakan nyata.

Sidang ini mencerminkan komitmen PropertyGuru untuk membina sektor hartanah Malaysia yang lebih mampan, inovatif dan inklusif. Dengan menyatukan pemimpin industri, pembuat dasar dan pemaju, PropertyGuru terus memacu pertumbuhan bertanggungjawab dan komuniti yang bersedia untuk masa depan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.propertyguru.com.my.