Prestasi Kripto Di Luno Tahun 2023

Salah satu instrumen pelaburan yang mula menarik minat orang ramai kini adalah pelaburan mata wang kripto. 

Jika kita berbicara mengenai mata wang kripto pada satu ketika dahulu, pastinya ia adalah sesuatu yang sangat asing inikan pula untuk dijadikan sebagai pelaburan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang sudah mengenali kripto terutamanya Bitcoin. 

Antara platform yang menyediakan perdagangan kripto pula adalah Luno. 

Luno merupakan salah satu operator aset digital yang berdaftar yang sah di Malaysia serta dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Setakat ini hanya ada lima syarikat operator aset digital yang berdaftar di Malaysia iaitu HATA Digital Sdn Bhd, Luno Malaysia Sdn Bhd, MX Global Sdn Bhd, SINEGY DAX Sdn Bhd, dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Jika ada yang risau sekiranya anda membeli kripto dan ia tidak boleh dijual beli di negara lain, baca Adakah Kripto ‘Sah Laku’ Di Seluruh Dunia?

Pada awalnya platform Luno hanya ada empat kripto yang didagangkan seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Litecoin. 

Kini, platform Luno sangat fleksibel dan memperdagangkan sehingga 11 mata wang kripto seperti di bawah.

Platform: Luno

Baca: Luno Memperluas Tawaran Mata Wang Kripto, Perkenal Cardano Dan Solana Di Platformnya

Baca: Luno Memperkenalkan Avalanche (AVAX) dalam Usaha Menambah Lagi Tawaran Mata Wang Kripto Pada Platform Luno

Dengan sekali login ke dalam akaun Luno anda, anda berpeluang untuk mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelbagai mata wang kripto.

Prestasi Mata Wang Kripto Pada Tahun 2023

Mari kita lihat prestasi kritpo di Luno bagi tahun 2023 ini. Secara total, ada 11 kripto yang ditawarkan di platform Luno.
Jom kita bandingkan prestasi kesemua kripto ini pada tahun 2023.

1. Solana

Kripto Solana merekodkan perubahan tertinggi dari segi peratusan sepanjang tahun 2023. Pada 1 Januari 2023, harga Solana hanyalah RM44.27 namun di penghujung tahun 2023, harga Solana didagangkan pada RM433.94. Ia merekodkan kenaikan sebanyak 980.21%.

2. Avalanche

Kripto Avalanche juga tidak kurang hebatnya. Walaupun Avalanche jarang didengari namun ia berjaya merekodkan kenaikan sebanyak RM131.66 atau 263.58% sepanjang tahun 2023.

3. Chainlink

Di kedudukan ketiga, Chainlink merekodkan kenaikan sebanyak 184.94%. Pada 1 Januari 2023 harga Chainlink adalah RM24.7 dan pada 31 Disember 2023, harga Chainlink telah meningkat sebanyak RM45.68 kepada RM70.38.

4. Bitcoin Cash

Bitcoin Cash berbeza dengan Bitcoin. Jangan terkeliru di antara dua kripto ini. Bitcoin Cash didagangkan pada RM430 pada awal tahun 2023 dan pada penghujung 2023 ia didagangkan pada RM1,217. Ia merekodkan kenaikan sebanyak 183.02%.

Baca: Luno Memperkenalkan Bitcoin Cash Kepada Pengguna Malaysia

5. Bitcoin

Kripto yang pertama iaitu Bitcoin merekodkan perubahan sebanyak 167.54%. Meskipun Bitcoin merupakan kripto yang paling mahal namun, ia mampu mencatatkan kenaikan sebanyak RM124,564. Ini bermakna Bitcoin masih mendapat minat daripada kalangan pelabur. 

Baca: Ada Apa Dengan Bitcoin Dan Mata Wang Digital?

6. Cardano

Cardano baru diperkenalkan di platform Luno pada tahun 2022. Ia memberi ruang kepada pengguna platform Luno untuk menjalankan urusniaga jual beli kripto ini. 

Pada tahun 2023, Cardano berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 162.11%. 

Baca: Luno Memperluas Tawaran Mata Wang Kripto, Perkenal Cardano Dan Solana Di Platformnya

7. Ethereum

Ethereum merupakan kripto yang mempunyai market cap kedua terbesar selepas Bitcoin berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 103.18%. Ia membuat kenaikan sebanyak RM5459 pada tahun 2023 dan Ethereum merupakan mata wang digital terakhir yang membuat kenaikan di atas 100% yang didagangkan di platform Luno.

8. Ripple

Ripple merupakan salah satu mata wang digital terawal yang didagangkan di platform Luno. Ia juga antara salah satu kripto yang paling murah di Luno. Ripple merekodkan kenaikan sebanyak 92.92% pada tahun 2023.

9. Uniswap

Uniswap didagangkan pada RM22.87 pada 1 Januari 2023 dan RM33.93 pada 31 Disember 2023. Kenaikan sebanyak 48.36% dalam tempoh 1 tahun.

