Aplikasi Setel Petronas Boleh Beli Barang Dan Isi Petrol

Beratur panjang di kaunter stesen minyak untuk membuat pembayaran adalah sesuatu perkara yang tidak disukai oleh kebanyakan orang. Jangan risau, untuk isi petrol dan beli barang, kini anda boleh membuat pembayaran tanpa perlu beratur panjang di kaunter tersebut. 

Wah, biar betul? Macam tak percaya je kan!

Jika anda rasa ianya adalah mustahil, dengan aplikasi Setel daripada Petronas, segala pembayaran di stesen minyak Petronas dapat diselesaikan hanya dengan menggunakan smartphone sahaja.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi Setel Petronas ini dikatakan sudah digunakan di lebih 700 stesen minyak Petronas di Malaysia. Bunyinya macam menarik kan? Baiklah, jom kami kongsikan kepada anda mengenai aplikasi setel Petronas untuk beli barang dan isi petrol.

Apa Itu Aplikasi Setel Petronas?

Sumber: mymesra

Seperti namanya ‘Setel’, aplikasi Setel yang dilancarkan oleh Petronas pada tahun 2018 ini bertujuan bagi memudahkan pelanggan mengisi minyak tanpa perlu ke kaunter. Selain itu, ia menjimatkan masa dan tidak perlu beratur panjang untuk ke kaunter pembayaran.

Dengan hanya menggunakan aplikasi Setel Petronas ini dalam membuat pembayaran, anda sudah boleh mengisi minyak kereta secara terus.

Lebih bagus, ia sangat menjimatkan masa lebih-lebih lagi jika menjelang musim perayaan. Mana tidaknya, apabila tiba musim cuti sekolah atau musim perayaan, pasti kaunter pembayaran stesen minyak akan penuh. Jadi, dengan penularan virus COVID-19 lagi, boleh dikatakan aplikasi Setel Petronas ini memang diperlukan oleh kita semua!

Kenapa Anda Harus Menggunakan Aplikasi Setel Petronas?

Aplikasi Setel Petronas ini amat disyorkan kepada anda kerana ia sangat mesra pengguna. Selain itu, anda juga dapat memantau kos perbelanjaan yang dihabiskan untuk mengisi minyak secara bulanan mahupun mingguan. Jadi, segala transaksi pembelian yang dilakukan oleh anda akan direkodkan dan disimpan dalam bentuk PDF.

Menarik lagi, setiap transaksi pembayaran menggunakan aplikasi Setel Petronas ini akan mendapat mata ganjaran. Bagi anda yang tidak mempunyai kad kredit, aplikasi ini juga boleh dikatakan penyelamat kerana anda hanya perlu topup jumlah yang dikehendaki menggunakan online banking. Jadi, sebab itulah Aplikasi Setel Petronas ini perlu menjadi pilihan anda!

Sumber: Facebook Petronas Brands

Cara Daftar Dan Guna Aplikasi Setel Petronas

Untuk mendaftar akaun aplikasi Setel Petronas, ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi Setel Petronas di Playstore (untuk pengguna Android) dan Appstore (IOS / Iphone).
  2. Kemudian, anda perlu buka aplikasi tersebut dan tekan pada ruangan ‘Register’. Di sini akan keluar paparan untuk pendaftaran akaun. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi butiran yang dikehendaki dan klik pada ruangan ‘Register’ sekali lagi apabila sudah selesai.
  3. Selepas itu, anda dikehendaki memasukkan kod pengesahan yang dihantar kepada nombor telefon yang didaftarkan tadi. Apabila selesai memasukkan kod pengesahan, pendaftaran anda telah berjaya. Akhir sekali, anda dikehendaki untuk log masuk ke dalam aplikasi Setel Petronas menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang didaftarkan.
  4. Untuk memulakan penggunaan aplikasi ini, anda harus menetapkan nombor pin untuk keselamatan dan topup akaun anda sebelum menggunakan aplikasi ini.

Cara Guna Aplikasi Setel

Bagi anda yang belum tahu cara untuk menggunakan aplikasi ini, disini kami kongsikan caranya:

  1. Pilih lokasi stesen minyak yang ingin anda isi minyak menggunakan aplikasi Setel Petronas.
  2. Apabila sudah sampai di stesen minyak berkenaan, parking kenderaan anda di petak pump yang diinginkan dan masukkan nombor petak pump tersebut di ruangan aplikasi tesebut.
  3. Selepas itu, anda dikehendaki untuk memasukkan nombor pin yang dicipta oleh anda dan tekan ‘Next’. Di sini akan keluar paparan untuk anda mula mengisi minyak kenderaan anda. Pastikan semasa mengisi minyak, anda tidak menggunakan smartphone.
  4. Selepas selesai, akan keluar notifikasi daripada aplikasi Setel Petronas dan jumlah transaksi anda.

