Lima Fokus Utama Pasaran Saham Global Minggu Ini (9 – 13 September 2019)

Pasaran saham Wall Street pada akhir dagangan minggu lalu bergerak sedikit tinggi disokong oleh laporan pekerjaan Non-Fram Payroll (NFP) yang memberangsangkan termasuk komen dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (The Fed), Jerome Powell.

Dalam masa yang sama, penasihat ekonomi White House Larry Kudlow mengatakan perjanjian dengan China boleh dicapai walaupun mengambil masa yang lama. Saham teknologi di Wall Street mudah terkesan dengan isu perdagangan Amerika Syarikat dan China kerana kebergantungan beberapa syarikat dalam membekalkan peralatan kepada syarikat China terutamanya Huawei.

Pada minggu lalu, saham berkaitan teknologi membuat kenaikan pada Rabu dan Khamis selepas laporan rundingan AS-China yang akan bersambung di Washington pada bulan hadapan.

Laporan pekerjaan NFP yang juga antara perhatian utama pada minggu lalu merekodkan tambahan 130,000 pekerjaan bukan perladangan di Amerika Syarikat. Walaupun bacaan itu kurang daripada jangkaan, namun komponen pekerjaan swasta merekodkan bacaan lebih tinggi daripada yang diramalkan sekaligus menunjukkan amalan pengambilan pekerja dalam sektor swasta kekal kukuh di negara itu.

Jerome Powell semasa ucapannya di Switzerland juga berkata ekonomi kekal sihat dan tidak berada dalam keadaan bahaya untuk jatuh ke lembah kemelesetan. Ini menunjukkan keyakinan Powell dengan keadaan semasa ekonomi di Amerika Syarikat walaupun terdapat kebimbangan berlakunya kemelesetan ekonomi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pelabur pada minggu ini akan memberi perhatian kepada mesyuarat European Central Bank (ECB) termasuk perkembangan isu Brexit dalam politik UK dan juga hubungan dagang AS-China.

Tidak dinafikan peranan dua risiko geopolitik (Brexit dan perang perdagangan) adalah punca utama kepada risiko pasaran global setelah sekian lama dengan isu Brexit telah berlanjutan selama tiga tahun sejak referendum pada tahun 2016.

Berikut adalah lima tema utama yang bakal menjadi perhatian pelabur global sepanjang minggu ini.

1. Ketidaktentuan Brexit Dalam Politik United Kingdom

Minggu lalu adalah satu tempoh yang agak kritikal bagi Perdana Menteri UK, Boris Johnson. Nampaknya, kemungkinan penangguhan Brexit semakin meningkat di mana usaha Boris untuk membawa keluar UK daripada Kesatuan Eropah (EU) semakin pudar dengan tentangan oleh majoriti ahli Parlimen United Kingdom.

Boris kehilangan majoriti dalam undian yang diadakan pada minggu lalu dengan usul beliau untuk mengadakan pilihanraya dihalang oleh Parlimen.

Boris cuba menggagalkan usaha Parlimen bagi melanjutkan tempoh Brexit daripada tarikh asal 31 Oktober 2019 dengan menggantung Parlimen UK selama tiga minggu tetapi dihalang oleh Parlimen.

Boris dijangka sekali lagi akan mengusulkan pilihanraya mengejut pada Isnin (9 September 2019), namun ahli parlimen dilihat tidak akan menyokong selagi tarikh Brexit tidak ditangguhkan.

2. Perkembangan Perang Perdagangan Amerika Syarikat-China

Citarasa kepada risiko (Risk-Appetite) meningkat pada minggu lalu apabila rundingan di antara AS-China dijadual bersambung pada awal Oktober 2019. Ia disahkan sendiri oleh Menteri Perdagangan China selepas panggilan telefon di antara pegawai kedua-dua negara.

Selain daripada itu, laporan juga menunjukkan China bercadang untuk membeli produk pertanian Amerika Syarikat pada kadar yang sederhana jika Washington mengurangkan halangan terhadap syarikat telekomunikasi China, Huawei.

Amerika Syarikat dan China telah mengenakan kenaikan tarif yang berkuatkuasa pada bulan September 2019 dengan beberapa kenaikan lagi dijangka pada bulan Oktober dan Disember.

3. Mesyuarat Terakhir Oleh Mario Draghi (Presiden ECB)

Mesyuarat European Central Bank (ECB) kali ini adalah yang terakhir dipengerusikan oleh Mario Draghi sejak dilantik menjadi Presiden ECB pada tahun 2011. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Goldman Sachs pada tahun 2002 sehingga 2005 sebelum menjadi Gabenor Bank Pusat Itali pada tahun 2005-2011.

