Asyik Shopping Kat Uniqlo, Jom Tengok Saham Dia

Rakyat Malaysia memang suka sangat shopping ni kan? Di antara tumpuan orang ramai untuk beli pakaian adalah Uniqlo. Uniqlo mendapat jolokan “murah tetapi berkualiti” dan pengasasnya merupakan orang terkaya di Jepun.

Kami pernah berkongsikan berkenaannya di dalam artikel Kisah Uniqlo, Peneraju Pakaian Berkualiti Tinggi Pada Harga Ekonomi. Untuk kali ini, jom dengarkan perkongsian daripada Stallion Brothers berkenaan saham di sebalik jenama Uniqlo ini.

Uniqlo Dah Berusia 70 Tahun

Umur syarikat Uniqlo sudah pun mencecah 70 tahun dan ia adalah antara syarikat terbaik di pasaran saham Jepun dari segi prestasi sebab dalam masa 10 tahun, syarikat Uniqlo telah memberikan keuntungan sebanyak 500% kepada pelabur.

Syarikat ini juga adalah antara syarikat terbesar di Jepun sebaris dengan nama-nama besar seperti Toyota, Softbank dan Mitsubishi.

Kalau korang cuba cari nama Uniqlo dekat platform pasaran global mesti tak jumpa sebab owner kepada jenama Uniqlo adalah syarikat yang bernama FAST RETAILING. Itu adalah saham yang menjadi owner kepada brand pakaian Uniqlo dan saham ni listed di Tokyo Stock Exchange.

Saiz keseluruhan syarikat adalah dalam lingkungan RM250 bilion dan harga saham didagangkan pada RM2500 se-unit.

Fast Retailing melalui jenama Uniqlo mempunyai lebih kurang 2000 outlets di 16 negara di seluruh dunia dengan hasil jualan tahunan mencecah RM80 bilion. Ini telah menjadikan Fast Retailing sebagai syarikat pakaian ketiga terbesar di dunia di belakang Zara (Spain) dan H&M (Sweden).

Saham ini juga adalah di antara saham yang menjadi tunjang kepada prestasi mantap index utama Jepun iaitu Nikkei 225 sejak tahun 2016.

Kat Malaysia sahaja, Uniqlo ada lebih kurang 50 outlets dan jumlah ini mungkin akan bertambah sebab kawasan South East Asia adalah antara penyumbang terbesar utk Uniqlo.

Baru-baru ni viral kat social media, orang Malaysia menyerbu outlet Uniqlo sampai pecah pintu sebab merebutkan T-Shirt yg direka oleh KAWS, salah seorang pereka fashion terkenal dari U.S. Pemegang saham Fast Retailing mesti tersenyum lebar tengok orang berasak-asak sampai bergaduh nak masuk kedai.

Analysts menjangkakan Fast Retailing melalui jenama Uniqlo bakal menjadi jenama pakaian terbesar di dunia pada tahun 2020 dan ini adalah salah satu catalyst terbesar untuk saham Fast Retailing.

Kalau korang peminat jenama Uniqlo, korang semua boleh nilai sendiri tentang quality dan prestasi perniagaan meraka. Kira kat Malaysia ni perlawanan antara H&M and Uniqlo agak fight tapi dari segi quality Stallion rasa Uniqlo menang lagi.

Pada pandangan Stallion, saham Fast Retailing adalah di antara saham yang boleh duduk dalam portfolio anda utk mengisi slot saham pegangan jangka panjang. Saham mcm ni senang korang nak nilai sebab kita sebagai pengguna boleh nilai sendiri sambutan terhadap product yang dijual dan konsep perniagaan agak straight forward dan direct.

Untuk short-term trading, saham ni memang tak sesuai sebab harga se-unit agak mahal so risiko agak besar untuk pegang dalam tempoh yang singkat.

