Tabung Pendidikan Anak Melalui Duit Kopi. Baca Dulu Baru Percaya

Dewasa ini ramai orang mudamengadu tak dapat buat pinjaman dari bank disebabkan hutang PTPTN. Ada yang merasakan tidak adil kerana sebaik saja tamat pengajian mereka dah dibebankan dengan hutang pengajian.

Tidak kurang juga ibu bapa muda yang mengeluh sebab risau kos pendidikan anak-anak mereka pada masa akan datang. Kos pengajian makin meningkat. Nak buat simpanan untuk diri sendiri tidak mencukupi, apatah lagi nak buat simpanan untuk pendidikan anak-anak.

Percayakah anda?? Tanpa mengusik duit gaji bulanan, kita masih boleh sediakan tabung pendidikan untuk anak-anak.

Ok hari ni saya akan share macam mana nak sediakan tabung pendidikan dengan hanya guna duit kopi. Ok saya definasikan duit kopi ni sebagai duit yang kita guna untuk minum petang-petang, duit untuk keluar minum malam-malam.

Senang cerita duit yang kita guna untuk beli makanan yang bukan keperluan. Katakan duit makan kita bajet RM15 sehari. Dalam RM15 ni biasanya duit kopi kita bajet dalam RM3-RM4. So dari duit kopi ni la kita ambil untuk simpan sebagai dana pendidikan anak kita tapi jangan la potong semua duit kopi tu. Nanti tak dapat nak minum pula. Kita ambil la RM2.50 – RM3 sehari untuk simpan. At least dapat la juga minum Teh O secawan.

Persoalannya…. Cukup ke kalau simpan RM2.50 – RM3 sehari untuk tabung pendidikan anak?

Yuran belajar dah la beribu-ribu.

Di bawah ini adalah yuran pengajian untuk 3 universiti tempatan.

USM
Yuran pengajian : RM 8500 (Fakulti Perubatan)
Yuran penginapan : RM 5320 (RM5 sehari x 19 minggu x 7 hari x 8 semester)
Total yuran : RM 13,820

UTM
Yuran Pengajian : RM 8700 (Fakulti Kejuruteraan)
Yuran Penginapan : RM 5320
Total yuran : RM 14,020

UKM
Total Yuran : RM 19,500 (Fakulti Kejuruteraan & Senibina. Yuran termasuk yuran pengajian & penginapan)

Kita ambil kiraan mudah jumlah yuran belajar untuk seorang anak RM20 000 (2017).

Katakan anak kita baru lahir. Kita ada tempoh 18 tahun lagi untuk anak kita masuk universiti. Anggaran yuran belajar anak kita 18 tahun akan datang (2035) adalah RM40,516. (Anggaran inflasi 4% setahun).

Berbalik kepada persoalan asal.. Cukup ke kita simpan RM2.50-RM3 sehari untuk dapatkan RM40,516?

Ok jom kita buat kira-kira.

Kalau kita simpan RM2.50-RM3 sehari, sebulan boleh dapat RM75-90. Kalau simpanan ni kita simpan di tempat yg beri pulangan 10% setahun selama 18 tahun, kita boleh dapat hasil lebih kurang RM41,000-RM53,000.

compound-interest

Amacam, dah percaya duit kopi cukup untuk buat simpanan pendidikan anak?

Fuhh… biar benar… kalau simpan RM3 sehari siap boleh dapat duit belanja masa belajar lagi.

Tak perlu simpan duit banyak-banyak pun untuk sediakan duit pendidikan anak. Yang penting simpan dari awal & guna ilmu.

Apa tunggu lagi.. Jom la mula menyimpan sekarang..!!

Sumber asal : Mohamad Azhar Kamarudin

 

Nota : InshaAllah kami akan menyusul lagi artikel seterusnya berkaitan compounding interest.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.