ECB dijangka akan meluluskan rangsangan baru pada Khamis bagi menyokong ekonomi yang kian perlahan.

Jenis dan kadar sokongan kepada ekonomi masih lagi menjadi persoalan sama ada bank pusat itu akan menurunkan kadar faedah atau memulakan semula program pembelian bon.

Majoriti pasaran melihat kadar faedah akan diturunkan, manakala program pembelian bon masih tidak dapat dipastikan selepas ia dihentikan kurang setahun yang lalu.

4. Data Ekonomi Amerika Syarikat

Salah satu sebab utama The Fed memotong kadar faedah pada Julai 2019 yang lalu adalah disebabkan kadar inflasi yang rendah di Amerika Syarikat. Dengan berbaki kurang dua minggu sebelum mesyuarat bank pusat itu, tumpuan akan terarah kepada bacaan terbaru inflasi bagi bulan Ogos 2019 yang akan dikeluarkan pada hari Khamis (12 September 2019) pukul 8.30 malam.

Indeks Harga Pengguna (CPI) naik 0.3% pada bulan Julai, manakala Core-CPI pula meningkat pada kadar sama dengan bacaan tahunan 2.2%. Peningkatan terhadap data ini akan mengurangkan potensi pemotongan kadar faedah oleh The Fed pada minggu hadapan, manakala sebaliknya akan mencetuskan jangkaan pelonggaran dasar monetari oleh bank pusat.

Selain daripada itu, data jualan runcit pula akan dikeluarkan pada hari berikutnya (13 September 2019) juga pada pukul 8.30 malam. Data ini penting bagi melihat tingkah-laku pengguna di Amerika Syarikat di samping menjadi faktor kepada naik-turun inflasi. Oleh itu, data ini juga akan menjadi perhatian The Fed sebelum mesyuarat berlangsung pada 18 September 2019. Hasil mesyuarat akan diumumkan pada minggu depan Khamis (19 September 2019) pukul 2 pagi.

5. Kemerosotan Data Eksport China

Eksport China jatuh tanpa dijangka pada bulan Ogos 2019 berikutan penghantaran barangan ke Amerika Syarikat yang turun mendadak. China dijangka akan mengumumkan sokongan terhadap ekonomi dalam masa terdekat bagi mengelakkan risiko kejatuhan ekonomi.

Ia termasuklah sokongan melalui dasar monetari dengan pemotongan nisbah rizab oleh People’s Bank of China (PBoC) yang telah diumumkan baru-baru ini.

Ekonomi kedua terbesar dunia itu merekodkan kejatuhan eksport sebanyak 1% dari tahun ke tahun yang merupakan kejatuhan terbesar sejak bulan Jun 2019 yang mencatat penurunan 1.3%.

Agak mengejutkan, eksport ke Amerika Syarikat jatuh sebanyak 16% dari segi tahunan, turun mendadak daripada kemerosotan 6.5% pada bulan Julai. Dalam masa yang sama import produk Amerika Syarikat oleh China pula jatuh sebanyak 22.4%.

Dalam perkembangan baru, China dan Amerika Syarikat bersetuju untuk meyambung rundingan pada bulan hadapan.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.scmp.com/economy/china-economy/article/3026401/us-must-concede-final-20-cent-agree-trade-war-deal-china
  2. https://www.investing.com/news/economy/economic-calendar–top-5-things-to-watch-this-week-1972925
  3. https://www.ft.com/content/aee82ea2-5b5e-34f0-99c3-ace312eb00c1
  4. https://www.investing.com/news/forex-news/stocks-jobs-report-feds-powell-help-boost-sp-500-1972567
  5. https://www.reuters.com/article/us-eurozone-ecb-qe/the-life-and-times-of-ecb-quantitative-easing-2015-18-idUSKBN1OB1SM
  6. https://www.investing.com/news/commodities-news/gold-prices-drop-as-trade-tensions-ease-1971857
  7. https://www.bbc.com/news/business-49625843
  8. https://www.investing.com/news/economy/3-things-under-the-radar-this-week-fed-speak-gold-and-iphone-launch-1972082
  9. https://www.investing.com/news/economy/take-five-of-bazookas-bats-and-brexit-1972295
  10. https://edition.cnn.com/2019/09/08/investing/stocks-week-ahead/index.html

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.