5 Simbol Baru Kekayaan Rakyat Malaysia

Ramai orang yang acah-acah kaya di Malaysia suka membanding-bandingkan siapa nampak lebih kaya. Pelbagai barangan yang diangkat sebagai bukti ‘aku kaya dan berjaya’.

Lupakan saja jika dengan tayang kereta Mustang, iPhone baru, pergi holiday luar negara itu terasa diri dah cukup kaya. Nak pulak sekarang dah bersepah “buy now pay later“.

Semua tu orang biasa pun dah mampu untuk buat sekarang.

Tetapi sebenarnya jika ada benda-benda ini baru betul-betul kaya sebab tak ramai mampu buat:

1. Beli helikopter (RM5 Juta)

Bunyi macam seronok je kalau dapat balik kampung naik helikopter. Tak perlu mendarat di airport, hanya perlu cari padang untuk mendarat dengan selamat. Baru betul-betul kaya! Tetapi walaupun anda mampu memiliki sebuah helikopter, tetapi kalau ada penyakit gayat memang tak sesuai beli.

Tak mampu beli lagi? Kita sewa dulu, boleh ambil feel naik helipkopter juga!

Biasa pergi bercuti ke Langkawi? Dengan keindahan pantai dan keunikan alam semula jadinya, apa kata cuba pula terokai kepulauan di Langkawi dengan menaiki helikopter. Yang bestnya, tempah guna Shopee pun boleh! Kalau nak tengok harga dan pakej yang ditawarkan, klik sini.

2. Beli kereta Bugatti (RM13.5 Juta)

Sumber : https://www.facebook.com/bugatti

Kereta jenama Bugatti ini memang tak pernah nampak atas jalan di Malaysia. Jika ada pun Bugatti Veyron dan Bugatti Divo. Baca lagi Bugatti Divo, Kereta Termahal Di Dunia Kini Milik Orang Malaysia!

Tak mampu beli lagi? Kita beli yang olok-olok dulu!

Memang puas bila dapat membeli replika kereta replika atau atau ‘diecast car’ Bugatti Divo yang diimpikan. Kereta bersaiz mini ini ada banyak gred. Gred permulaan berada dalam kelas mainan dan gred seterusnya adalah peringkat pengumpul (collector). Boleh beli satu Bugatti Divo di Shopee!

3. Beli rumah sebelah KLCC (RM16 Juta)

Sumber: https://www.lnklcc.com

Berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC) terdapat pelbagai apartment servis mewah di sekitarnya. Sewaan untuk unit di kawasan ini dalam lingkungan RM4,000 – RM15,000 dan antara kediaman yang popular termasuk The Grid, 6 Stonor, The Binjai, One Stonor, Suria Stonor, The Oval, Binjai Residence dan Le Nouvel KLCC.

4. Check-in hotel 5 bintang (RM30,000 semalam)

Sumber : https://www.hyatt.com

Bukan biasa-biasa bila dapat menginap di hotel mewah dan bilik yang super mahal. Selain daripada tilam dan bantal yang lebih empuk daripada hotel biasa yang lain, pengunjung juga akan terpukau dengan rekaan hiasan dalaman hotel yang eksklusif untuk golongan kayangan.

5. Dapat Solat dua rakaat sebelum Subuh (PERCUMA)

Solat sunat subuh juga dikenali sebagai Solat Qabliyyah Subuh dan Solat Sunat Fajar. Antara yang “susah” nak ditunaikan. Solat sunat sebelum subuh dilakukan sebanyak dua rakaat. Solat ini memiliki banyak kelebihan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

                                 رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Ikuti juga versi video di TikTok MajalahLabur.

@majalahlabur Ada benda-benda ni baru betul-betul kaya sebab tak ramai mampu buat #fyp #duit #rancak #TikTokGuru #JomBelajar #cutisekolah2022 #TipsKewangan #majalahlabur ♬ original sound – Majalah Labur

Previous ArticleNext Article

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.