Sumber: Stallion Brothers

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Generali Malaysia Lancar Pelan Perlindungan Baharu untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Kuala Lumpur – Generali Malaysia, dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (“AmanahRaya”), Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, hari ini melancarkan Gen Sinar, pelan insurans kemalangan diri mampu milik yang direka untuk memperkasa keluarga kurang berkemampuan dengan perlindungan kewangan. Pelan ini bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Generali Malaysia ini diadakan di Kompleks Komuniti Muhibbah dan dihadiri oleh AmanahRaya, wakil Kedutaan Itali di Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia(PIAM), rakan UNDP, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti, ahli media dan masyarakat  tempatan

Gen Sinar dibangunkan berasaskan pemahaman terhadap cabaran dan aspirasi komuniti kurang berkemampuan yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Walaupun keperluan asas harian terus menjadi keutamaan bagi kebanyakan keluarga, terutamanya keluarga dengan penyara tunggal, mereka juga memikirkan kestabilan kewangan jangka panjang dan situasi tidak dijangka yang boleh menjejaskan sumber pendapatan dan kesejahteraan keluarga

Di Malaysia, akses terhadap perlindungan kewangan yang mencukupi dan mampu milik bagi keluarga kurang berkemampuan masih terhad, sekali gus mewujudkan jurang perlindungan yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan yang tidak dijangka. Menyedari cabaran ini, Gen Sinar diperkenalkan bagi membantu merapatkan jurang tersebut dengan menyokong kesinambungan pendidikan anak-anak dan memperkukuh daya tahan kewangan keluarga untuk masa hadapan.

“Gen Sinar bukan sekadar pelan insurans, malah satu inisiatif perlindungan sosial berteraskan matlamat yang dibangunkan berasaskan model bukan untung. Kami berkongsi aspirasi komuniti dan percaya bahawa pendidikan ialah kunci dalam memutuskan kitaran kemiskinan. Dengan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses oleh keluarga yang kurang berkemampuan, kami berhasrat untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar,” ujar Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.

Gen Sinar diwujudkan dengan matlamat untuk membantu melindungi masa hadapan kanak-kanak melalui sokongan pendidikan yang berterusan. Matlamat ini selaras dengan The Human Safety Net (THSN), sebuah gerakan global Generali yang komited untuk memperkasa komuniti rentan. Dengan bayaran serendah RM91.28 bagi tahun pertama dan RM59.40 bagi tahun-tahun berikutnya termasuk duti setem, kos penyerahan mutlak dan surat ikatan amanah serta cukai perkhidmatan 8%, Gen Sinar menyediakan sokongan kewangan yang praktikal bagi membantu keluarga yang berdepan situasi tidak dijangka. Sekiranya penyara keluarga meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan, pelan ini menyediakan manfaat bayaran sekali gus sebanyak RM20,000 bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Selain itu, setiap anak turut layak menerima elaun pendidikan bulanan sebanyak RM250 sehingga berumur 18 tahun, dengan jumlah manfaat keseluruhan sehingga RM100,000.       

Selain itu, Gen Sinar turut menawarkan manfaat rundingan teleperubatan percuma bagi isu kesihatan fizikal dan mental yang bertujuan membantu komuniti kurang berkemampuan mendapatkan akses awal kepada nasihat perubatan. Melalui kemudahan ini, peserta dan ahli keluarga mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan yang berkelayakan menerusi panggilan telefon atau video. Kemudahan ini menyediakan sehingga dua sesi rundingan setahun dengan nilai manfaat sehingga RM60 bagi setiap sesi, sekali gus membantu memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih mudah dan mampu milik.

Semua manfaat pendidikan di bawah Gen Sinar diuruskan oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah. Inisatif ini mencerminkan kerjasama erat antara Generali dan AmanahRaya yang dibina berlandaskan aspirasi bersama untuk memperkukuh kesejahteraan komuniti dan masa hadapan anak-anak. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk memastikan dana yang diperuntukkan dilindungi, diurus secara telus dan dipegang secara amanah bagi tujuan pendidikan anak-anak.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan keluarga kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mendapatkanperlindungan kewangan dansokongan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sebagai Pemegang Amanah Awam Tunggal di Malaysia, AmanahRaya memikul tanggungjawab yang lebih luas, bukan sahaja dalam melindungi kepentingan benefisiari, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti secara lebih menyeluruh. Melalui Gen Sinar, kami berharap dapat memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan, di samping memastikan dana yang diperuntukkan bagi pendidikan anak-anak dilindungi dan diurus dengan telus untuk manfaat masa hadapan  mereka,” ujar Jack Yap Ngee Heong, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan Amanah Raya Berhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gen Sinar, sila layari https://www.generali.com.my/travel-personal-accident/gen-sinar-bm