Senarai Bilionaire Yang Menjadi Pemilik Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL)

Tidak dinafikan bahawa Liga Perdana Inggeris (EPL) sekarang merupakan liga yang paling diminati oleh para billionaire untuk melabur di kelab yang terdapat didalam liga tersebut.Terdapat separuh kelab yang berada di divisyen satu liga tersebut adalah dimiliki oleh para billionaire tempatan dan juga asing.

Mari kita lihat siapakah bilionaire yang memiliki kelab yang terkenal di EPL dan sumber perniagaan yang dimiliki oleh para pemilik mereka.

12. Everton FC: Farhad Moshiri — $1.9 bilion

Umur: 65

Kerakyatan: Iran

Sumber pendapatan:

Beliau merupakan seorang pelabur didalam bidang perlombongan.Dia merupakan imigran dari Iran yang memiliki kerakyatan Britain dan membina empayar perniagaan bersama dengan seorang sahabat baiknya  Alisher Usmanov.

Sebelum memiliki Everton, beliau merupakan salah seorang pemegang saham terbesar Arsenal.

11. Liverpool FC: John Henry — $2.7 bilion

Umur: 70

Kerakyatan: Amerika Syarikat

Sumber pendapatan:

Beliau merupakan seorang trader didalam bidang saham yang kemudianya merubah bidang pelaburan didalam industri sukan. Selain kelab terrnama ini, dia juga mempunyai beberapa pegangan kelab sukan ternama yang lain di Amerika Syarikat.

Dibawah pemilikannya, Liverpool kembali menjadi kelab gergasi di peringkat EPL dan juga Eropah.

10. Newcastle United: Mike Ashley — $2.9 bilion

Umur: 55

Kerakyatan: Britain

Sumber pendapatan:

Beliau merupakan ahli perniagaan barangan sukan yang paling berjaya di Britain. Syarikatnya iaitu Sports Direct merupakan syarikat yang menjual pelbagai barangan sukan berjenama.

Walaupun memiliki kewangan yang kukuh, kelab ini dikatakan terumbang-ambing di bawah pemilikan beliau kerana kurang perancangan yang teliti untuk kelab terbabit. Kini desas-desus mula kedengaran yang mengatakan kelab ini bakal dibeli oleh putera makhota Arab Saudi.

9. Crystal Palace: Joshua Harris — $3.5 bilion

Umur: 55

Kerakyatan: Amerika Syarikat

Sumber pendapatan:

Beliau merupakan seorang pengasas syarikat pelaburan yang terkenal di Amerika Syarikat iaitu Apollo Global Management. Dia juga turut melabur didalam kelab sukan di Amerika Syarikat bersama dengan rakan niaganya iaitu David S. Blitzer dengan memiliki beberapa kelab ternama di sana.

8. Manchester United: The Glazer family — $4.7 bilion

Umur: 59 (Avram), 49 (Joel)

Kerakyatan: Amerika syarikat

Sumber pendapatan:

Kelab ini dibeli oleh Malcom Glazer glazer pada tahun 2003 hingga 2005 dan selepas dia meninggal dunia pada tahun 2014, keluarganya mewarisi pegangan saham kelab ini. Keluarga ini merupakan bilionaire yang mempunyai perniagaan di dalam bidang hartanah dan juga insurans kesihatan.

7. Tottenham Hotspur: Joe Lewis — $5 bilion

Umur: 83

Kerakyatan: Britain

Sumber pendapatan:

Kekayaan keluaraga Lewis ini berasal dari industri hospitaliti pada era 1970-an sebelum dia menukar kerjaya sebagai pelabur mata wang pada era 1980-an. Dia merupakan  pedagan mata wang bersama dengan George Soros.

Kelab ini pada dekad terakhir kebelakangan ini telah berjaya memberi saingan yang luar biasa didalam liga EPL walaupun kurang membuat pembelian pemain baru.

6. Leicester City: Aiyawatt Srivaddhanaprabha dan Keluarga — $5.9 bilion

Umur: 35

Kerakyatan: Thailand

Sumber pendapatan:

Keluarga mereka merupakan billionaire yang mempunyai syarikat perniagaan industri pelanongan yang dikenali sebagai King Power. Setelah kematain bapanya Vichai pada dua tahun lalu akibat terhempas helikopter, kelab bola sepak ini diwarisi oleh keluarganya.

Pada tahun 2015,kelab ini telah mengejutkan dunia bola sepak Britain apabila berjaya menjadi juara EPL.

5. Aston Villa: Nassef Sawiris — $6.4 bilion

Umur: 59

Kerakyatan: Mesir

Sumber pendapatan:

Nassef mewarisi harta kekayaan yang dtingalkan oleh bapanya didalam industri pembinaan. Dia juga mempelbagaikan pelaburan di dalam indutri kimia dengan mempunyai kilang baja nitrogen yang terbesar di dunia.

Dia juga merupakan supervisory director untuk jenama sukan terkenal Adidas.

4. Wolverhampton Wanderers: Guo Guangchang — $6.7 bilion

Umur: 53

Kerakyatan: China

Sumber pendapatan:

Merupakan pengerusi syarikat konglomerat yang terkenal di China iaitu  Fosun International Limited. Dia juga boleh dikatakan Warren Buffett versi China.

Kelab ini berjaya merubah kedudukan dari divisyen kedua ke liga EPL sejak pengambilahan oleh Fosun International Limited pada tahun 2016.

3. Arsenal FC: Stan Kroenke — $8.7 bilion

Umur: 73

Kerakyatan: Amerika Syarikat

Sumber pendapatan:

Mempunyai perniagaan di dalam bidang hartanah. Dia berkahwin dengan anak saudara Sam Walton, pengasas gergasi peruncitan terbesar di dunia iaitu Walmart.

Arsenal sekarang berada era yang kejatuhan dan hanya bermain pada liga juara Eropah divisyen kedua. Di antara faktor yang menyebabkan terjadinya perkara tersebut adalah kekurangan pelaburan yang dilakukan oleh Kroenke.

2. Chelsea FC: Roman Abramovich — $12.4 bilion

Umur: 53

Kerakyatan: Rusia

Sumber pendapatan:

Dia merupakan seorang taikun minyak yang terkenal di Rusia. Selain itu juga, dia merupakan pencetus fenomema pembelian kelab di EPL.

Chelsea juga terkenal dengan mempunyai paling banyak pengurus di EPL. Oleh sebab itu, kejayaan kelab ini di peringkat domestik begitu luar biasa akibat ketegasan yang dimiliki oleh Roman dalam memecat mana–mana pengurus yang tidak mendatangkan kejayaan kepada kelab tersebut.

1. Manchester City: Sheikh Mansour — $30 bilion

Umur: 49

Kerakyatan: Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Sumber pendapatan:

Merupakan kaum kerabat raja negara UAE. Dia yang melakukan pelaburan secara besar besaran terhadap kelab Manchester City sehingga berjaya menjadikan kelab tersebut sebagai gergasi bola sepak di EPL dalam tempoh yang singkat.

Dengan kekuatan kewangan yang kukuh dan strategi yang teratur, Manchester City merupakan kelab yang berjaya dijadikan model pelaburan kepada para pelabur yang meminati kelab liga EPL.

Sumber Rujukan: https://www.businessinsider.com/the-richest-billionaire-premier-league-owners-2019-8

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA