Teknologi Blockchain Dan Masa Depannya

Pelabur bijak sentiasa mencari peluang pelaburan yang boleh mendatangkan hasil optimum. Kini, pelaburan mata wang kripto kelihatan sangat berdaya saing tambahan lagi apabila harga Bitcoin memecah harga USD20,000 seunit pada pertengahan Disember 2020.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya  hype dan pelaburan ini menjadi popular selain harganya yang meningkat naik, ialah kerana semakin banyak institusi besar yang mula melabur dalam kuantiti yang besar di dalam mata wang kripto ini.

Institusi Besar Memainkan Peranan

Menurut data yang dikeluarkan oleh The Economic Times, Micro Strategy ialah institusi yang memegang nilai bitcoin yang paling tinggi. Sehingga bulan Mac, MicroStrategy memegang sebanyak 91,326 bitcoin di dalam rizab simpanan mereka. Bukan itu sahaja, Pengasas MicroStrategy juga merupakan peminat Bitcoin dan sering menulis di dalam Twitter-nya berkenaan dengan pelaburan mata wang kripto.

Selain daripada itu, Tesla juga mempunyai pelaburan dalam bitcoin sebanyak 1.5 billion US Dollar. Pengasasnya yang juga merupakan orang kedua terkaya di dunia; Elon Musk sememangnya lantang mengeluarkan idea-idea mengenai matawang bitcoin dan kripto menerusi ciapan di Twitter.

Antara mata wang kripto yang meningkat naik hasil daripada ciapan twitter Elon ialah DOGE COIN. Harga Doge coin naik mendadak daripada RM 0.31 pada 11 April 2021 kepada RM 2.83 US pada 7 May 2021. Kenaikan melebihi 800% dalam masa kurang dalam sebulan itu antara faktor terbesar ialah daripada ciapan CEO Tesla itu sendiri dalam media sosialnya.

Teknologi Blockchain Ialah Teknologi Masa Hadapan

Apa yang menyebabkan pelabur atau institusi besar ini yakin dengan pelaburan mata wang kripto ini ialah teknologi blockchain yang mempunyai ciri-ciri hebat seperti decentralization atau pemencaran kuasa, berintegriti tinggi dan menggunakan teknologi kriptografi.

Di Malaysia, pada 1 Julai kerajaan telah melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) Negara bagi mempertingkatkan keupayaan Malaysia, sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Dalam majlis tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ketika tu, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan telah mengenal pasti lima teknologi teras yang mana blockchain dan teknologi lejar teragih (DLT) merupakan salah satu daripadanya.

Diploma Pertama Dalam Bidang Blockchain Di Malaysia

Namun, masalah yang timbul adalah bila mana kita tidak mempunyai bilangan pakar yang mencukupi untuk menghasilkan sistem blockchain yang tersendiri. Mungkin sebelum ini disebabkan oleh kekurangan saluran saluran pembelajaran yang telus.

Namun sekarang, sudah tidak jadi satu masalah lagi. Maishince Academy dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah bekerjasama dengan menyediakan satu platform pembelajaran khusus kepada teknologi baru ini iaitu Professional Diploma in Blockchain Engineering. Program pembelajaran selama 10 bulan ini akan guide anda dari sekecil- kecil sehingga sebesar-besar ilmu asas blockchain ini.

Ini merupakan program diploma pertama dalam bidang blockchain di Malaysia yang mana tenaga pengajarnya merupakan gabungan diantara pakar industri dan juga pensyarah yang berkemahiran tinggi.

 Untuk maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan ini, boleh layari laman web Diploma Blockchain.

Previous ArticleNext Article

Luno Memacu Peranan Malaysia Sebagai Hab Inovasi Kewangan Serantau Melalui Penginstitusian Aset Digital

Petaling Jaya, 25 September 2025 – Luno, bursa aset digital (DAX) terkemuka yang dikawal selia di Malaysia, terus mengukuhkan dan menekankan komitmennya dalam membentuk ekosistem aset digital yang semakin matang melalui penganjuran Luno Institutional Digital Asset Conference (LIDAC). Persidangan sulung dan berprestij ini, yang julung kali diadakan khusus untuk institusi kewangan di Malaysia, mengetengahkan peranan strategik aset digital dalam usaha mempelbagaikan portfolio institusi. Inisiatif ini sekali gus mengangkat kepimpinan Malaysia dalam bidang inovasi kewangan melalui sokongan proaktif terhadap aset digital yang dikawal selia.

