28 Skim Bantuan Zakat Untuk Mereka Yang Memerlukan

Dana zakat yang diterima daripada para pembayar disalurkan kepada asnaf menerusi pelbagai jenis bantuan. Sehingga kini, terdapat 28 skim bantuan zakat yang disediakan.

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab boleh memohon bantuan zakat. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

Definisi Asnaf

asnafmaiwp

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

Antara contoh bantuan yang disalurkan untuk asnaf:

Asnaf Fakir dan Miskin

Akan dibantu setiap bulan menerusi Bantuan Kewangan Bulanan.

Asnaf Tiada Tempat Tinggal?

Terdapat bantuan zakat seperti Bantuan Sewa Rumah, Bina dan Baiki Rumah. Untuk pembelajaran anak-anak asnaf, ada bantuan bermula dari sekolah rendah sehingga pengajian tinggi.

Asnaf Sakit?

Terdapat bantuan perubatan membantu kos perubatan, peralatan kesihatan, ubat-ubatan termasuk rawatan hemodialisis.

Asnaf Mahu Berdikari?

Disediakan bantuan-bantuan seperti Bantuan Perniagaan untuk membantu mereka. Dan banyak lagi bantuan-bantuan zakat lain.

Berikut merupakan senarai penuh 28 skim bantuan zakat di Wilayah Persekutuan yang ditawarkan oleh MAIWP.

Pembangunan Asnaf

  1. Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Bantuan Aidilfitri
  3. Bantuan Khairat Asnaf
  4. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  5. Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
  6. Bantuan Guaman Syarie
  7. Bantuan Perkahwinan
  8. Bantuan Kecemasan
  9. Bantuan Musibah
  10. Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri

Perlindungan

  1. Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  2. Bantuan Membina / Membaiki Rumah
  3. Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

Ekonomi

  1. Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan
  2. Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
  3. Bantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)
  4. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  5. Bantuan Deposit Kenderaan Perniagaan

Pendidikan

  1. Bantuan Am Persekolahan & Persediaan Sekolah Berasrama
  2. Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
  3. Bantuan Tuisyen
  4. Bantuan Am Pelajaran IPT /  Bantuan Persediaan IPT
  5. Bantuan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
  6. Bantuan Pelajaran Kolej Universiti Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PIUC)
  7. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  8. Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang

Pembangunan Ummah

  1. Bantuan Aktiviti Dakwah & Kebajikan
  2. Bantuan Institusi Tahfiz dan Rumah Perlindungan

Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

Muat Turun Borang Permohonan

Klik sini untuk muat turun borang permohonan dan senarai semak

Soalan Lazim Agihan Zakat

1. Siapakah yang boleh memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

2. Apakah syarat-syarat bagi memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus.

Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantung kepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah).

Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.

3. Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP?

Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

4. Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

5. Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?

Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.

6. Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?

Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula.

Sumber: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat

Previous ArticleNext Article

Abdul Rashid Hussain Dilantik Semula Sebagai Pengerusi TH Selama Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.

TH dalam kenyataan berkata pelantikan itu mencerminkan keyakinan berterusan kerajaan terhadap kepimpinan Abdul Rashid yang telah memacu pembaharuan strategik dan tadbir urus yang signifikan kepada institusi berkenaan.

“Sejak menerajui TH pada 20 Dis, 2023, Abdul Rashid telah memacu beberapa pencapaian utama, termasuk memperkukuh kedudukan kewangan dan meningkatkan pulangan kepada pendeposit.

“Ini dibuktikan melalui kejayaan TH mencatat keuntungan yang memberangsangkan dan memastikan pengagihan dividen yang kompetitif dan mampan,” kata kenyataan berkenaan.

Bagi tahun kewangan 2024, TH mencatat keuntungan berjumlah RM2.92 bilion dan berjaya meningkatkan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) kepada kira-kira RM95.06 bilion.

TH turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Labaytum Diamond Award oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada Musim Haji 1446H/2025M iaitu pengiktirafan tertinggi bagi agensi pengurusan haji.

Sementara itu, Abdul Rashid dalam kenyataan sama merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar atas kepercayaan yang diberikan untuk meneruskan transformasi TH.

“Saya bersyukur dan amat berbesar hati atas peluang untuk terus menabur bakti bersama-sama warga TH yang cukup komited, ke arah memperkukuh kedudukan kewangan TH supaya lebih mampan dan lestari melalui usaha penambahbaikan dan inovasi untuk terus mengembangkan dana pendeposit serta memudahkan urusan para jemaah dalam menunaikan ibadah haji.

“Matlamat kami adalah untuk memperkukuh TH sebagai sebuah institusi simpanan Islam yang dihormati. Ini juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya TH sentiasa menambah baik tatakelola dan tadbir urus agar memberi manfaat kepada para pendeposit,” katanya

Abdul Rashid dilantik sebagai Pengerusi TH pada 20 Dis, 2023 untuk tempoh dua tahun sebelum disambung bagi penggal baharu bermula 20 Dis, 2025 sehingga 19 Dis, 2027.
— BERNAMA