10. Polygon

Mata wang digital yang seterusnya iaitu Polygon membuat kenaikan sebanyak 34.86% bagi tahun 2023. 

Polygon juga antara kripto yang baru sahaja ditambah dalam platform Luno.

11. Litecoin

Di tempat terakhir adalah Litecoin dengan kenaikan sebanyak 10.29% dalam tahun 2023. Litecoin merupakan antara kripto terawal yang didagangkan di platform Luno ketika Luno baru sahaja berjaya mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kesimpulannya, kesemua 11 kripto yang didagangkan di platform Luno mencatatatkan kenaikan sepanjang tahun 2023. Majoriti berjaya memberikan ROI yang baik kepada pelabur yang membelinya pada awal tahun dan masih memegangnya sehingga akhir tahun.

Jom baca beberapa artikel berkaitan jual beli kripto sekiranya anda berminat untuk tahu caranya.

Baca : Cara Beli Kripto Seperti Bitcoin Menggunakan Platform Luno
Baca : Cara Jual Bitcoin, ETH, XRP, Litecoin Menggunakan Platform Luno

Nak melabur dalam aset digital kripto ini mudah sahaja sebenarnya kerana yang penting anda ada akaun dalam mana-mana platform kripto. Jika anda belum ada akaun Luno, jangan lepaskan peluang dan buka akaun anda di link ini.

Seperti biasa, pastikan hanya guna duit modal yang kita sanggup burnt atau rugi 100%. Perlu ingat untung pasangannya rugi. Pulangan pasangannya risiko.

Tiada pelaburan yang memberi keuntungan tanpa risiko kerugian.

Boleh buka akaun Luno di sini dan claim bonus RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma. Jika sudah buka akaun, sebelum nak buat pembelian, klik Rewards dan masukkan kod 63B72W. Bila dah deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250, nanti dapat RM50 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Luno, Halogen Capital dan Kenanga Investors Teroka Stablecoin yang Dipaut kepada Ringgit untuk Penyelesaian Dana yang Ditokenkan

Kuala Lumpur, 24 September 2026 – Bursa aset digital terkemuka Malaysia, Luno Malaysia Sdn. Bhd. (“Luno”), hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Halogen Capital Sdn. Bhd. (“Halogen Capital”) dan Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) di LIDAC 2026 di Kuala Lumpur bagi meneroka penggunaan UMYR sebagai instrumen penyelesaian on-chain bagi dana pasaran wang yang ditokenkan. UMYR ialah stablecoin yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab.

Kerjasama ini menyatukan tiga entiti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): Luno, sebuah Pengendali Pasaran Diiktiraf (Bursa Aset Digital) yang berdaftar, serta Halogen Capital dan Kenanga Investors, yang masing-masing merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan mengendalikan dana serta mandat yang ditokenkan.

(Dari kiri ke kanan) Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis, Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad; Hann Liew, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital; dan Scarlett Chai, Pengurus Negara (Malaysia), Luno, mengumumkan satu kerjasama strategik untuk meneroka penggunaan stablecoin UMYR yang nilainya dipautkan kepada Ringgit Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh rizab, sebagai instrumen penyelesaian transaksi berasaskan blockchain (on-chain) bagi dana pasaran wang yang ditokenkan (tokenised money market funds).

Inisiatif ini bertujuan untuk menunjukkan keupayaan penyelesaian Penyerahan-semasa-Pembayaran (Delivery-versus-Payment, DvP) secara masa nyata bagi langganan dan penebusan dana, sekali gus memendekkan tempoh penyelesaian berbanding sistem penyelesaian konvensional.

Mengenai Inisiatif Ini

UMYR dicadangkan untuk diterbitkan oleh entiti penerbitan khusus yang diasingkan (ring-fenced) dalam kumpulan Luno serta disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia dengan rakan perbankan yang dikawal selia.

Di bawah inisiatif yang dicadangkan:

  • Luno (Penerbit) akan menerbitkan (mint) dan menebus (burn) UMYR pada nisbah ketat 1:1 berdasarkan Ringgit yang diterima atau dibayar keluar, mengurus proses penyertaan institusi dan pengurusan senarai dompet yang diluluskan (wallet whitelisting), serta menyediakan penyelarasan rizab harian yang disokong oleh pengesahan rizab pihak ketiga bebas.
  • Halogen Capital dan Kenanga Investors (Rakan Dana) akan mengambil bahagian sebagai pengurus dana dalam inisiatif ini dengan menerima UMYR bagi penyelesaian langganan dan penebusan untuk dana pasaran wang yang ditokenkan masing-masing, sambil mengekalkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dana, pengurusan daftar unit serta segala tanggungjawab kepada pelabur di bawah lesen CMSL masing-masing.

Inisiatif ini direka sebagai pengaturan tertutup (closed-loop) antara perniagaan dengan perniagaan yang melibatkan peserta institusi yang telah diluluskan. Tiada pelanggan runcit akan didaftarkan, terlibat atau diberikan perkhidmatan sepanjang pelaksanaan inisiatif stablecoin ini.

