3 Perkara Penting Sebelum Nak Sewakan Hartanah

Apabila anda memiliki hartanah yang ingin dijadikan sebagai pelaburan dengan cara penyewaan, pastinya anda mengambil beberapa langkah utama sebelum nak sewakan rumah tersebut. Kalau tidak, takut nanti tiada penyewa yang ingin menyewa rumah kita.

Lebih teruk sekiranya rumah tersebut dibiarkan tanpa penyewa untuk sekian lamanya.

Berikut adalah 3 perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum nak sewakan hartanah.

1. Ambil Tahu Harga Sewa Pasaran

Sudah tentu, anda nak sewakan rumah secepat mungkin dengan harga yang tinggi. Namun begitu, bandingkan harga rumah anda dengan rumah lain yang disewakan di hartanah sekitar anda adalah cara terbaik untuk menetapkan harga sewa.

Anda boleh menggunakan 2 cara ini untuk ketahui harga sewa rumah anda.

Ejen Hartanah (REN)

Anda boleh bertanya kepada ejen hartanah yang berdekatan dengan kawasan perumahan tersebut. Biasanya mereka ini memang kenal sangat kawasan tersebut dan tahu berapa penyewa sanggup bayar untuk menyewa.

Kalau mereka ada prospek sedia ada yang kebetulan memang sedang mencari di kawasan tersebut, lagi mudah. Tak perlu anda penat-penat nak buat iklan atau cari penyewa sendiri.

Penilaian Peribadi

Nak lagi mudah dan cepat, buat carian di portal-portal hartanah terkenal seperti iProperty, PropertyGuru dan sebagainya. Cara ini lebih mudah dan cepat bagi anda untuk tahu serba ringkas harga purata kadar sewa bagi unit yang lebih kurang sama.

2. Tingkatkan Nilai Rumah

Bila dah ada maklumat harga purata di kawasan tersebut, boleh cuba untuk tingkatkan lagi harga sewa rumah anda. Caranya adalah dengan menyediakan kelengkapan semi-furnished atau fully-furnished.

Berikut adalah beberapa elemen yang boleh anda masukkan dalam pemerhatian untuk anda lakukan penambahbaikan dan menaikkan nilai hartanah anda. Antara elemen yang perlu diberi perhatian:

  • Hiasan dalaman
  • Cat semula dinding rumah
  • Pagar yang moden
  • Pintu bilik
  • Balkoni rumah
  • Lampu interior
  • Kitchen cabinet
  • Almari yang melekat

Boleh sediakan meja makan, sofa, katil, mesin basuh dan sebagainya. Seolah-olah kita beli barang seperti kita sendiri yang nak tinggal di rumah tersebut.

Selain daripada itu, bakal penyewa (terutamanya yang sudah berkeluarga) pun akan lebih tertarik untuk menyewa walaupun ianya sedikit mahal berbanding unit berhampiran yang sama.

3. Risiko

Seperti pelaburan lain, pelaburan hartanah juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Anda perlu lebih peka dengan risiko-risiko yang bakal dihadapi.

Risiko ini temasuklah sekiranya beberapa bulan rumah tersebut masih kosong dan memerlukan anda untuk mencari penyewa, ini bermakna anda akan mengalami aliran tunai negatif selagi tiada penyewa.

Anda juga berhadapan dengan kerugian sekiranya penyewa melakukan kerosakan terhadap rumah tersebut serta enggan membayar ganti rugi. Ini menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi menampung kos baik pulih rumah tersebut nanti.

Tapi kalau terdesak dan tak tahan sangat, mungkin anda terpaksa menurunkan kadar sewa agar dapat juga penyewa yang nak sewa rumah anda. Orang kata lebih baik rugi sedikit daripada tak dapat apa-apa langsung.

Previous ArticleNext Article

Hartanah: Keadaan Pasaran Masih Seimbang

Saranan WAJARAN TINGGI; Saham Pilihan Utama: Sime Darby Property (SDPR) dan Eco World Development (ECW)

Faktor-faktor pendorong utama:

  • Aliran liputan berita, permintaan hartanah dan urus niaga tanah semakin kukuh di Iskandar Malaysia, dipacu oleh projek Sistem Transit Laju (RTS) yang bakal siap dibina
  • Warganegara asing, mereka yang menaik taraf kediaman dan pemilik rumah yang beralih kepada rumah lebih murah akan memacu permintaan untuk rumah kediaman mewah yang luas di kawasan-kawasan perumahan yang premium
  • Hartanah sebagai langkah perlindungan baik daripada kenaikan tekanan inflasi
  • Keadaan kadar faedah dijangka terus kondusif, dibantu oleh kadar tukaran mata wang USD/MYR yang kukuh.

