Wayfair, Syarikat Perabot e-Dagang Yang Dapat Durian Runtuh Ketika Musim Pandemik

Pembelian secara online berkembang dengan pesat selepas berlakunya krisis bubble dot-com pada awal alaf baru yang lalu. Pada waktu tersebut, pembelian online mula mendapat tempat di kalangan rakyat Amerika Syarikat dan dua dekad kemudian, pembelian online sudah sebati dengan semua orang, lagi-lagi ketika krisis melanda dunia.

Terbaru, syarikat yang menjalankan perniagaan online semakin berkembang pesat susulan daripada pandemik Covid-19 yang melanda.

Kita biasa dengar nama Amazon dan Alibaba apabila perniagaan online disebut, kerana kedua-duanya merupakan syarikat gergasi dalam dunia peruncitan.

Hari ini, kita akan lihat pula bagaimana sebuah perniagaan online di Amerika Syarikat berjaya menjadi jaguh di samping bersaing kuat dengan Amazon.

Syarikat yang dimaksudkan adalah Wayfair.

Amazon Versi Perabot

Kredit Gambar: News Cornell

Wayfair ini diasaskan oleh dua sahabat baik yang bernama Niraj Shah dan Steve Conine yang merupakan pelajar Universiti Cornell di New York. Mereka mendapat ilham untuk membuat perniagaan online berkaitan perabot apabila memasuki pasaraya Best Buy.

Mereka mendapati bahawa rak untuk televisyen tidak mempunyai banyak pilihan berbanding dengan televisyen.

Mereka berdua kemudiannya melihat peluang perniagaan dan fokus kepada perabot. Ini kerana pada ketika itu, tiada satu pun syarikat e-Commerce yang menyediakan perniagan online bagi barangan perabot.

Cabaran Yang Dihadapi Ketika Memulakan Perniagaan

Antara cabaran yang paling sukar ketika baru memulakan perniagaan mereka pada tahun 2002, adalah kerjasama yang diberikan oleh pihak pengilang kepada mereka. Selepas krisis bubble dot-com, ia telah memberi kesan yang sangat besar kepada para pengilang yang tidak percaya dengan model pernigaan online yang telah terjejas teruk.

Sebelum dikenali sebagai Wayfair, syarikat ini mempunyai sebanyak 270 laman web yang mana setiap satunya dikhususkan dengan produk tertentu.

Oleh kerana mempunyai terlalu banyak laman web di bawah syarikat yang sama, mereka menghadapi masalah di mana pelanggan yang membeli perabot dari laman sesawang mereka tidak melakukan pembelian berulang kerana keliru.

Bagi mengelakkan kerugian akibat sistem yang tidak cekap, syarikat ini menggabungkan semua laman web mereka di bawah satu bumbung yang dinamakan Wayfair pada tahun 2011.

Dengan berbuat demikian, mereka dapat mengumpul database pelanggan dengan lebih mudah dan kos operasi dapat dijimatkan.

Tidak Dapat Sebarang Keuntungan Sejak Awal IPO

Kredit Gambar: Business Insider

Syarikat ini kemudiannya telah disenaraikan di New York Stock Exchange pada tahun 2014 dan jualan semakin bertambah dari setahun ke setahun.

Walaupun mendapat jualan sehingga mencecah berbilion dolar setiap tahun, syarikat ini tidak membuat sebarang keuntungan seperti syarikat e-Commerce yang lain.

Syarikat ini meggunakan pendapatan mereka dalam melakukan iklan besar-besaran bagi meningkatkan jenama mereka. Pada tahun lepas, Wayfair menghabiskan hampir USD1 bilion untuk tujuan pengiklanan.

Hanya pada tahun 2021 ini, barulah syarikat ini berjaya mendapat keuntungan setelah 6 tahun syarikat mereka disenaraikan di pasaran saham. Ini berikutan penularan wabak Covid-19 yang menyaksikan orang ramai lebih selesa membuat pembelian secara online.

Mereka semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Amerika Syarikat untuk pembelian perabot secara online pada ketika ini.

Kontroversi Yang Melanda

Walaupun berjaya memperolehi kejayaan akhr-akhir ni, Wayfair tidak terlepas daripada kontroversi. Pada tahun 2018, syarikat ini telah dikritik hebat oleh pekerja mereka kerana telah bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat dalam menangani isu imigran haram.

Wayfair berjaya menjadi kontraktor bagi menyediakan tilam kepada para pelarian.