Pengurus Negara (Malaysia) Luno, Scarlett Chai  berkata: “Ketika ekosistem aset digital Malaysia beralih daripada pembinaan asas kepada keupayaan institusi, infrastruktur seperti UMYR amat penting. Dengan menyediakan instrumen penyelesaian yang disandarkan Ringgit secara 1:1 dan diasingkan sepenuhnya, kami menunjukkan bagaimana kecairan on-chain dan penyelesaian DvP masa nyata boleh beroperasi dengan lancar dan bertanggungjawab dalam rangka kerja kawal selia sedia ada Malaysia bersama peneraju industri berlesen.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halogen Capital, Hann Liew berkata: “Sebagai antara peneraju awal dana ditokenkan di Malaysia, kami melihat penyelesaian sebagai komponen penting seterusnya. Jadi, menguji UMYR sebagai instrumen penyelesaian yang khusus amat selari dengan visi kami untuk pengurusan dana moden. Beroperasi dalam rangka kerja yang dikawal selia bersama rakan berlesen SC memastikan kami dapat menawarkan operasi dana yang lebih pantas dan selamat kepada peserta institusi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad, Datuk Wira Ismitz Matthew De Alwis berkata: “Inisiatif ini akan terus memperkukuh usaha kami dalam bidang tokenisasi aset. Digandingkan dengan infrastruktur penyelesaian generasi baharu, kami percaya inisiatif ini akan membawa industri lebih dekat untuk merealisasikan sepenuhnya manfaat tokenisasi, dengan memanfaatkan asas yang telah dibina melalui pelancaran Myrra dan dana ditokenkan pertama di Malaysia. Sambil meneroka peluang ini, tanggungjawab fidusiari kami kekal tidak berubah, dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak pengawal selia.”

Apa Maknanya kepada Pasaran Modal Malaysia

Kolaborasi ini merupakan satu langkah penting dalam pengujian infrastruktur aset digital yang dikawal selia bersama ekosistem pengurusan dana sedia ada di Malaysia. Ciri-ciri utama inisiatif yang dicadangkan termasuk:

  • Penyelesaian lebih pantas: Penyelesaian DvP masa nyata untuk langganan dan penebusan dana berbanding tempoh penyelesaian konvensional.
  • Disokong sepenuhnya oleh rizab: UMYR direka untuk disandarkan pada nisbah 1:1 oleh Ringgit yang disimpan dalam akaun berasingan di Malaysia, dengan penyelarasan rizab harian dan pengesahan bebas.
  • Inovasi yang bertanggungjawab: Dengan menguji UMYR bersama pihak yang dikawal selia, pembangunan masa depan penyelesaian on-chain di Malaysia dapat dibina berasaskan kawalan yang telah diuji, bukannya andaian yang belum terbukti.

Membina Infrastruktur Aset Digital Terkawal Selia untuk Malaysia

Inisiatif ini memperkukuh rekod Luno sebagai bursa aset digital pertama yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Luno dipercayai oleh lebih 1 juta rakyat Malaysia serta menawarkan senarai aset digital terbesar yang diluluskan SC di negara ini. Dengan menggabungkan instrumen penyelesaian UMYR yang dipaut kepada Ringgit dan disokong sepenuhnya oleh rizab dengan dana ditokenkan yang diuruskan oleh institusi pasaran modal berlesen, inisiatif ini bertujuan menunjukkan bahawa penyelesaian berasaskan blockchain boleh beroperasi dalam rangka kerja kawal selia Malaysia, bukan di luarnya.

Kolaborasi ini mewakili hasrat komersial pihak-pihak yang terlibat untuk bekerjasama, namun tidak merupakan komitmen untuk melancarkan UMYR atau inisiatif ini. Sebarang penyertaan tertakluk kepada libat urus kawal selia dan pelaksanaan perjanjian muktamad.

Kolaborasi ini diumumkan pada Persidangan Aset Digital Institusi Luno (LIDAC), persidangan aset digital utama Malaysia bagi institusi. Diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, persidangan tersebut meneliti fasa seterusnya industri aset digital Malaysia, yang merangkumi stablecoin, tokenisasi, aset dunia sebenar, kustodian dan pematuhan.

Acara itu menghimpunkan lebih 500 pengurus dana institusi, penasihat kewangan, pengawal selia, pemimpin pematuhan dan perintis Web3 dari seluruh rantau untuk membincangkan amalan terbaik dalam aspek kustodian, pematuhan dan pengurusan risiko. Berasaskan kejayaan edisi sulung pada tahun 2025, program tahun ini mencerminkan kematangan pasaran yang beralih daripada pembinaan asas kepada pembangunan infrastruktur, tadbir urus serta keupayaan institusi yang diperlukan bagi menyokong penerimagunaan berskala besar secara bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi Luno Malaysia.

Disclaimer: This material is solely for general information purposes. It has not been reviewed by the Securities Commission Malaysia (“SCˮ). This information contained herein does not constitute any investment advice. Past performance is not indicative of future performance.