Kesimpulannya, aplikasi Setel Petronas ini sangat berbaloi untuk kita semua gunakan. Selain itu, pihak Petronas juga sentiasa memberikan diskaun dan promosi bagi anda yang menggunakan aplikasi ini. Haa, bagi anda yang belum guna aplikasi ini, apa tunggu lagi? Anda boleh terus daftar dan gunakannya untuk memudahkan urusan.

Baca juga:

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

Previous ArticleNext Article

Generali Malaysia Lancar Pelan Perlindungan Baharu untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur – Generali Malaysia, dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”), Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, hari ini melancarkan Gen Sinar, pelan insurans kemalangan diri mampu milik yang direka untuk memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan. Pelan ini bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Generali Malaysia ini diadakan di Kompleks Komuniti Muhibbah dan dihadiri oleh AmanahRaya, wakil Kedutaan Itali di Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM), rakan UNDP, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, ahli media dan masyarakat  tempatan

Gen Sinar dibangunkan berasaskan pemahaman terhadap cabaran dan aspirasi komuniti kurang berkemampuan yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Walaupun keperluan asas harian terus menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga, terutamanya keluarga dengan penyara tunggal, mereka juga memikirkan kestabilan kewangan jangka panjang dan situasi tidak dijangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan keluarga

Di Malaysia, akses terhadap perlindungan kewangan yang mencukupi dan mampu milik bagi keluarga kurang berkemampuan masih terhad, sekali gus mewujudkan jurang perlindungan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan yang tidak dijangka. Menyedari cabaran ini, Gen Sinar diperkenalkan bagi membantu merapatkan jurang tersebut dengan menyokong kesinambungan pendidikan anak-anak dan memperkukuh daya tahan kewangan keluarga untuk masa hadapan.

“Gen Sinar bukan sekadar pelan insurans, malah satu inisiatif perlindungan sosial berteraskan matlamat yang dibangunkan berasaskan model bukan untung. Kami berkongsi aspirasi komuniti dan percaya bahawa pendidikan ialah kunci dalam memutuskan kitaran kemiskinan. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses oleh keluarga yang kurang berkemampuan, kami berhasrat untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Gen Sinar diwujudkan dengan matlamat untuk membantu melindungi masa hadapan kanak-kanak melalui sokongan pendidikan yang berterusan. Matlamat ini selaras dengan The Human Safety Net (THSN), sebuah gerakan global Generali yang komited untuk memperkasa komuniti rentan. Dengan bayaran serendah RM91.28 bagi tahun pertama dan RM59.40 bagi tahun-tahun berikutnya termasuk duti setem, kos penyerahan mutlak dan surat ikatan amanah serta cukai perkhidmatan 8%, Gen Sinar menyediakan sokongan kewangan yang praktikal bagi membantu keluarga yang berdepan situasi tidak dijangka. Sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan, pelan ini menyediakan manfaat bayaran sekali gus sebanyak RM20,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Selain itu, setiap anak turut layak menerima elaun pendidikan bulanan sebanyak RM250 sehingga berumur 18 tahun, dengan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM100,000.       

Selain itu, Gen Sinar turut menawarkan manfaat rundingan teleperubatan percuma bagi isu kesihatan fizikal dan mental yang bertujuan membantu komuniti kurang berkemampuan mendapatkan akses awal kepada nasihat perubatan. Melalui kemudahan ini, peserta dan ahli keluarga mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang berkelayakan menerusi panggilan telefon atau video. Kemudahan ini menyediakan sehingga dua sesi rundingan setahun dengan nilai manfaat sehingga RM60 bagi setiap sesi, sekali gus membantu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan mampu milik.

Semua manfaat pendidikan di bawah Gen Sinar diuruskan oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah. Inisatif ini mencerminkan kerjasama erat antara Generali dan AmanahRaya yang dibina berlandaskan aspirasi bersama untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti dan masa hadapan anak-anak. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk memastikan dana yang diperuntukkan dilindungi, diurus secara telus dan dipegang secara amanah bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mendapatkanperlindungan kewangan dansokongan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, AmanahRaya memikul tanggungjawab yang lebih luas, bukan sahaja dalam melindungi kepentingan benefisiari, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara lebih menyeluruh. Melalui Gen Sinar, kami berharap dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan, di samping memastikan dana yang diperuntukkan bagi pendidikan anak-anak dilindungi dan diurus dengan telus untuk manfaat masa hadapan  mereka,” ujar Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gen Sinar, sila layari https://www.generali.com.my/travel-personal-accident/gen-sinar-bm