Lebih daripada 300 inovator, pengurus dana institusi, penasihat kewangan, pengawal selia dan perintis Web3 dari seluruh rantau telah berhimpun untuk membincangkan amalan terbaik dalam aspek pematuhan, keselamatan dan pengurusan risiko. Persidangan ini turut menumpukan kepada pemetaan momentum global terhadap penerimaan institusi, di samping meneroka peluang unik serta kelebihan tempatan dalam bidang aset digital, seperti kepimpinan Malaysia dalam memajukan inovasi teknologi kewangan Islam di peringkat global.

“Dengan mata wang digital, kewangan ternyahpusat dan teknologi blockchain yang memacu inovasi, aset digital kini merupakan kelas aset berkembang yang mesti diterima untuk kemampanan jangka panjang. LIDAC 2025 menyediakan platform untuk memperdalam pemahaman, bertukar-tukar idea, dan meneroka bagaimana institusi boleh mengintegrasikan aset digital secara bertanggungjawab ke dalam penawaran mereka,” kata YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, dalam ucapan pembukaannya.

Menampilkan Malaysia sebagai hab serantau untuk kewangan digital

Semasa persidangan, James Lanigan, Ketua Pegawai Eksekutif Luno, menekankan kedudukan aset digital sebagai kelas aset versatil bertaraf institusi, sambil menyorot kerjasama Luno dalam ekosistem Malaysia bagi memacu gelombang pertumbuhan seterusnya. Dalam menggariskan transformasi perspektif terhadap aset digital, Dr Wong Huei Ching, Pengarah Eksekutif, Strategi Digital & Inovasi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), memberikan gambaran tentang pendirian pengawalseliaan SC, serta menekankan kepentingan prinsip asas dalam memupuk inovasi kewangan digital yang bertanggungjawab.

“Ekosistem aset digital telah berkembang daripada penglibatan berasaskan pelabur runcit kepada penerimaan institusi. Kini, wujud keperluan mendesak untuk menyelaraskan inovasi dengan integriti melalui pendekatan pengawalseliaan yang kolaboratif dan kondusif. Menerusi Luno Institutional Digital Asset Conference (LIDAC), kami berhasrat untuk memainkan peranan proaktif dalam menampilkan potensi dan kelayakan Malaysia sebagai peneraju inovasi kewangan, di samping memajukan landskap aset digital negara,” kata Scarlett Chai, Pengurus Negara Luno Malaysia.

Dalam meneroka faktor makro yang mendorong minat institusi terhadap aset digital, Jeff Yew, Ketua Pegawai Eksekutif Monochrome Asset Management, membincangkan evolusi produk dan perkhidmatan bertaraf institusi, selain menekankan potensi institusi Malaysia dalam bidang aset digital. Menyentuh aspek kewangan Islam, Tan Sri Dato Dr Mohd. Daud Bakar, Pengerusi Amanie Advisors, berkongsi pandangan mengenai integrasi prinsip Syariah dalam ekosistem aset digital, yang menegaskan kepimpinan Malaysia dalam memajukan inovasi teknologi kewangan Islam di peringkat global.

Mengorak langkah ke Suku Keempat dan 2026

LIDAC 2025 diadakan selepas setahun yang produktif bagi Luno Malaysia, dengan pelancaran Luno Bundles pada akhir 2024. Produk ini menawarkan pulangan yang mencerminkan prestasi keseluruhan pasaran kripto dengan merangkumi antara 5 hingga 10 mata wang kripto berprestasi tertinggi berdasarkan modal pasaran. Tahun 2025 juga menyaksikan pelancaran Algorand (ALGO), NEAR Protocol, Hedera (HBAR) dan The Graph (GRT), menjadikan jumlah keseluruhan penawaran di bursa meningkat kepada 22 aset digital.

Sejak 2019, Luno telah membolehkan, memperkasakan, dan menyokong kira-kira 2 juta rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dengan aset digital secara selamat dan terjamin. Melalui penganjuran LIDAC, Luno kini melangkah ke fasa baharu dalam usaha memajukan ekosistem aset digital Malaysia dengan memupuk dialog yang lebih mendalam serta menyediakan platform kolaborasi yang lebih meluas antara kewangan tradisional dan Web3.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook dan Instagram Luno Malaysia.