Kesan perolehan amnya diambil kira

Pemulihan harga saham sektor baru-baru ini menunjukkan pelabur sudah melihat melepasi kesan konflik AS-Iran. Harga saham mengalami pembetulan pada Mac-April berikutan jangkaan kemerosotan margin. Walau bagaimanapun, berbeza dengan sektor-sektor lain, pemaju hartanah selalunya mempunyai ruang untuk mengubah suai reka bentuk, bahan binaan, dan harga produk mereka supaya dapat mengurangkan kesan tersebut terhadap margin.

Pelan penyenaraian REIT berjalan baik

Walaupun berdepan kekangan pasaran, pemaju meneruskan usaha-usaha mengewangkan aset mereka. Usaha-usaha merungkai nilai seperti yang dimaklumkan pada suku lalu, terus menjadi pendorong penting kepada sektor ini. Tiga pemaju utama termasuk SDPR dan SP Setia, menyenaraikan aset-aset hartanah dengan nilai keseluruhan mencecah ~MYR13bn selepas menyuntik aset-aset itu ke dalam REIT, sepanjang dua tahun berikutnya

Permintaan di Iskandar Malaysia masih kukuh

Nilai MYR dilihat semakin mengukuh, namun tekanan inflasi yang meningkat di wilayah itu terus menjadi faktor yang menarik para pelancong dari Singapura untuk berbelanja dan/atau tinggal di Iskandar Malaysia sekurang-kurangnya untuk jangka sederhana. Tambahan itu, pemilik tanah utama seperti UEM Sunrise (UEMS), KSL (KSL MK, TIADA SARANAN) dan Crescendo (CCDO MK, TIADA SARANAN) muncul sebagai saham pelaburan yang menawarkan nilai RNAV yang baik. Harga tanah dijangka terus meninggi memandangkan jualan tanah baru-baru ini oleh ECW dan CCDO kepada pemainpemain pusat data (DC) masih dijual pada harga tertinggi dalam sejarah (di kawasan sekitar mereka). Oleh itu, tiada sebarang petanda bahawa permintaan akan mereda

Hartanah-hartanah mewah di kawasan perumahan premium akan mendapat sambutan

Hartanah-hartanah berkelas tinggi di kawasan-kawasan perumahan premium sepatutnya mendapat sambutan baik, seperti Mont’ Kiara, Damansara Heights, KLCC and kawasan-kawasan tertentu di Iskandar Malaysia yang menerima permintaan tinggi, manakala ASP untuk unit-unit di pelancaran hartanah baharu(ParkCity Damansara PJ dan Pavilion Damansara) dilihat terkawal. Pihak pemaju yang mempunyai pendedahan di kawasan-kawasan ini termasuklah Eastern & Oriental (EAST), ECW, Sunway, Mah Sing, UEMS dan LBS Bina.

Persekitaran kadar faedah yang kondusif sepatutnya menyokong permintaan keseluruhan

Hartanah tetap menjadi langkah perlindungan nilai yang baik daripada tekanan inflasi. Disebabkan oleh nilai MYR lebih kukuh, kami menjangkakan persekitaran kadar faedah akan terus kondusif, yang sepatutnya memberikan kelebihan kepada pelabur dan pembeli hartanah. Malahan, permintaan daripada pelabur hartanah dijangka terus kukuh apabila pelancaran-pelancaran baru-baru ini oleh UEMS (rumah kedai Aspira Place di Iskandar Malaysia), SDPR (rumah kedai REKA di Elmina), dan 77 unit kedai dengan ketinggian empat tingkat berharga MYR8j dan ke atas di Bandar Puteri oleh satu lagi syarikat pemaju besar, semuanya mencatat kadar ambilan lebih 90%.

Memenuhi Jangkaan Prestasi Ketika Pasaran Tidak Menentu

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.