Tiga Bekas Pekerja Tesla Yang Bakal Menjadi Pesaing Sengit

Ekonomi berbentuk kapitalis telah menjadi nadi di dalam pasaran dunia moden pada hari ini. Menurut Warren Buffett, kapitalis ditafsirkan sebagai seseorang yang mengambil pasaran perniagaan yang telah dibina oleh kita samada melalui mengambil pekerja kita atau meniru produk yang dikeluarkan oleh syarikat kita.

Selain daripada itu, mereka boleh menjual produk yang sama pada harga murah bagi mematikan persaingan dalam pasaran.

Perkara ini tidak dapat dielakkan jika kita berada dalam pasaran terbuka dan itulah yang berlaku kepada bekas pekerja Tesla. Syarikat ini yang terkenal dalam mengeluarkan kenderaan elektrik dunia telah menjadi syarikat terbesar daripada segi market capitalization dalam industri automotif dunia pada ketika ini.

Walaupun syarikat ini berjaya, ia tidak menghalang beberapa tokoh penting dalam syarikat tersebut untuk melangkah keluar daripada Tesla dan menjadi pesaing secara langsung atau tidak dalam dunia kenderaan elektrik pada masa hadapan.

Mari kita lihat tiga orang tokoh penting dalam Tesla yang telah meninggalkan syarikat tersebut dan bakal menjadi pesaing mereka.

1. Sterling Anderson

Kredit Gambar: Tech Crunch

Beliau merupakan ketua dalam program Tesla Model X. Sterling Anderson bersama dengan kumpulannya telah membangunkan pemanduan automatik kenderaan Tesla untuk generasi pertama dan kedua.

Teknologi ini merupakan salah sebuah teknologi pemanduan automatik yang berjaya pada ketika ianya diperkenalkan.

Beliau kemudianya meninggalkan Tesla pada akhir tahun 2016 dan bersama dengan beberapa rakannya dari Silicon Valley telah menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Aurora Innovation.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan teknologi pemanduan secara automatik. Di antara orang yang bertanggungjawab menguruskan syarikat ini adalah Chris Urmson, yang merupakan orang penting di dalam program pembangunan teknologi pemanduan automatik  untuk Google, iaitu Waymo.

Teknologi pemanduan automatik yang dibangunkan oleh syarikat ini mendapat tempat di kalangan  banyak pengeluar kenderaan terkenal di dunia.

2. Peter Rawlinson

Kredit Gambar: Motor Trend

Beliau merupakan ketua bahagian operasi dalam menghasilkan Tesla model S, yang merupakan model terkenal mereka. Peter Rawlinson merupakan seorang rakyat Britain yang pernah bekerja untuk syarikat Jaguar dan Lotus kemudian diserap ke dalam Tesla oleh Elon Musk pada tahun 2009.

Pada tahun 2012, beliau telah meninggalkan Tesla dan berhijrah ke syarikat pesaing terdekat Tesla iaitu Lucid Motors. Peter Rawlinson kini memegang jawatan CEO di syarikat tersebut.

Lucid Motors merupakan sebuah syarikat yang diasaskan di Silicon Valley pada tahun 2007 dan fokus kepada penghasilan kenderaan elektrik di dalam kategori mewah.

Di bawah pimpinan Peter Rawlinson, Lucid Motors bakal mengeluarkan kenderaan yang mampu milik dan bakal bersaing secara langsung dengan Tesla model 3. Kereta ini dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2024.

3. Gene Berdichevsky

Kredit Gambar: Money Inc

Beliau merupakan pekerja yang terawal di Tesla yang memegang nombor 7 dalam syarikat tersebut. Gene Berdichevsky merupakan ketua jurutera dalam penghasilan bateri untuk kenderaan pertama keluaran Tesla iaitu Roadster.

Beliau merupakan orang yang membina bateri lithium dalam Tesla Roadster. Ketika itu, teknologi lithium masih lagi baru di dalam kenderaan dan hanya digunakan secara meluas di dalam barangan elekrtonik.

Ketika itu juga, penggunaan bateri lithium sangat bahaya jika tidak dikendali dengan betul yang boleh mengakibatkan bateri meletup seperti beberapa kes yang berlaku di dalam peralatan elektronik.

Gene Berdichevsky berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan menjadi orang yang sangat penting kepada perkembangan Tesla di permulaan syarikat tersebut.

Beliau kini membawa haluannya yang tersendiri dengan menubuhkan sebuah syarikat yang membekalkan teknologi bateri lithium yang dikenali sebagai Sila Nanotechnologies.

Syarikat ini menjadi pilihan kepada banyak syarikat yang membangunkan kenderaan elektrik disebabkan teknologi yang ditawarkanya.

Masa Telah Tiba Untuk Berdikari

Ketiga-tiga tokoh di atas merupakan tokoh yang sangat penting serta tulang belakang kepada perkembangan Tesla selain daripada Elon Musk.

Dengan jawatan yang penting pernah disandang oleh mereka ketika di Tesla, kehadiran mereka dalam dunia automotif bakal memberi saingan yang sengit kepada Tesla di masa hadapan.

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA