5 Tips Kahwin Bajet

Pasti ramai di kalangan kita berasa berat untuk berkahwin bukan? Dengan hantaran tinggi yang diletakkan, kena pula buat majlis grand.

Maklumlah majlis perkahwinan hanya seumur hidup sekali, maka kenalah buat yang terbaik agar orang tak mengata kita di kemudian hari.

Langkah mudah untuk atasi masalah tersebut adalah dengan mengambil pinjaman peribadi untuk menampung kos perbelanjaan majlis perkahwinan. Malah, tindakan ini mendapat galakan daripada segelintir ibubapa bagi memudahkan pasangan melangsungkan majlis perkahwinan.

Namun tanpa kita sedari, pinjaman peribadi ini mendatangkan kerugian kepada anda untuk tempoh masa yang panjang meskipun majlis perkahwinan telah selamat dilangsungkan. Anda perlu menanggung beban membuat bayaran semula selama beberapa tahun lamanya.

Itu baru buat majlis, belum kira nak sewa rumah ke beli perabot baru ke nanti.

Jom kita tengok beberapa tips nak berjimat kalau nak kahwin untuk golongan muda seperti berikut.

1. Majlis Meriah Tapi Simple

Ya, majlis perkahwinan bukan macam sambut birthday. Siapa yang tidak mahukan majlis perkahwinan yang grand. Namun, sebenarnya anda mampu menjadikan impian itu satu kenyataan walaupun tanpa kos yang tinggi.

Sebagai contoh, anda boleh saja menggunakan barang-barang unik dan ringkas tetapi kelihatan menarik pada majlis anda nanti. Boleh gunakan bakat anda dan dengan membuat beberapa perkara dengan cara DIY.

Pelamin, gubahan hantaran, gubahan bunga semuanya boleh buat sendiri, tanpa mengupah orang lain. Anda juga pasti lebih berpuas hati dengan majlis anda apabila menggunakan sentuhan kreativiti sendiri.

Antara tips yang boleh anda gunakan adalah pastikan pemilihan warna yang anda pilih akan kelihatan menonjol di dalam gambar. Ingat, warna memainkan peranan yang sangat penting.

2. Bergotong-Royong

Kebiasaannya aktiviti gotong-royong ini sering diamalkan di kampung-kampung. Jiran-jiran sekeliling akan datang membantu serta turut menjayakan majlis anda.

Aktiviti sebegini bukan saja menjimatkan perbelanjaan anda, namun ia juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim di antara jiran tetangga serta sanak saudara.

Walaupun aktiviti gotong-royong ini agak memenatkan berbanding dengan perkhidmatan katering, namun ianya dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

3. Hantaran Murah Tapi Praktikal

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada perbelanjaan yang tinggi untuk sesebuah majlis perkahwinan adalah barang hantaran serta gubahan hantaran tersebut. Tidak dinafikan, hantaran merupakan satu keperluan yang perlu ada dalam mana-mana majlis perkahwinan. Ia menjadi satu adat yang terus sehingga ke hari ini.

Cukup sekadar memenuhi adat saja.

Anda boleh hadkan jumlah dulang dan barang hantaran bergantung kepada bajet yang diperuntukkan. Di antara barangan yang murah dan praktikal adalah baju kerja, kasut kerja, beg tangan, senaskhah Al-Quran dan bermacam-macam lagi.

Bajet hantaran – RM1,000.

4. Sewa Baju Pengantin

Kenapa berbelanja lebih untuk pakaian yang anda cuma pakai sekali seumur hidup? Sebab ini jugalah, kita dapat lihat ramai pasangan pengantin yang memilih untuk menggunakan baju pengantin yang eksklusif dan mahal, dipenuhi manik dan labuci.

Jika anda inginkan baju yang sebegitu, anda boleh saja menyewa baju pengantin tersebut daripada butik-butik pengantin yang biasanya menyediakan pakej solekan beserta dengan baju. Dapat jimat banyak tu.

Bajet busana – RM500

5. Jemputan Majlis Perkahwinan

Gunakan laman media sosial sebaik mungkin. Anda boleh menjemput tetamu dengan melalui Facebook atau WhatsApp sahaja.

Anda juga boleh buat sendiri kad jemputan majlis perkahwinan anda. Tidak perlu membazir tempah kad jemputan di kedai yang menelan kos yang tinggi untuk sekeping kad jemputan.

Mengenai tetamu jemputan pula, anda boleh sepakat dengan ibubapa anda untuk menjemput hanya sanak saudara dan sahabat handai yang terdekat saja. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan kos makanan, sewa meja dan kerusi yang tinggi.

Bajet kenduri – RM5,000

Baru Nak Mula Kehidupan Baru, Dah Merana

Jangan berhutang. Merana hidup kalau buat loan semata-mata nak buat majlis yang gah di mata.

Jadilah seorang yang bijak, abaikan cakap-cakap sumbang orang lain. Ini kerana majlis perkahwinan adalah permulaan baru di dalam kehidupan anda bersama-sama dengan pasangan yang tercinta.

Ketika zaman pandemik ini, memang dapat jimat banyak. Nak buat majlis pun tak dibenarkan, sekadar buat tempahan makanan dan diagihkan kepada mereka yang tinggal berhampiran dan juga jiran-jiran.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.