6 Prospek Kerjaya Pada Tahun 2040

Sambungan kepada 6 Bidang Kerja Yang Mendapat Permintaan Tinggi Dalam Pasaran, itu tahun 2018 punya cerita. Tapi nak tahu ke tak kerja apa yang akan dapat permintaan yang tinggi pada masa depan?

Info Berguna Untuk Anak Anda

Bagi yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan anak atau mempunyai anak yang masih kecil, elok juga kita tengok 6 pekerjaan yang bakal mendapat permintaan tinggi ini.

Disebabkan ianya terlalu ke hadapan sangat dan ada yang kita tidak dapat bayangkan buat masa ini, mungkin anda berasa agak musykil dengan senarai ini.

Banyak pekerjaan yang ada pada masa sekarang, akan diambil alih oleh robot atau akan di-‘automate’kan. Dan menurut kajian daripada Institute for the Future (IFTF), 85% daripada pekerjaan pada tahun 2030 belum pun wujud.

Apa-apa pun, boleh siap sedia daripada sekarang. Mungkin kita dah tua dan tidak lagi mampu bekerja pada masa tersebut, jadi persiapkanlah anak-anak dan cucu-cucu kita bagi menempuh masa hadapan.

1. Pengurus Kedai Maya (Online Store)

Dengan semakin ramai orang kita beralih ke online shopping, namun kita sebagai pembeli masih perlukan hubungan ‘manusia’ semasa nak membeli-belah. Walaupun teknologi semakin canggih, mesin masih belum berupaya untuk berfikir, bau dan rasa. Di alam maya, anda akan hilang keupayaan ini.

Sebab itulah, Pengurus Kedai Maya akan menerapkan sifat ‘kemanusiaan’ ini ke dalam ruang digital mereka, berkomunikasi dengan pelanggan dan rekabentuk laman web yang berpandukan data. Dan semua ini perlukan sentuhan manusia untuk menjayakannya.

2. Pengantara Robot

Tidak mustahil robot bakal menggantikan tempat manusia dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, robot-robot di Gudang Amazon banyak membantu daripada segi mencari dan mengangkat barangan dengan lebih efisien.

Disebabkan manusia memerlukan khidmat robot inilah, komplikasi hubungan manusia-robot akan meningkat. Buat masa ini, baik pulih robot sudah wujud. Tetapi, kaunselor bagi robot belum lagi. Walaupun kita bimbang automasi akan mengambil kerja manusia, kita masih memerlukan seseorang yang mempunyai skil yang tinggi untuk mengendali, mengguna dan memajukan teknologi robot ini.

Terapi AI mungkin menjadi evolusi seterusnya dalam bidang kesihatan mental, di mana ia akan membantu pekerja berhadapan dengan rakan kerja robot mereka.

3. Jurulatih Robot

Pembelajaran Mesin (Machine Learning) menggunakan algoritma untuk mengajar komputer, yang dahulunya merupakan kemahiran yang tidak ramai tahu. Programmer yang memainkan peranan ini pada hari ini sangat dikehendaki, tetapi teknologi baru telah menjadikannya lebih terbuka kepada orang ramai.

Dan akhirnya, algoritma untuk mengawal fungsi-fungsi robot akan menjadi selaras dan standard di seluruh dunia.

Alah, macam filem The Matrix tu. Nak belajar menembak, Taekwondo mahu pun bawa helikopter, pergi ‘kursus’ beberapa minit sahaja dah jadi pandai.

4. Pengawal Trafik Dron

Kalau sekarang kapal terbang menyusuri seluruh dunia, lepas ini dron pula juga akan menguasai ruang angkasa. Setakat 2016, sebanyak 670,000 buah dron telah didaftarkan dengan Federal Aviation Administration (FAA).

Angka ini dijangka meningkat dengan pesatnya, dek kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan dalam e-commerce. Amazon dan Google adalah syarikat yang mempelopori industri penghantaran barangan menggunakan dron.

Menjelang 2040 nanti, sistem trafik udara bagi dron sepertimana yang digunakan oleh kapal terbang akan wujud bagi membolehkan ruang udara kita menjadi lancar. Untuk itu, kita perlukan ramai Pengawal Trafik Dron!

5. Pereka Realiti Maya

Anda biasa dengan Virtual Reality atau VR bukan? Sepertimana yang kita dapat lihat dalam filem Ready Player One, hampir seluruh dunia akan menggunakan VR untuk memasuki alam maya untuk berinteraksi sesama manusia, meneroka alam fantasi dan memenangi peraduan.

Disebabkan permintaan yang semakin meningkat untuk VR ini, jurutera, arkitek, pereka dan ramai lagi akan diperlukan bagi mengembangkan teknologi ini.

6. Ejen Gig Mikro

Mungkin ada yang kurang mengerti apa maksud gig, ianya adalah kerja mudah yang mengambil masa beberapa minit ke beberapa hari untuk dibuat. Sebagai contoh, anda ‘outsource’ kerja menulis artikel, design logo syarikat, membuat proposal, presentation dan sebagainya. Hanya upah pekerja freelance untuk membuatkannya untuk anda.

Disebabkan semakin ramai orang akan membuat kerja-kerja freelance pada masa akan datang, maka wujudlah ejen-ejen ini bagi menghubungkan pelanggan dan pekerja freelance untuk menyiapkan projek-projek syarikat.

Luar Biasa Bukan?

Ini hanyalah ramalan tentang apa yang akan berlaku pada tahun 2040, jadi elok jugalah kita ambil tahu akan perkara ini. Mungkin bukan semua enam pekerjaan akan jadi kenyataan, tetapi anda tidak boleh nafikan bahawa robot semakin mendapat tempat dalam kehidupan harian kita. Begitu juga dengan dron, semakin ramai orang yang memilikinya.

Sumber Rujukan: Time.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.