Wayfair juga turut dituduh sebagai syarikat yang memperdagangkan manusia terutamanya kanak-kanak perempuan di bawah umur. Perkara ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh mereka.

Walaupun berdepan dengan pelbagai kontroversi, syarikat ini dilihat semakin maju dan dijangka akan berkembang dengan lebih pantas di musim pandemik ini.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa harga saham Wayfair telah meningkat sebanyak 73% dalam masa setahun?

Kredit Gambar: Trading View

Kos nak beli seunit saham Wayfair adalah USD300 atau lebih kurang RM1,200 (tak termasuk brokerage fee).

Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street

Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya. 

Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.

Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.

Cuma kena lah ingat  High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. Ciptalah peluang anda di sini.

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021 (2 hari)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Program ini tidak melibatkan dagangan dalam Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Previous ArticleNext Article

Nak Mohon Kad Kredit? 5 Perkara Penting Untuk Dipertimbangkan

Satu ketika dahulu, kad kredit dianggap sebagai lambang kemewahan. Tetapi sejajar dengan perkembangan semasa, hari ini kad kredit merupakan salah satu keperluan.

Ini kerana ianya lebih selamat dan mudah kerana pemilik tidak perlu lagi membawa cash yang banyak semasa keluar untuk berbelanja.

Jadi, sekiranya anda ingin memohon untuk mendapatkan kad kredit, apakah perkara penting yang harus anda pertimbangkan?

1. Yuran Tahunan

Lihat dahulu yuran tahunan yang dikenakan kepada pemilik kad. Ini kerana yuran yang dikenakan adalah berbeza antara satu institusi dengan satu institusi kewangan yang lain.

Dan, tentunya ada juga kad kredit yang memberikan pengecualian ke atas yuran ini. Walaupun yuran yang dikenakan tidak terlalu tinggi, tetapi jika ada yang murah, mengapa anda harus memilih untuk membayar lebih?

2. Manfaat

Yang paling disukai ramai tentunya manfaat yang bakal diperoleh oleh pemilik kad kredit tersebut.

Terdapat pelbagai jenis manfaat ataupun ganjaran yang bakal dinikmati seperti rebat untuk penggunaan petrol, mata ganjaran berbelanja, ‘cashback’ dan sebagainya.

3. Ansuran Tanpa Faedah

Tahukah anda terdapat banyak kedai yang telah mula menawarkan servis ataupun produk mereka secara ansuran bulanan tanpa mengenakan sebarang faedah?

Dan manfaat ini hanya dapat dinikmati oleh pemegang kad kredit daripada bank terpilih sahaja. Jadi, buat sedikit survey, adakah kad kredit yang bakal anda miliki itu diterima di banyak buah kedai?

Sekiranya ya, teruskan rancangan anda untuk memohon kad kredit tersebut. Ini sekaligus dapat menjimatkan lagi poket anda.

4. Penggunaan Di Luar Negara

Mungkin sekarang kita tak dapat nak travel ke luar negara. Tetapi selepas situasi Covid-19 di negara kita semakin pulih da selalu ke luar negara atas urusan kerja mahupun melancong, boleh pilih kad kredit yang dapat memudahkan lagi urusan semasa berada di luar negara.

Pastikan kad tersebut mudah diterima di pelbagai tempat, caj yang dikenakan dan tukaran mata wang asing adalah berpatutan.

5. Pengeluaran Tunai

Sekiranya berlaku kecemasan dan anda sangat terdesak dan memerlukan cash pada ketika itu, anda boleh menunaikan duit tersebut di mesin ATM dengan hanya menggunakan kad kredit itu sahaja.

Ada dua kos yang akan terlibat iaitu yuran pendahuluan tunai (biasanya 5% daripada jumlah) dan juga kadar faedah pendahuluan tunai (lazimnya 18% setahun yang dikira berdasarkan dasar harian).

Banyak bukan? Jadi carilah kad kredit yang mengenakan faedah yang paling rendah.

Kesimpulannya, pilihlah kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan hidup. Walaupun ianya dapat memudahkan banyak urusan kewangan, anda harus berjaga-jaga.

Tersilap langkah, memang merana jawabnya.

Sumber Rujukan: Duit Kertas

Jom belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang, klik www.bukuBMW.com. Topik ini terkandung dalam modul kewangan dalam Buku Bijak Merancang Wang yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:

1. Aliran tunai
2. Pengurusan aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Dapatkan di www.bukuBMW.com

Majalah Labur